...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...

shovel baru!


YIPPIE yeayyyyy!!!

HIP hip HOP horreyyyy!!!!

kita dah beli SHOVEL!!!

dah tak payah dah nak TEBALkan muka pinjam shovel orang lagi!!!

suka SUKA suka!!!


~ tak penah seumur hidup aku kena beli shovel.... dok kat CO dulu snow tebal paras pinggang pun tak penah ada mendalah ni.... tetiba kat sini kena beli plak! apa kes!!

hardworking sungguh!

selalunya bila masuk jer WINTER season memang start la angin MALAS tu datang.... mood pun memang swing semacam... silap2 kalau ada yang takleh handle tu, terjebak jugak la dalam severe depression.. macam2 factors yang buleh buat jadik depress tau.... kalau korang tak caya, mehla dok sini seminggu... sure korang PAHAM kenapa...

salah satu sebab adalah kerana.... bila ko MALAS nak buat apa2 tetiba jer kena jugak PAKSARELA merajinkan diri buat benda yang kau tak suka buat.... contohnya.... bersihkan snow kat keta.... tengok dalam gambo cam relax je kan... TAPI, cuba korang bayangkan korang bekerja di dalam FREEZER.... satu badan kebas2 jadiknya tau...
tambah2 lagi kalau takde proper tools nak guna.... lagilah haru! macam semalam tu... nak scoop out pile of snow guna tangan tak TERTAHAN kebas rasanya... nak guna scraper yang biasa tu pulak, BILA taun nak habisnyer kan.... memang seksa jiwa raga ok....

masa aku tengah menggosok baju kerja Tuan Beso tengahari tadi, tetiba terperasan jiran depan rumah tengah sebok2 bersihkan pathway depan building apartment dia tu.... mamat tu siap bawak satu baldi besar penuh dengan garam, shovel dan berus.... rajin betul ok mamat tu... padahal bukan kerja dia pun... dia SUKARELA aje! perghhh!!! salute toing toing la kat mamat tuh!

dari semalam aku perasan dah kat mamat tu.... pastu aku sound kat Tuan Beso... kalau misalan kata snow turun lebat lagi, kompem blackie beamer stuck cam semalam.... so, kita kena usha2 la kot mamat tu kuar bersihkan snow so bulehla buat muka kesian + tak malu pi pinjam shovel dia kejap...  ekekeke..... memang saje jer amik kesempatan kan! jahat tol!


pastu tadi, bila aku nampak je kelibat mamat tu, aku terus jerit kat Tuan Beso.... dengan penuh semangat okeh!

"daddy... daddy... pakcik tu dah bawak shovel!!!" 

pastu apalagas.... terus la Tuan Beso meluru tukar suar, sauk jacket and keluar menonong2 nak bersihkan keta.... padahal masa tuh bukan nak kuar kemana lagi pun sebenonyer.... tapi Tuan Beso punya reaction macam nampak HANTU daaa.... sup sap sup sap dia menuju ke blackie beamer.... akakakaka... tu semua semata2 kerana nak pinjam shovel punya pasal la tu.... kalau tak, memang nampak gayanya kena bersihkan blackie beamer guna scraper jelah.... memang makan tahun laaaa nak siap!!

memang sungguh berjasa shovel jiran we all tuh.... walaupun terpaksa gak Tuan Beso berhempas pulas nak shovel snow yang banyak giler kat tepi2 keta tu, tapi at least jimat la sket masa kan.... tak ler kejung urat2 muka, tangan dan kaki Tuan Beso sebab kesejukan melampau yea tak.... cian Tuan Beso.... terpaksa jadik RAJIN dek penangan snow turun tak henti2 pagi tadi....

besok lusa tatau la apa ceritanya pulak.... tengok weather forecast tadi, katanya malam ni snow turun lagi.... alahaiii... kompem besok pepagi kena keluar awal..... MONDAY BLUES laa gamaknya!!

snow oh snow! seksanya jiwa ragaku keranamu snow! bila nak stop turun ni..... AKU MALAS LAAA weiii nak melayan snow2 nih! MALAS! tau takkk MALASSS!!!

SEJUK2 cari makan!

time sejuk2 camnih.... kerja aku *MAKAN makan MAKAN* jer manjang.... ececece... macam la aku ni time2 tak sejuk makan tu tak penah over! padahal dalam BAB2 makan memang akulah antara juara2nya! 


jangan korang tertipu dengan saiz aku.... kalau ditengok dari kepala sampai separuh badan memang orang tak sangka aku ni species PERUT bersaiz XL... tapi kalau tengok bottom half, kompem korang leh caya! ukuran lilitan memang tak bley belah! hanya orang2 tertentu aja yang tahu akan KEBENARANnya... akakaka.... 

tu semua penangan BURUK lantak tak hengat donia la tuh.... nak nak kalau ada yang suka beno ajak aku datang rumah buat makan2.... perghhhh! memang selera aku tetiba jer mencanak2 naiknya! sekali dua kali pandang sure orang kata "agaknya kat rumah sendiri tu memang dia tak cukup makan ker?" akakaka...

arini plak puan sri aya ajak datang makan kat rumah dia..... takde sebarang occasion pun sebenonyer... tapi sebab Dato Haizan tu berHUTANG dengan Tuan Beso... so dia kenalah bayar hutang kan.... bukan hutang duit daaa.... ini hutang MAKAN... last week dia dah janji nak masak *Haizan Hot Soup* yang menjadi feveret aku dan sekutu2 aku... so, dia pun berPEGANG pada janjinya minggu ni... hehehe...

bila pekena HOT SOUP time2 winter camni memang marvellous la kan... syiokkk giler wa cakap lu! plak tuh, bukan family aku ajer yang diajaknya.... ramai betul *sedara mara* lain kat sini yang join sekali... lagilah bertambah2 happening bila makan beRAMAI2 yea tak... selera makan aku bukan stakat mencanak2.... tapiii MEMUNCAK2... akakaka.... aje giler ke apa aku nih! *mode hepi camni laaa*

sedar tak sedar.... lupa tak lupa.... satu gambo makanan pun aku tak snap langsung... mana taknya, riuh sekampung dok berborak dengan sedara mara.... ada tu sedara mara yang lama tak jumpa... once in a blue moon gitu kan.. ada gak yang hampir setiap hari boleh jumpa tapi tak TERjumpa pun.... so, bila memasing dah berjumpa... giler tak menJEJAK KASIH namanya.... 

cuma sayangnya tak cukup quorum daaa.... sedara yang kat Gammel Holte tu tak dapat join gara2 snow turun tak agak2 kat sana.... cian dia kena dok dendiam kat umah tengok snow turun... tapi kalau sedara yang tu datang tadi.... ntah apa jadik pun tatau la rumah puan sri aya tuh.... boleh tahan gak sedara yang tuh punya lawak ok! diam tak diam, bakat terPENDAM dia makin terserlah tau!! hahahahaa..... ehh bila kita nak jumpa ni wahai kekanda? *oppss lari tajuk!*

dalam pada tak cukup sedara mara nak berHILAI TAWA tu, macam nak roboh gak la kerusi meja kat rumah aya tu.... mana tak nyer, sambil mengunyah sambil berborak dan sambil BERGELAK! nasib baik la takde sape yang tercekik tulang ikan kembung tadi! kalau tak... HILANG SATU NIKMAT dunia.... huhuhu....

owh aku saje jer nak menempek gambo ni.... korang tengok tu haaa.... aku ingatkan bapak budak tu kononnya jadik PELAYAN anak2.... rupa2nya dia yang jadik KAPTEN... budak2 makan sikit, dia pulak yang OVER! hishhh buruk perangai tau bapak budak yang sorang tuh.... bila nak insaf wahai bapak budak? ekekeke...

minggu depan katanya nak berPICNIC plak reramai.... alaaa reramai pun bukan ramai beno.... picnic sedara mara ni jelah.... balik2 muka yang sama jugak.... hahaha... nasib baik dorang tak muak tengok muka aku! kui kui kui....

mintak2 cuaca MEMBERANGSANGkan untuk kita berPICNIC yea... dan mintak2 laaa mak yong tu masih boleh lagi berHUHA HUHA dengan kita2 ni haaa.... buatnya baby nak kuar mengejut, kita picnic kat spital jelah reramai! hahaha.....

~ tenkiu so mushi2 dato haizan dan puan sri aya! minggu depan sup ekoq plak ka? kekekeke...

arghhh meroyan!


arrgghhhhhhh memang MEROYAN tahap gila babannn... opsss gila babas!!!

please excuse my language! nasib baik anak2 aku tak reti baca blog aku! kalau tak sure mulut mak dia kena cili sos nih! akakaka...

tapi sejak semalam memang mak dia dah start meroyan sebenonyer! aku ni cuma datang meroyan time2 snow turun melambak2 jer... aku kan *tak suka TAK SUKA tak suka* dengan snow sejak azali lagik... huhuhuhu.... tahun ni 'bomoh tolak snow' tak bekerja bersungguh2 agaknya.... ape kes ntah banyak beno snow turun pun tatau! huhuhu..

semalam punya kes memang buat HATI banyakkk SAKIT! JIWA banyakkkk MERANA you!

mana taknyer... snow yang setebal lebih sket daripada snow pondan tuh telah MELUMPUHkan pergerakan blackie beamer! Blackie beamer tu memang tau!! harap nama aje GAH.. tapi sengal!

semalam aku dan Tuan Beso berhempas pulas nak kuarkan blackie beamer dari parking spot tepi jalan rumah we all ni laa... memula Tuan Beso yang dok try TRY dan try dengan kesungguhan yang tidak berbelah bagi.... tapi, tak bergerak seinci pun ok keta bertuah tu! last2 aku cakap, MEH SINI AKU BUAT! chehhh! bajet cam nak tunjuk POWER la konon kan! skali... HAMPAGAS ok!! akakaka....

pastu, takkan la nak give up kot... terpaksalah we all berpadu tenaga berdua laki bini dalam kesejukan MELAMPAU tu berhempas pulas nak keluarkan blackie beamer tu ha..... aku take charged of the wheel and Tuan Beso pushed bontot blackie beamer yang sexy tuh...

walaupun KEDERAT laki aku tu bukan calang2 sebenonyer TAPI tak berhasil jugak tau! giler tak giler la kannn penangan snow yang tak baper nak pondan tuh! aku tekan minyak sekuat hati cemana pun, the wheels kept on spinning like F1 racing car TAPI not even an inch pun blackie beamer dapat digerakkan!! tak ke sakit jiwa raga tu namanya!! TU PASAL la aku meroyan tahap gaban tau!

lepas stengah jam camtuh gak tak datangkan hasil, datanglah sorang pakcik yang baik hati.... agaknya dia tengok Tuan Beso dah terkengkang2 sesorang menolak keta tu kan.... so dia pun dengan rela hati tolong tolak... tu pun payah giler.... aku terpaksa main2 minyak supaya snow yang lekat kat tyres tu jadik cair bila tyre tu panas... after a while barulah selamat blackie beamer keluar dari parking space tu! pergghhhhhh!!! berpeluh ketiak gakla ok nak kuarkan keta BERTUAH tu dari parking!

mekasihlah pada pakcik yang baik ati tuh.... kalau pakcik tu tak tolong tatau la sampai kol baper we all buleh keluarkan blackie beamer from there.... and kompemla plan merendek ke FIELDS semalam takkan berjaya dilaksanakan.... hehehehe....

so, korang dah tau kan apesal aku MEROYAN... bukan MEROYAN ngan manusia... tapi dengan KERETA! akakaka....

tapi takpe... aku lega gak sebab esok "blackie beamer" tu akan diserahkan semula ke tempat asalnya dan my "silvery didie" akan pulang kepangkuanku! yeehaaaa!!

melutut di depan neraka...


Ketika manusia berlutut di depan neraka

Pada hari kiamat semua umat akan duduk berlutut. Mereka akan diberikan kitab amalan mereka: Allah menyalin semua yang kita akan lakukan didunia di dalam kitab untuk membalas segala perbuatan kita. Firman Allah swt:

وَتَرَى كُلَّ أُمَّةٍ جَاثِيَةً كُلُّ أُمَّةٍ تُدْعَى إِلَى كِتَابِهَا الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Dan (pada hari itu) kamu lihat tiap-tiap umat berlutut. Tiap-tiap umat dipanggil untuk (melihat) buku catatan amalnya. Pada hari itu kamu diberi balasan terhadap apa yang telah kamu kerjakan.

هَذَا كِتَابُنَا يَنطِقُ عَلَيْكُم بِالْحَقِّ إِنَّا كُنَّا نَسْتَنسِخُ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

(Allah berfirman): "Inilah kitab (catatan) Kami yang menuturkan terhadapmu dengan benar. Sesungguhnya Kami telah menyuruh mencatat apa yang telah kamu kerjakan".

Ayat 28 - 29 surah al-Jathiah.

Ibnu kathir berkata:

Semua manusia duduk berlutut kerana terlampau terkejut dengan kedatangan neraka yang ditarik malaikat. Ketika berbunyinya hembusan nafas neraka, semuanya terduduk berlutut. Nabi ibrahim pun sama dan berkata "Diriku , diriku , diriku. Aku hanya meminta padamu untuk diriku sahaja. "

Sebab apa manusia semua terduduk berlutut ? ini sebab kedatangan neraka yang ditarik oleh jutaan malaikat. Firman Allah swt:

وَجِيءَ يَوْمَئِذٍ بِجَهَنَّمَ يَوْمَئِذٍ يَتَذَكَّرُ الْإِنسَانُ وَأَنَّى لَهُ الذِّكْرَى

"Dan pada hari itu didatangkan neraka Jahannam; dan pada hari itu manusia akan ingat amalannya yang lepas, akan tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya." (23 : al-Fajr)

Jutaan Malaikat yang menarik neraka seperti mana yang diceritakan oleh baginda:

يؤتي بجهنم يومئذ لها سبعون ألف زمام مع كل زمام سبعون ألف ملك يجرونها

" Pada hari kiamat neraka jahanam aka di datangkan oleh para malaikat. Ia mempunyai 70 ribu tali penarik. Setiap tali akan ada 70 ribu malaikat yang menariknya."

Hadis sahih Muslim.

Aaaaaaaaaaaah... begitu dahsyat sekali neraka jahannam. Patutla semua , sehingga para Nabi pun terduduk. Manusia bukan sahaja terduduk. Malahan mereka menyesal diatas kecuaian yang mereka lakukan di dunia. Lihatlah sambungan ayat tadi. Tuhan berfirman :

يَقُولُ يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي

(setelah didatangkan neraka) Dia berkata: "Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal saleh) untuk hidupku ini"

ayat 24 : al-Fajr

Seorang sahabat Nabi saw yang bernama Muhammad bin Abi 'Amirah berkata:

"Kalulah seorang hamba Allah itu merebahkan wajahnya ke bumi sejak ia dilahirkan sehingga dia mati dalam melakukan ketaatan nescaya dia tetap akan menghina dirinya pada hari kiamat dan berharap akan kembali ke dunia untuk menambahkan amalan dan pahala."

Hadis Mauquf dgn sanad sahih riwayat Imam Ahmad.

Dalam ayat 23 surah al-Fajr diatas tuhan menyatakan bahawa ketika neraka jahannam dibawa oleh malaikat barulah manusia teringat untuk beramal, tetapi tuhan jawab:

وَأَنَّى لَهُ الذِّكْرَى

"Dan apa gunanya manusia baru teringat ketika itu." (23 : al-Fajr)

Tuhan telah memberi manusia peluang yang cukup di dunia tetapi manusia tidak menggunakannnya , maka terimalah akibatnya pada hari kiamat. Firman Allah swt:

وَهُمْ يَصْطَرِخُونَ فِيهَا رَبَّنَا أَخْرِجْنَا نَعْمَلْ صَالِحاً غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُم مَّا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ وَجَاءكُمُ النَّذِيرُ فَذُوقُوا فَمَا لِلظَّالِمِينَ مِن نَّصِيرٍ

Dan mereka berteriak di dalam neraka itu : "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari neraka) nescaya kami akan mengerjakan amal yang saleh berlainan dengan yang telah kami kerjakan(tuhan berkata)". Dan bukankah Kami telah memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan ? maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun. (37 : al-Fatir)

Jadi hujjah Allah kepada ahli neraka ada dua:

Pertama: Allah sudah memberi umur dan masa yang cukup tetapi manusia sibuk dengan kepentingan dunia. Amalan agama pun diniatkan untuk dunia. Jadi setiap detik yang kita lalui ini amatlah berharga.

Kedua: Para pemberi peringatan dikalangan Rasulullah saw dan para ulama sudah memberi peringatan tetapi kita tidak mahu mendengarnya. Kita malas untuk ke majlis ilmu.

Pada ketika manusia berlutut di depan neraka , setiap manusia hanya memikirkan tentang dirinya sahaja. Manusia tidak memikirkan hal keadaan orang lain. Ibu bapanya, sanak saudara , rakan taulan, kekasih hati dan lain-lain. Semuanya sibuk dengan diri masing-masing. Firman Allah swt:

يَوْمَ يَفِرُّ الْمَرْءُ مِنْ أَخِيهِ .وَأُمِّهِ وَأَبِيهِ . وَصَاحِبَتِهِ وَبَنِيهِ . لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَأْنٌ يُغْنِيهِ

"pada hari ketika manusia lari dari saudaranya, dari ibu dan bapaknya, dari istri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya. " (33-37 : Abasa)


KESIMPULAN

Marilakah kita sama2 menginsafi diri dan kembali pada tuhan. Tuhan bertanya bila hati kita hendak khusyuk dan diri kita hendak tunduk dengan ajaran tuhan. Firman Allah swt:

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik." (16 : al-Hadid)


MARILAH KITA KEMBALI KEPADA TAAT DAN JAUH DARI MAKSIAT ZAHIR DAN BATIN. TAAT ITU KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT SERTA MAKSIAT ITU MEMBAWA KEKECEWAAN DUNIA AKHIRAT


rujukan: Tafsir Ibnu kathir dan Ahwal Yaumil Qiamah oleh ibnu kathir.


by Ustaz Salman Maskuri


Happy Birthday Dearest Mak!

Puan Salmah Binti Muda
~ 30 Januari 2010 ~










doa seorang anak untuk ibunya yang tersayang agar Mak sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dari segala sudut, diberikan keimanan dan kesabaran yang tinggi, dilimpahi kasih sayang yang tidak bertepi dan dilindungi serta dirahmati ALLAH di setiap masa dan ketika....


semoga rahmat ALLAH itu melimpahkan kebaikan, kerahmatan dan kenikmatan di dunia dan di akhirat untuk kedua ibu bapaku yang amat disayangi... Amin ya Rabbal Alamin!



1Malaysia yeay!


Tu kan suamiKU yg tersayang... Semua orang dah kenal kan.... Takkan tak kenal lagi kot jejaka malaya terhensem di blog ini! Hiks!!

Kalau sesaper yg tak kenal dia, sure ingat anak cina manalah yang tersangkut terpaut dengan aku ek!

Ehhhh! Anak cina dikatanya suamiKU yang hensem itu! Tolong sket yer! Pakcik tu anak orang melayu ok! Dalam IC pun tulis bangsa melayu, darah melayu tau... Muka jer ada serupa itu cina lorr!! Hahaha...

Tapi... Yang buat aku kompius tuh... Camno muka boleh cam CINA, darah memanglah MELAYU tapi boleh pulak tuh selera tekak dia terkenan INDIA?! Ya rabbi!!

Jangan tak caya you all... Tuan Beso punya fevret food adalah KARI! Segala macam kari semua menjadi pilihan hati dia... Tak jemu jelak dia makan kari... Kari... Kari.... Aku yang ala2 terkenan india pun tak minat sgt makan kari tapi dia plak yang over! Hari2 kari pun buleh aku rasa tuh!

Tu la dia semangat 1Malaysia namanya! Yeehaaaa!

2 hari 2 malam aje!


'percutian' Tuan Beso ke Esberjg yang sepatutnya selama 3 hari 3 malam telah dipendekkan ke 2 hari 2 malam sajer!

Wahhh!! Sukanyer! Sukanyer! Lagi cepat dia pulang, lagi aku suka!!! Hahaha...

Ada sebab kenapa dia pendekkan 'percutian' tuh... Bukan kerana takde yang menarik dan tertarik kat sana tuh... Tapi, 'boat mewah' yang bernilai jutaan dollar tu tak berfungsi dengan baik... nampaknya Tuan Beso tak berkesempatan la nak test power 'boat mewah' tuh kali ni... Lenkali la yea...

Dan antara sebab2 lain 'percutian' tu jadik pendek adalah kerana SERUANku telah sampai ke Esberjg.... Jangan memain ok! Aku seru mendayu2 tau!

Pulanglahhhh.... Pulanglahhhh....

Dan dia telah pulang ke pangkuanku!! Akakaka....



Ice cream anyone?


Sape kata time winter2 camnih tak laku kalau jual eskrem? Kalau tak laku kan, dah lama dah kilang eskrem kat negara bermusim nih tutup bisnes tau!

Walaupun cuaca giler sejuk, tapi ramai giler gak manusia yang beli eskrem! Giler tak giler la kan... Janji lepas makan eskrem jangan jadik giler sudah! Separa giler buleh gak control2 lagik! Hahaha...

Antara orang2 'giler' yang beli eskrem masa sejuk2 beku camni, kami2 semua laaa... Sape lagi kalau tak lain Tak bukan rombongan cik aya si cantik manis tuh! Memula tu bila tgk orang lain yang lalulalang dok makan eskrem cam tak bley diterima akal jer rasanya... Sekali tuh, bila we all dah TERpassed-by kedai jual eskrem... Makkk aiii!!! Tak bley tahan godaan you!! TERgoda dan terus TERbeli wa cakap lu!!

memang sakan gak la layan makan eskrem sorang satu! Mana bley kongsi2! Kang gaduh plak! Hiks! Amik 3 scoops plak tuh sorang satu! Tak agak2 la jugak kan! Lepas makan tuh, memasing memang KOMPEM *sejuk perut IBU mengandung*!! Hahahhaaha.... Chaiyok2!!

Merendek ke City 2!


Yeehaaaa.... Rombongan cik aya arini sampai ke Hoje Taastrup you! Jauh betul berjalan cik aya yea...

Mentang2 la ada orang yang rajin sungguh melayan rombongan cik aya nih... Tu yang buat lagi semangat nak menerjah ke sana tuh... Sebelum misi mengukur City 2 tu bermula, memasing 'isi minyak' kat rumah persinggahan mak yong tu dulu... Pastu, barulah memasing bertenaga nak bocorkan poket yea dak?! Kui kui kui...

Agaknya korang pun pelik kan... Apesal lah sampai ke HT peginya yea tak! Agaknya semua mall and shopping complex kat cph ni dah habis di round kot! Kekeke...

Bukan apa kengkawan... Kat HT tu rasanya macam tenang aja jiwa ni haaa... Environment dia pun cosy gituh! Ala2 mendamaikan tau... So, benda2 tu la yang merangsang semangat we all nak bersopang dengan bersungguh2 walaupun masa itu amat mencemburui rombongan cik aya nak habiskan duit suami memasing kan! Ingatkan sejam cukup la nak tawaf satu City 2 tuh... Rupanya... Satu floor pun tak lepas daaaa! Besar tu!!!

Pasni ntah bila tahun la agaknya nak menerjah ke HT lagi yea... Mak Yong pun dah nak berhijrah semula ke penthousenya di Lyngby tak lama lagik... Takpe takpe... Lepas ni kita ukur mall kat lyngby plaklah yea! Takpun, kita expand sket kawasan jajahan sampai ke Holte nun! Amacam kengkawan? Ada setuju?? Hahahaha...

my Quran collection..


entry arini semuanya menyentuh pasal bab2 mengaji dan Al-Quran je kan.... korang jangan la rasa jelak pulak yea.... bukan selalu kan aku citer bab2 nih... jangan pulak korang ingat aku ni MENUNJUK alim ke apa... LILLAHITAALA takde niat pun ke arah itu.... kalau itu yang korang pikirkan, sorilah yea... aku tak mampu nak nolong dan sekat pemikiran korang tu...

btw, inilah koleksi Al-Quran yang berada dalam simpanan aku sekarang.... owh! korang tak tau ke yang aku pun collect Quran jugak tau disamping novel2 dan buku2 masakan... dalam hati kecik aku ni memang pasang NIAT nak khatamkan setiap satu Quran yang ada dalam colection aku ni.... walaupun belum tercapai sepenuhnya... sebenarnya ada banyak lagi Quran aku sebelum ni... tapi a few tu aku dah sedekah jariah kat kawan2.... so tinggal yang ini jer yang masih ada dalam simpanan aku...

setiap satu Al-Quran tu ada keistimewaan yang tersendiri.... yang belah kiri sekali tu, the latest in my collection.... hadiah dari Mak Mai yang disayangi.... Al-Quran tu keistimewaannya, setiap patah perkataan tu, satu per satu diterjemahkan di bawah perkataan tersebut.... bukan macam terjemahan biasa ayat demi ayat.... so, kalau agak2 nak improve bahasa arab sambil2 membaca Al-Quran, boleh la beli yang camni....

next to that one is the normal Al-Quran... takde translation... tapi aku suka sangat yang ni sebab TULISAN dia sangat JELAS dan mudah di baca.... i mean huruf2 dia tak berbelit2 dan tidak terlalu rapat antara satu sama lain... mudah untuk orang yang RABUN macam aku dan orang2 yang selalu kompius tengok huruf berbelit2 macam Tuan Beso....

next to that one tu (3rd from left) adalah merupakan Al-Quran keSAYANGan aku.... tanda HATI yang IKHLAS dari orang yang amat diKASIHI sepenuh jiwa ragaKU! itulah Al_Quran yang menjadi MAS KAHWIN yang aku terima dari Tuan Beso beserta dengan sebentuk cincin hampir 8 tahun yang lepas.... memang itulah HARTA yang sangat berharga buat aku... ke NEGARA mana sekalipun aku pergi memang aku PASTI bawak yang tu... so far sejak kawen sampai sekarang ni... dah 2 kali aku khatam dengan Al-Quran tu.... dan insyaAllah kali ke-3 akan menyusul tak lama lagi.... memang HAJAT aku utk khatam at least once sejak dapat Al-Quran ni telah termakbul... aku dah BUKTIkan pada Tuan Beso aku tak SIA2kan pemberian dia ni... dan aku akan sentiasa berusaha untuk memelihara Al-Quran ni sampai bebila pun.... insyaAllah....

yang disebelahnya tu pulak.... yang paling TEBAL amongst all tu merupakan HADIAH dari cikgu ngaji aku masa kat saudi dulu.... nama cikgu aku ni SURIYA HOSSEINI.... orang pakistan tapi dah jadik citizen US... dengan dialah aku belajar banyak hukum TAJWID dan dia jugaklah yang sudi menghuraikan terjemahan ayat2 suci Al-Quran dan bagi aku paham sefaham2nya..... banyak kenangan aku dengan Suriya ni tau.... dulu masa aku dok kat saudi, almost everyday aku akan menapak ke rumah dia semata2 nak belajar Quran.... memula tu seminggu sekali... pastu dia yang offer suruh datang setiap hari.... aku pulak yang jadi segan dengan KESUNGGUHAN dia nak ajar aku tak jemu2 langsung... walaupun kekadang tu BAHASA menjadi batasan... maklum jelah kan... yang cikgunya orang PAKISTAN... anak murid pulak MELAYU... medium perantaraannya pulak ENGLISH.... pastu bahan bacaan dalam bahasa ARAB.... so kekadang ada benda yang dia nak explain kat aku tu payah beno nak cari perkataan yang sesuai.... dan ada masa2nya dia refer pulak kat kawan2 dia semata2 nak make sure aku faham... ni semua kenangan hidup yang TAK MUNGKIN aku lupakan sampai bila2...

set Al-Quran kecik tu pulak aku beli masa we all menjadi tetamu ALLAH.... Tuan Beso yang beli tu sebab tertarik dengan saiz Quran tu sendiri... dan dibahagi2kan pulak pada beberapa naskhah yang setiap satunya ada beberapa juzuk... memang senang nak pegang dan baca sebab kecik dan ringan kan.... sama lah jugak dengan 3 mini Al-Quran bersebelahan dengan yang tu.... tu pun we all beli saing2 dengan yang tu.... walaupun kecik tapi tulisan dia jelas.... cuma untuk orang yang TERLALU rabun memang tak digalakkan baca yang tuh... makin tebal gamaknya spec korang... DULU aku selalu bawak Quran kecik tu dalam henbeg.... memang aku rajin gak baca pada masa2 terluang.... tapi sekarang ni, semua tu dah hilang dah... huhuhu....

hmmmm... tu lah cerita koleksi Al-Quran aku.... bila lah agaknya aku boleh khatamkan setiap satu Al-Quran yang ada dalam rumah ni yea.... nak habiskan satu naskhah pun dekat 3 TAHUN!! huhuhu..... kesian nasib Al-Quran ni sekadar menjadi pameran sahaja.... sedangkan Al-Quran bukanlah PERHIASAN dunia tapi *perhiasan* untuk kita di akhirat...

kalau ada orang hadiahkan kita Al-Quran dan kita membacanya dengan bersungguh2... insyaAllah bukan kita sahaja yang mendapat PAHALA tapi yang memberi juga mendapat kerahmatan dari Allah.... besarnya ganjaran yang kita dapat kan.... so, marilah kita sama2 baca Al-Quran yea kawan2..... chaiyok chaiyok!!

me too... almost there!

kalau aiman dah nak habis baca muqaddam... aku pun menghampiri ke arah misi aku mengKHATAMkan Al-Quran.... since pindah dok kat sini memang aku start all over again baca Quran dari juzuk 1 sampailah sekarang ni.... dah hampir 3 TAHUN dah.... masih tak KHATAM2 lagik! perghhh!!! giler tak giler aku nih! lama tuuu nak habiskan senaskhah Al-Quran.... cuba bagi aku baca novel.. tak sampai 3 hari pun aku boleh khatam!


memang sekarang ni aku ngaku yang aku terlalu ALPA! beza sesangat masa dok kat mesia and saudi dulu.... dulu aku selalu pegang Quran... pegang dan baca laa for sure kan... bukan takat belek2 gitu jer.... ishhh takde maknanyer kalau camtu tau!

DULU.... aku memang RAJIN.... tak tau lah nape sekarang ni aku tak serajin dulu....

DULU.... setiap malam aku amalkan baca quran sebelum tido... surah al-mulk dan surah al-kahfi... sekarang amalan baik tu ntah pegi mana ntah.... TERUKNYA aku rasa AKU sekarang ni!!!

DULU.... aku boleh habiskan baca Al-Quran dalam masa tak sampai setahun pun..... sekarang?? dah dekat 3 tahun pun tak buleh habis jugak... apa kes pun tatau....

takkan sebab dok negara *al-kafirun* ni boleh buat aku lalai kot.... hmmmm... ALASAN... pucuk pangkal hati sendiri kan..... setan tu sentiasa ada di mana2... so alasan tu tak valid!

agaknya keterBATASan waktu aku sekarang ni kot yang jadi penyebab... dengan anak2 dan rutin harian.... huh! ALASAN LAGI! tapi mungkin itu menjadi faktor penyumbang CUMA aku yang tak pandai nak seimbangkan...

so, tujuan entry *mengutuk diri sendiri* ini keluar pada hari ini adalah untuk membakar semangat dan meningkatkan JATI DIRI aku sendiri.... mungkin jugak korang pun boleh dapat teladan dari kisah aku ni kan.... jangan ikut perangai aku sekarang ni... huk huk huk!

ingatlah... USIA kita semakin hari semakin meningkat... kalau kita nak berubah, tak perlu menunggu TUA menjelma... kita tak tau bila kita akan pergi... jadi, curi2lah masa untuk mencari bekalan di akhirat dalam pada kita menempuhi urusan dunia yang tak pernah putus ni.... andai kata kita terlalu ALPA dengan hal dunia, keKAYAan yang kita kecapi itu bakal ditinggalkan jua akhirnya.... dan keMISKINan pula yang menanti kita di akhirat kelak.... nauzubillah... huhuuhu....


...bertekad nak khatam dlm masa sebulan dari sekarang! chaiyok chaiyok!!!

almost there...


yupe! he's almost there.... tak banyak lagi dah nampaknya aiman akan habiskan muqaddam tu... memang lama betul rasanya aiman baca muqaddam ni kan... tapi kalau +-x/ semua factors... not bad la jugak sebenarnya...

mungkin jugak sebab aku ni TERLALU cerewet agaknya mengajar aiman.... aku terlalu menitikberatkan dia kenal HURUF, TANDA dan BUNYI yang BETUL... sebab tu setiap satu tu, aku akan pastikan dia eja sampai dia betul2 dapat sebut dengan betul... kalau tak betul, aku suruh dia ulang sampai dapat... sampai aku puas hati... to me, itu ASAS yang paling penting dalam belajar mengaji... kalau asas tak betul cemana yang lelain nak betul kan...

takpelah LAMBAT sekalipun... asalkan matlamat aku untuk dia pandai mengaji dengan BETUL tercapai... mengaji ni bukan boleh dibuat main2 tau... ini adalah salah satu ILMU AKHIRAT yang dituntut... lagipun, RUGI besar kalau sebagai orang ISLAM kita tak mampu membaca KITAB SUCI yang diturunkan kepada RASUL kita Nabi Muhammad SAW dan umat2nya... memang keRUGIan yang TERLALU BESAR!

dan aku sedar akan tanggungjawab aku sebagai IBU untuk memastikan ilmu itu juga dididik kepada anak sendiri... takde alasan nak lari dari tanggungjawab ni kan... kalaulah we all dok kat mesia, mungkin tanggungjawab ni TIDAK sepenuhnya tergalas kat bahu aku... cari jelah guru ngaji yang mampu ajar anak aku tu kan... cukup bulan bayar! wahhhh JOLI KATAK! hahahaha.... tapi dah nasib aku anak beranak tercampak kat sini... SUKA atau TIDAK, kenalah terima tanggungjawab tu seadanya.... apa nak buat... tanggungjawab tetap tanggungjawab!

memang DUGAAN ajar anak sendiri mengaji ni TERLALU BESAR sebenarnya... teringat lagi masa aku kecik2 dulu... arwah abah penah try nak ajar sendiri aku dengan my big bro mengaji... GARANG giler ok abah masa tu... we all kalau time ngaji aje SURE phobia tengok rotan yang abah pegang... silap sikit jer KOMPEM dapat habuan... tapi abah ajar tak lama sebab dia pun masa tu selalu balik keja lambat... nak tak nak we all dihantar mengaji kat belakang masjid jamek kluang... lega giler dapat ustaz yang lemah lembut kalau nak comparekan dengan arwah abah... tu yang abg aku selamba badak ponteng ngaji sesuka suki hati dia... oppssss! pecah lubang plak! sowwy bang!

bila tetiba jer memori lama tu bermain balik kat kepala otak ni kan... memang *on the spot* la boleh buat aku tersengih cam kerang busuk sesorang... lebih kurang sama jer sebenonyer aku dengan arwah abah... dedua memang GARANG time ajar ngaji! ke mana tumpah kuah kalau tak ke nasi kan... kami ni memang agaknya tergolong dalam species yang KURANG SABAR dalam bab2 mengajar ni kot... skarang ni aku kena pulak berdepan dengan budak kecik yang banyak ragam.... anak sendiri plak tuh! dulu2 aku BAIK jer ok! manader banyak ragam! hehehehe.... tapikan, memang ada masa2nya rasa macam nak GIVE-UP aje!! kekadang tu masa ajar dia ngaji, aku rasa stress yang melampau dan terlampau... serious ok! aku bukan buat cerita dongeng tau!

memang kesian giler kat mamat ketot tu kalau sampai nangis2 kena ngan aku time ngaji.... bukan aku sengaja nak DERA dia.. tapi korang tau jelah kan... bukan senang jadik CIKGU ni tau! adoiiiiiyaiii giler tensen ok! padahal baru muqaddam jer tuh... tak taulah kenapa sometimes tu macam susah beno aku nak pahamkan dia... aku pulak memang takde TOKOH langsung nak jadi cikgu ngaji... memang KOMPEM la manjang aje ada drama air mata time ngaji! pernah sekali aku OVER sangat sampai kena tegur dengan Tuan Beso! kui kui kui....

lately ni dah nampak dah perkembangan positive aiman... dia dah boleh handle part yang susah2 dan berbelit... dan dia dah boleh paham bila nak kena baca panjang 2 harakat and so on.... berkat keGARANGan *mak singa* dia selama ni laaa.... ada jugak kesannya kan... cuma kekadang attitude dia yang tak leh handle... mudah sangat give-up kalau salah sebut or when he got lost..... another thing yang aku tak buleh handle kalau dia start doing silly mistakes one after another.... perghhhhh giler MENCABAR keSABARan betul!! yang susah dia boleh buat... tiba yang senang dia buat silap pulak... tak ke berasap kejap otak aku! huhuhu...

walaubagaimanapun.... fuh! ayat BM tak buleh belahhh!!

i have to keep my SPIRIT & DETERMINATION at the highest level to make sure MATLAMAT aku pasti tercapai... apa MATLAMATnya tu yea... tak lain dan tak bukan, for my dearest aiman to start reading Al-Quran before he reaches 7 years old this year... which is in July... seboleh2nya lagi cepat dia naik Quran lagi bagus... tapi tu tak bermakna aku akan speed up semata2 kerana itu... lebih baik LAMBAT asalkan DAPAT.... itu lebih penting dari segala2nya...

korang tolong doakan aku diberikan keSABARan yang TINGGI yea.... tolonglah!


Entry ni takde tittle... Sebab tak tau nak buh tittle apa daaa... Otak aku dah BEKU sebab temperature kat sini dah manjang jer below 0'c... Seminggu straight ni memang kompem manjang negative aje laaa... So otak aku nak berpikir pun ala2 tak larat gitu! Kui kui kui...

Owhhh gambo tu pun ala2 kelam dan suram gitu kan... Kabur plak tuh.... Masa aku snapped tu, jari jemari dah rasa numb giler... Macam kena frost bite tau! Aku ni kan tak tahan sejuks! Dok la negara omputeh doploh tahun pun, tetap gitu jugak kekdahnya! Kulit org asia tetap tak tahan sejuk ok!

Tapi, budak ketot tu lain species sket! Eksyen berlagak ko yea dek! Mentang2 ko tumpah darah kat sini, macam KEBAL jer dengan cuaca sejuk2 camni! Tak boleh belah tau!

Memang alyssa tu sebenonyer tahan sejuk tapi mudarat jugak kalau dibiarkan budak bawah umur tu lepas gian bergolek atas snow lelama... Time2 gini memang budak2 kecik mudah demam n selsema.. Bukan budak jer, orang tua pun sama! Alangkan anak2 mat saleh pun blh down with fever dek sejuk melampau, lagikan anak melayu tulen!

Aku kasi can la jugak alyssa nak dok bergolek depan tangga rumah aku tu... Tapi sekejap jelah... Tak sampai 5 mins pun sebenonyer... Jadiklah hai! Kang tak pepasal demam, aku jugak yang dapat habuannya... Dah ler Tuan Beso outstation... So, sendiri mau ingat lah yea...

Traffic jam in CPH!


The traffic today was horrendous and obviously all cars on the road were moving so SeLOW-MO like siput sedut yang menunggu panggilan the death angel gamaknya tau! All these were DUE to the BAD snowstorm that hit CPH all day long today....

Like i've been telling you all in the previous entry, kalau lah they had put some effort to clear up the mess on the road or maybe sprinkle salt the nite before, all these will not happen... But they didnt... So NATIJAHnya.... Satu CPH jammed teruk!

Bukan jam sebab too many cars altho that might be one of the reasons too... Tapi the main reason was, everyone including myself had to slow down our car to the max... Gilaan punya slow ok! Its already too dangerous driving on the streets full with snow! Apatah lagi kalau nak laju! Memang laaa nak menempah MAUT!!

And too bad my *blackie beamer* comes with 'all-season' tyres and with this kind of bad weather going on, i truly desperately need a full set of winter tyres on her! So, bayangkanlah betapa sukarnya aku drive tanpa winter tyres! Kejap2 kang keta aku terglide on ke tepi pastu ke tengah... Tak ke paranoid aku dibuatnya... Scary-mary ok! Boleh giler meroyan tau dlm keta!

It took me about half an hour to drive from Tuan Beso's office to CIS today... Sedangkan on normal situation in less than 10 mins, i could reach there... Arini memang super duper melampau2 lamanya nak menyampaikan satu2 tempat tuh... Rasanya total driving time aku arini ni sama dengan total seminggu punya driving routine! Giler tak giler!

Oklah malas nak bebel2 lagi... Tak guna pun kan... Dah nasib badan... Nak buat cemana... Bukan aku sorang yang kena camni... Ramai lagi yg senasib denganku! Huuhuhuhu...

Snowstorm!


We were informed from the news last night about the snowstorm... Tapi, Tuan Beso and me tak le gelabah sgt dengo berita camtuh... So far based on our experience during winter last 2 years, tak teruk mana pun snowstorm kat cph ni... Snow yang turun pun ala2 snow pondan! So, we thought that there's nothing to be worried of... Tuan Beso pun takdelah nak tabur garam depan rumah kononnya takde apa kan...

Kalau nak dicomparekan dengan masa we all experience snowstorm & blizzard kat colorado dolu2 memang lagiiii DAHSYAT ok! Berpuluh2 kali ganda teruknya.... Memang horror la snow kat sana... Sekali blizzard, satu CO diisytiharkan SHUT DOWN... Dahsyat tak dahsyat la tu kan... Kat cph mana penah kena camni pun selama we all dah bertapa kat sini for almost 3 years...

Tapikan ada lain macam sket la winter tahun ni kat sini... Dah le sejuk teramat... Sampai menggigit je tulang hitam! And tahun ni jugak dikira banyak kali gaks la snow turun.... And today, as predicted by the weather forecast, snowstorm melanda cph seharian... In the morning it was still ok... But at noon time, it became worst!! Believe me! Worst eva!

Am actually not complaining about the snow falls or the snowstorm... Am mentally and physically prepared for that... Yang aku TAK PUAS hati sangat pasal dorang takde inisiative nak tabur garam atas jalan raya... The whole streets in cph are soaked with heavy snow! Bayangkan kesukaran pada drivers dan bikers! Sangat merbahaya ok!!

Altho kat US snow lagik tebal kekadang tu sampai takat dada tapiiiii they kept the roads clean and clear! Tak la macam kat sini tau... Arini banyak keta yang skidded and jammed sebab jalan tak bersih... Teruk kan dorang nih! Tak sayang nyawa kami ke?

Adoiii.... Kenapakah aku harus melalui kesukaran begini? Nak kata aku jakun beno dengan snow memang tak! Tapi aku punya komplen macam baru hidup sehari tengok snowstorm camnih! Dugaan betull laaaa....

Korang stress ke baca entry aku nih? Jangan stress2 la yea... Kalau stress jugak, tataplah gambo kat atas tu... Putih bersih cantik je kan pemandangan tu... Aku snapped gambo nih masa menunggu aiman habis swimming kat Strandlund Swimmingpool... Khas utk tatapan readersKU semua... So, lupakan jelah rungutan2 aku sebentar tadi... Biar aku sorang jer yang memendam rasa! Huhuhu...

3 days & 3 nights...


I am all alone with my kiddos for the next 3 days and 3 nights! Huhuhu... Sedey nyer! Ku tinggalkan kesepian malam dan siang.... *drama minggu ini*

Tuan Beso has just gone to Esberjg by train tonite... Semalam he informed me that he will only be going tomorrow morning after we drop aiman at skul... Tapi tengahari tadi tetiba dia kol aku from opis bagitau plan bertukar pulak! Hmmmm... Selalu camtu tau! Tak suka... Tak suka tau!

Nak buat camno kan... Terpaksalah daku menerima seadanya.... Nak dikomplen pun tak guna, memang dah nature kerja dia camtu... Akak nak buat camno yea tak! Akak kena sedor diri, laki akak tu KULI jer!

Cuma Kali ni Tuan Beso tak pi turun ke laut macam selalu... So sebab tu la tak lama beno trip dia kali ni... Dia cuma pi Esberjg to run some tests and comes back to cph by this weekend... Kalau tak silap aku la kan, he has to do some lab tests and on top of that, he's got to perform test on the boat as well... Ala boat yang selalu Tuan Beso ikut belayar ke North Sea tu laaa... Boat mana lagi...

Hurmmm.... Pelik gak tuh! Bio beno daddy oi! Sejak bila pulak daddy jadik engineer kapal sampai nak kena test2 kapal plak nih? Kompius kompius! Sah2la kompius kan... Before this manader kena test boat camni... Kotla tetiba laki aku tu nak beralih angin tukar bidang lain ke... Hahaha...

Tapi, sebenonyer according to him, dia nak kena run test on the equipment dlm boat tu... Kerja Tuan Beso kan very technical... So, banyak la involve equipments kot... KOT? Hahaha... Aku pun tak berapa confident la nak elaborate sesungguh pasal ni... Kang silap info buat malu yo! Hiks!

Lagipun korang nak tau watpe... All these while Korang dah kenal dia as *Nelayan Laut Dalam* kannn... Tak yah nak pening2 kapla pikir lelebih beyond your imagination... Ececece... Biar aku sorang jer pening kapla pikirkan pasal kerja laki aku tu yea... Korang cuma doakan jer dia selamat pulang ke pangkuanku dan anak2 saturday nih... Huhuhu... Lama gak tu yea... Merana i tau menanggung rindu! Cian aku!

Mari bersahur!


Aku tengah dlm proses mengQAdA' puasa! Huhuhu.... Sungguh la peMALAS aku nih... Baru skarang nak ganti pose ker! Jangan ikut jejak langkah aku yea kengkawan...

Dan aku telah berTEKAD untuk tidak berlengah lagi! Dah 2 hari dah settled berganti... Another 4 days to go... Actually total 6 hari jer yang bebetul aku CUTI... Tapi sebab macam was2 hari ketujuh tu samada YA atau TIDAK (mcm lagu erra fazira plak kan!) so, aku sukarela ganti jugak extra sehari... Alah! Sehari je pun... Tak mati pun puasa lebih sehari kan... Hehehe...

Dan untuk tidak memudaratkan diri semasa berpuasa esok, haruslah kena sahur kan... Walaupun sahurku pada pukul 11 mlm! Janji perut ada alas! Eceh!

Tapi aku ni jenis tak leh masuk nasi pada waktu2 camni... So, yang tertelan olehku hanyalah 2 biji apples and 2 mugs MILO suam! InsyaAllah cukup la tuh for me to survive for tomorrow! Alaaa buka pose pkl 4.30 je pun! Hehehehe... Cam ngelat jer ek!

Takpe2... Allah tak marah pun ganti pose time winter... Janji kita ganti pose kan... Itu yg penting! Dugaan berpuasa time winter ni lain macam tau walaupunnnnn masanyer pendek! Hehehehe...

Tahajjud Cinta..



tetiba terSUKA lagu ni.... korang try la layan senikata lagu ni...


Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud



Alyssa & ballet...

Semalam for the first time alyssa joined ballet class... Takde plan langsung sebenarnya nak enroll kan alyssa ke ballet class ni tapi bila sherry dah ajak, macam terbuka plak hati aku nak try ballet for my cutie pie... Cuma nyer, i havent got any confirmation from the instructor until yesterday....

Somehow I managed to get alyssa enrolled just because she's replacing sufiya's place... For some reasons, sufiya and her mom (sherry) have gone back to mesia and will only be back to cph in march... So, sayang jugak kalau fees yg sherry dah paid in full tu be wasted like that kan... At least alyssa dpt join the class and sherry dpt money refund from me... So win-win situation la camtu...

Am so glad that alyssa had a good time yesterday with a small bunch of other gals... She made new friends immediately! It was really amazing to see her enjoying herself without me in presence... Aku cuma skodeng2 jer dari luar kelas... Memang mak2 tak leh dok dlm kelas tu sebab takut anak2 terDIStracted if diperhatikan... And aku plak dok ingat cek mek ni nangislah kalau tengok aku takde... Tapi dia selamba jek!

Kudos to alyssa!!! Am so proud of you my sweetie pie! My brave little girl! Afterall, she's my girl! Brave like me! Macam tulah anak mommy! There's nothing to be worried of okie my dear!

Pasni alyssa will start skuling pulak! Am so excited! I know she will be alright and able to suit herself well! My finger crossed for that!

Eiyahhhhh!!!!


Jangan tergolek dog yea tengok gambo tuh! Kui kui kui... Walaupun nampak dlm gambo tu macam berlakon je kan tapi hakikatnya aku telah BERJAYA mengheret puan sri aya dengan sled tu yea! Yezzaaaa!!

Kurus bukan sebarang kurus... Ini kurus banyak tenaga tauuu!!! Jangan pandang aku sebelah mata haaa! Akakakaka...

Ni la dia sebahagian aksi2 PANAS aku dan *partner in crime* aku on sunday tu! Kitorang memang plan bawak budak2 main sled and ice skating kat frozen lake tu sesama on sunday.... tapi in the end bukan budak2 jer yang sakan... we all pun sama naik!

Adalah a few mamat2 & minah2 saleh tersengih bila tengok aksi terlampau 2 orang sahabat baik ni... Agaknya dorang kata, ni species dari manalah yg jakun sangat nih? Agaknya tak penah jumpa lake yg frozen camni kot! Tu yang tetiba sakan sungguh mengalahkan budak2 tuh! Dah la mengilai tak hengat donia! Naik beku muka aku bantai bergelak sakan aritu dengan aya! Akakakaka....

Yang best gilernya sebab aku yang tarik aya... Bukan aya yang tarik aku! Kalau aya yg tarik aku sure orang tak heran kan.... Yelah tengok aku pun ala2 beso budak skolah menengah kat sini jer... Tapi bila aku yang tarik aya... Banyaklah mata2 yang tertumpu dan tak percaya! Termasuklah Dato' Haizan! Hehehe... Apesal? Tak percaya ker? Korang ingat aya tu berat sangat ke sampai takleh tertarik dek kudratku ini?

Helloooo.... See the leg laaa got bulu2 or not haaa! Wakakakakakaa....

~ aku dah buktikan kat dato haizan: takdelah berat sgt aya tu!

Birthday party...


Hujung minggu lepas kan we all ingat nak BER*hibernate* seanak beranak kat rumah je tau... Cadangnya memula nak bertafakur dendiam panaskan bontot memasing... tapi hasratku terbantut! Nasib baik hasrat jer yang terbantut tapi yang empunya diri tak bantut yea tak! Hehehe...

Hari sabtu lepas kami sefamily telah dijemput oleh cik puan lynne dan suaminya untuk memporak perandakan rumahnya (rumah ok! Bukan rumahtangga... Hehehe...) to celebrate birthday party anak bujang dia yang ke-2 tahun... Semangat sungguh anak2 aku bawak hadiah sorang satu... Esp alyssa laaa... Dah lah cek mek tu perasan lawa kononnya dengan gown kembang dia tuh! Dia pilih sendiri tau baju yg dia nak pakai aritu! Over okeh! Macam dia pulak yg nak celebrate b'day!

Anyway, The party went smooth and clear dengan kehadiran VIP2 yang dijemput khas! Akulah antara VIP2 tuh! Wahhhh!!! Kelasss! Giler perasan sungguhlaaa aku nih! Akakakaka... Takdelah korang... aku saja2 jer buat cerita gempak & sensasi! Macam laa korang ni baru jer jejak kaki kat blog ni... Tak paham2 lagi kot dengan etika penulisan aku agaknya! kan ker aku nih suka syok sendiri! Hehehe...

Anyway, aku nak gaklah kongsi gambo ni utk ditatap oleh korang semua... and korang pun masih lagi boleh ucap HEPI BIRTHDAY to izz danish who just turned 2 last week.... walaupun dah lewat sebenonya nak wish tapi takpelah... Better be late than nothing rite! Ucapan kan satu doa... Mari kita sama2 doakan anak kecil ini membesar dengan sempurna dan menjadi anak kebanggaan ibu bapanya... Dan anak2 kita pun begitu juga hendaknya... AMIN!

~ Sorilah danish yea terlambat pulak entry ni kuar... patutnya kuar ari sabtu tu tapi malangnya entry ni telah BERTAPA selama 3 hari dlm draft! Auntie dila kan dalam mode MALAS!

Owhh Sh*T!


Hah! Korang terperanjat beruk ke baca title tuh?! Kalau korang terperanjat beruk, aku lagilah terperanjat *tok beruk* dibuatnya!!! Apa taknya, kalau that '2 words' came out from *mulut org tua* takpe gaks! Ni tak!! Si Mem Kecik dah pandai cakap camnih! Camno dia boleh kuarkan strong words camni hah?!! Owhh tidaksss!!

Hurmmm!!! I really was in a *BIG BIG BIG* shock when she said 'owh sh*t' for the first time!! Of cos laaa kan! Gila kau tak terkejut! She's only 2 okie!!! And she said that like a normal person/adult! Dengan muka selamba comel dia tuh...

Aku dengan Tuan Beso terpandang sama sendiri! Antara percaya atau tidak aje apa yang kitorang dengar dari mulut si kecik tu! Bio betul nih! Adakah aku salah dengar? Tapi dah berkali2 dengar baru aku ter*convinced* yang she is really using that words!!!

Ya rabbi!!! Apa dah jadi nih?! Ni la dia kalau daddy nya suka guna words *kurang sesuai* di depan budak mentah ni... Walaupun dlm keadaan yang separuh sedar! Yang mommy nya pun takleh nak tuding jari kat daddy sorang jer... Macam tak penah guna words nih?! selalu jugak kan mommy *terbabas* guna ayat *kurang sopan* ni!! Eleh jangan nak tipu!

And now, both mommy n daddy can see the outcome.... Owh sh*t!!! Ooppsieee!

Alyssa skarang ni under close observation... Last week sebenarnya dia starts using that word and aku dah bagi verbal warning... Siap threat nak rotan kalau dia ckp lagi camtu... macamlaa minah kecik tu blh comprehend ckp aku kan! tak kesahlah kan... Dah tugas IBU mendidik...

And This morning she said that word again and i slapped her mouth slowly... Ala2 cam tepuk satu jari je camtuh... Tapi minah tu nangis cam kena dera plak dah... Memang drama queen! Dan aku sekali lagi WARNING dia nak cili mulut comel tu dengan cili hidup... Terus dia tutup mulut dengan tangan! Haaaa!! tau takottt!!!

Soalan cepumas: Daddy & Mommy nak kena cili gak ke? Hiks!

~please mind your own words especially in front of underage kids... 'Millennium kids' are EXTREMELY good at *copy paste*!!

aku MALAS....

sian korang kan.... dah dua hari masuk blog ni tapi takde entry baru....

lately ni kan aku selalu RASA malas nak updet blog... selalu sangat rasa nak LARI dari blog... lari lintang pukang dan takde arah tujuan gituh! akakakaka...... sengal betul!!

tapi memang betul laaa... AKU keMALASan terAMAT sangat....

2-3 hari ni aku nak dok kat rumah and terbongkang dendiam aje.... bukan langsung tak pegang lappie.... owhhh NEHI NEHI NEHI...

lappie ni tetap dibelai... cuma nak masuk ke www.blogger.com tu yang takde keinginan.... kalau dulu aku rasa sehari tak dpt updet blog macam MANDI tak BASAH, MAKAN tak KENYANG, TIDUR tak LENA....

tapi kini TIDAK lagi.... yeehaaaaa...... kui kui kui...

kenapa yea aku jadik begini... mungkin agaknya resolusi meMALASkan diri pada tahun ini telah BERJAYA dipraktikkan.... tapi MALAS updet blog je... tang2 lain aku RAJINNNNN.... *buleh caya ker?*

tapi, korang jangan la KECIWA gundah GULANA.... time2 aku rajin updet blog, kompem akan ku UPDET secara marathon.... tak kiralah cerita basi ke... cerita sensasi ke... semuanya akan aku KONGSIkan dengan korang KORANG dan korang yea....

korang setuju ke tak aku MALAS updet blog ni? hahahha... *soalan sengal!*

PinK!


This is My new *shocking* PINK iphone cover yg baru je dibeli oleh Tuan Beso masa dia pi london aritu... Tocey tocey larlinggg!!!! Muahsss! Yg best nyer tu, color pink nyer memang betul2 shocking choking you!!

Tapi aku suka SUKA suka sangat.... Dari jauh sebatu pun buleh nampak tau! Hehehehe.... So, cover iphone yg lama kaler putih with the red flowers tu telah diberi cuti sakit with immediate effect! Sian kat dia, koyak rabak dah dikerjakan dek aku yang brutal nih!

Ehh bukan aku sorang yg menjahanamkan tau... Anak2 aku yg bertuah tu pun TOLONG jahanamkan cover putih tu.... Huhuhu... Tapi ada rahmatnya jgk yg tu koyak... Aku dapat cover baaaruu!! Kaler pink lagi you!!! Hiks!!

surat untuk ayah...

Kisah ini terjadi disuatu pagi yang cerah… . mungkin tidak begitu cerah untuk seorang ayah yang kebetulan memeriksa bilik tidur anak gadisnya… yg berumur 18thn

Dia mendapati bilik itu cukup kemas dan rapi, dengan sekeping sampul surat yg bertuliskan untuk ayah diatas meja bacaan.. perlahan dia mula membuka surat itu…

——————————————————–
Ayahku yg tercinta,

Aku menulis surat ini dengan perasaan sedih dan sangat menyesal. Saat ayah membaca surat ini, aku telah pergi meninggalkan rumah. Aku pergi bersama kekasihku, dia lelaki yang baik, setelah bertemu dia..ayah mesti setuju walaupun penuh dgn tatto2 ganas ditubuhnya,

Dia sudah cukup dewasa walaupun belum begitu tua (aku fikir zaman sekarang 42 tahun tidaklah terlalu tua).

Dia sangat baik terhadapku, lebih2 lagi dia akan jd ayah kpd kandunganku ini. Dia memohonku untuk membiarkan anak ini lahir dan kita akan membesarkannya bersama.

Dia punya bisnes perdagangan extacy yang sangat luas, dia juga telah meyakinkanku bahawa marijuana itu tidak begitu buruk. Kami akan tinggal bersama sampai mati memisahkan kami. Aku yakin bahawa para doktor akan menemukan ubat untuk AIDS jadi dia akan segera sembuh.

Aku tahu dia juga ada perempuan lain tapi aku percaya dia akan setia padaku dengan cara yang berbeza.

Ayah.. jangan risau akan keadaanku. Aku sudah 18 tahun sekarang, aku tahu menjaga diriku. Salam sayang untuk ayahku dan ibuku yg trcinta. Oh ya sebelum aku terlupa, berikan semua teddy bear dlm bilik ku ini untuk adikku yg sgt2 inginkannya… …
—————————-

keadaan si ayah bagaikan nk tercabut jantungnya ketika itu… … ..lalu perlahan2 membuka muka surat kedua surat itu… dgn keadaan terketar2 si ayah membaca… … .

PS: Ayah, .. tidak ada satupun dari yang aku tulis diatas itu benar, aku hanya ingin menunjukkan hal yg lebih mengerikan daripada nilai report kad ku yg buruk. Kalau ayah sudah menandatangani reportku diatas meja, panggil aku ya… Aku berada dirumah jiran sebelah jer… ..


from LONDON with LURVEEE!!!

Tuan Beso pulang dari London semalam membawa pulang bersama pesanan2 dari bininyer yang terchenta ni..... memang SAYANG BINI sungguh la Tuan Beso tu yea..... kui kui kui! PADAHALLL.... berani dia tak nak bawak balik apa yang aku pesan.... nak tido kat LUAR bilik ka? tido la peluk bantal seongsorang kat sofa.... wakakakkaaa.....

itu stetmen tak sayang LAKI tuuu.... stetmen Queen Control! hiks! *owh satu masa dulu aku telah diTUDUH queen control oleh orang yang TAK KENAL pun aku... chaitt!* memang TAK patut!!


by the way, tu aku nak MENUNJUK kat korang apa benda yang aku pesan kat laki aku dari LONDON.... bukanlah emas berbungkal atau intan permata yang aku KIRIM.... takde *blink blink* nyer yang aku impikan pun..... dan bukan jugak mekap2 ke... baju2 ke... ataupun barang2 yang sewaktu dengannya... tak perlu itu semua untuk memuaskan hatiku ini... ececece.... ayat bermadah pujangga!

aku cuma kirim Tuan Beso tapaukan makanan jer untuk aku... SUNGGUH baik hati kan aku nih.... manader nak mintak lelebih.... mintak beli food jer dah cukup untuk aku... akakakkaaa..... sila PUJI diri sendiri..... bagus untuk awet muda nih!

aku ni ngalahkan orang yang preggie pulak ek.... suruh Tuan Beso tapaukan sandwich subway laa... suruh tapaukan kuey teow laaa.... macam tak penah makan gamaknya.... padahal kuey teow tu buleh jer buat sendiri.... hiks! aku ni bukan buang tebiat haaa.... mengandung pun JAUHHHHH sekali.... kilang aku dah habis RESOURCES nak start production tauuu... wehehehe.....

anyway, aku TELAH melantak tak hengat donia semalam.... sejurus selepas bungkusan makanan ni keluar dari beg Tuan Beso, dengan rakus dan gelojohnya aku makan tak toleh kiri kanan..... sikit pun tak heran Tuan Beso dok pandang2 jeling2 kat aku.... yang penting keLAZATan dan keNIKMATan kuey teow itu sungguh memberangsangkan..... akakakaka...

selepas menghabiskan sepinggan penuh kuey teow tu, aku memBEDAL sandwich pulak.... sedar tak sedar, aku dah terbongkang membuta sampai la ke pagi tadi baru sedar aku tido tak gosok gigi.... tak cuci muka.... nasib baik dah semayang isyak..... giler tak hengat jadik ULAR SAWA!!! akakakaka....


moral of the story: ikutlah sunnah Rasulullah.... makan sebelum LAPAR... berhenti sebelum KENYANG! yea kawan2 semua.... jangan ikut tabiat buruk aku! muahsss!

FRUITS anyone?


aku telah meLANCARkan kempen memakan fruits secara BESAR2an untuk anak2 aku.... hmmmm bunyi cam lawak pada korang kan tapi TIDAK pada aku.... chaiyok chaiyok!!

kempen ni dilancarkan atas sebab kesedaran AKU yang tetiba menggunung tinggi dalam memupuk minat budak berdua beradik ni memakan buah2an... sebelum2 ni memang tak penah putus bekalan fruits kat rumah sebab aku selalu beli buah dalam usaha nak bagi dorang makan buah lebih.... in fact, aiman sendiri pun tetiap hari kompem bawak buah as a snack ke skolah.... tu wajib tau pihak skolah tetapkan..

TAPI, memang selalunya KOMPEM takkan habislah buah2an yang aku pack kan utk snack dia tuh.... tak kiralah aku bagi buah apa pun, memang yang luaknya sikit jer.... sangat menDUGA keSABARan mak dia betullah... Tuan Kecik ni memang terkenal dengan keCEREWETan nyer.... buah ni tak suka... buah tu tak minat... buah tu tak sedap... macam2 hal...  dah ler veggies langsung2 tanak makan except mushroom.... tak ke payah tuhhh...


Mem Kecik pulak lain.... dia tu bedal aje masuk ke mulut comel tu apa jenis buah pun.... tapi habit makan dia tu ada pelik BIN ajaib sikit... dia makan SIKIT... cepotet... cepotet... portion yang dia makan tu ala2 cam budak umur 6 bulan tau.... sangat menDUKACITAkan hati ibundanyer.... ntah kenapalah anak2 aku ni payah betul nak makan buah2an... makan benda2 lain pun ada payah jugak laa bukan setakat buah aje.... senang citer, anak2 aku ni NOT SO into food.... tapi yg penting, nasib baik jugaklah dorang berdua tu NOT SO into junk food jugak.... dorang memang tak suka pun makan junk food... sekali sekala jer telan coklat and candies..... fuhhh ada lega lah sket kat situ kan...

starting from last week, aku dah TARBIAH bebudak ni pasal pentingnya makan buah.... adeh deh deh.... formal sangat la bunyik nyer ek.... bukan tarbiah daaa.... aku CONG dorang cakap yang sape nak cantik, nak hensem and tak nak MATI cepat, kena makan buah banyak BANYAK banyak! hahahaha.... giler sengal mak dia punya ayat kan.... lantak laa... janji anak2 aku dah kena RACUN dengan stetmen sengal aku tu... dan dorang telah PERCAYA dengan kata2 ibunya.... ITU YANG PENTING! hahahahhaaa.....

lets see how it goes ok..... doa2kan anak2ku terMAKAN cakap2 aku yea kawan2..... tenkiu mushi2!!

nasi SEDAP!

NASI SEDAP? wahhh!! Provocative tuh!! sedap sangat ker? hehehe....

Memang KOMPEM sedap you allz! dalam hidup aku kan.... antara banyak2 nasi dan lauk.... yang paling marvellous dan NIKMAT sekali bila dapat makan nasi panas2 gaul dengan marjerin letak kicap! pergghhhhhh MASYUKKKK wa cakap lu!

pastu kalau nak bagi fancy sket, kot la kan setakat nasi kosong camtu je tak cukup kick, goreng la telur mata lembu... takpun, kalau ada ikan goreng belen2 semalam ke, kelmarin ke boleh jugak!! korang tak caya kalu.... cuba TRY test.... tengok meleleh tak meleleh air liur korang!!! silap2 meleleh airmata okeh! ahahaha....


tu haaa dia bahan2 yang diperlukan untuk nasi SEDAP aku..... tak susah mana pun.... butter/marjerin, kicap dan telur..... sonang baitu kan.... hehehehe... kalau korang selalu google sana sini, terjah memacam blog yang menghidangkan resipi2 canggih2 manggih2.... tapi mintak maaplah bebanyak yea... terjah blog aku ni cuma dihidangkan dengan gambo kicap, butter ant telur jer.... maklum jer, saya ni bukan pandai memasak.... hehehe...



uishhhh.... tengok gambo kat atas ni pun buat aku terliur dah.... kalau la dalam gambo tu nampak asap2 nasi yang masih panas masa aku gaul butter tu kan, lagi dramatic gambo tuh tau.... sodapppnyo!!

sebenonyer, aku ni menurun perangai arwah abah aku..... dia yang suka sangat makan camni.... maklum aje.... orang miskin kan... tak heran kalau kena makan camni.... time2 sesak tengah2 bulan memang selalu2 la jugak we all makan lauk marvellous camni! tapi, walaupun to some people, nak pandang sebelah mata pun ala2 cam tak heran, tapi to me... inilah nikmat makan yang TIDAK TERHINGGA! ohhh memori!

and now ni, anak aku pulak dah menurun aku... suka makan sempoi camni... cuma aku jer yang tak berapa nak galakkan dorang makan camni selalu.... takde ZAT kau! skali skala tu boleh laaa... lagipun nak kata bagus utk kesihatan pun macam TIPU jek kan..... masa aku dolu2 tu lain kes la..... skarang lain kes.... ekekeke..... anyway, sudi2kanlah korang TRY nasi sedap ni yea.... tapi jangan amalkan selalu2.... kalau tetiba ada symptom2 high blood tu, jangan kata aku tak inform plak yea.... hiks!

k

am not hepi... but am GRATEful...

went to AVIS to get a replacement car yesterday but somehow the car was not ready to be picked up.... and i had to go there again this morning.... AGAIN... for the 3rd time in 3 days in a row... *sigh*

tapi syukur alhamdulillah, today everything dah sempurna.... semuanya dah diSETTLEDkan.... lone ranger aku berlarian ke sana sini just to make sure:

car replacement - CHECKED
parking permit - CHECKED

nampak cam mudah kan... tapi HAKIKATnya tak semudah mengeja yea... hehehe......

and now i can BREATHE in and out normally... kelmarin aku rasa cam tak bernyawa jer.... selagi tak settle semua benda selagi tu laaa tak AMAN idup aku... dah le aku ngusung Mem Kecik kemana jua aku pergi... dalam keadaan cuaca camni pulak tuh, memang MOOD tu manjang aje MANDOM.... bohsan nak keluar rumah... inikan pulak nak kena buat benda2 camni...

tapi, nak tak nak kena gakle buat... dah tu.... takkan nak tunggu jugak Tuan Beso yang buat... dia kan BIZI BIZI BIZI.... kalah Mem Beso punya BIZI....

hmmm.... anyway, am not hepi with the replacement car.... *huiii.... cam tak bersyukur jer*

and i've already started to miss the old one.... that one is much better than this... *hmmm... bersyukurlah wahai manusia*

but come to think of it.... at least better than nothing kan.... dah dapat keta ganti pun nak banyak cekadak.... *apesal tak reti bersyukur?!*

nonetheless.... i will definitely change this car with the old one after it got fixed! huahuahua.... i've built a strong bonding with that one already laaa..... altho the BRANDNAME is not that GAH to compare to this new one... but the feeling is wayyyyyyy much better i tell u!

but anyway.... i must be GRATEful for what i have.... syukur itu PERLU.... jangan ALPA untuk bersyukur yea cik puan adie! nanti Allah MURKA!


GONE to LONDON....


u allz sume dah tau kan Tuan Beso kesayanganKU itu telah berpergian ke LONDON secara sendirian berhad semalam... owhh mengapakah SDN BHD plaks tuh? slalu slalu ada aje yang nak ngekor... hehehehe... meLARIkan DIRI ker Tuan Beso oi? kui kui kui...

ekceli memula aku cam nak ngekor gaks... tapi bila pikir2 balik... TAK KUASA LA HAIIII..... dah baper kali dah aku terjah ke sana... takkan tak puas2 lagi kot... dah tatau nak pi meround kemana dah.... unless la kalau ada urusan RASMI kan... macam Tuan Beso ler.... dia ke sana atas urusan RASMI... nak renew passport...

TAPI, walaupun aku tak ngekor dia.... aku dah bagi "to buy list" kat Tuan Beso.... hahahaha.... GILER KEJAM aku kan.... tapi, aku bukan suruh dia menyopang pun.... aku cuma suruh dia beliiii.....

ADAlaaaaaaaaaa.... mana leh bagitau! secret SECRET secret! sssyyyhhhhh!

huiii haiii.... tak sabo nyer nak amik Tuan Beso kat epot.... lagi 2 jam lebih je nih....

Mangkatnya seorang SULTAN....

harini ini aku telah dikejutkan dengan berita yang membuatkan aku terKESIMA... antara percaya atau tidak dengan apa yang dikhabarkan.... HAKIKAT yang pada mulanya diragui tapi akhirnya telah diSAHkan secara rasmi...

"Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail
mangkat jam 7.08 malam Jumaat (22.01.10). Agenda Daily di maklum oleh Ketua
Penenerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan setelah beliau mendapat pengesahan
daripada kenyataan Setiausaha Sulit Pemangku Sultan Tuanku Ibrahim." 

-sumber dipetik dari Anak Johor link in FB




marilah sama2 kita sedekahkan AL-FATIHAH buat roh ALMARHUM BAGINDA SULTAN... semoga roh BAGINDA ditempatkan bersama2 orang2 yang dikasihi ALLAH swt... AMIN...

Laporan dari BERITA HARIAN online:


Sultan Johor mangkat

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Iskandar Al-Marhum Sultan Ismail mangkat di Hospital Pakar Puteri, jam 7.15 malam tadi. 

Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada sidang akhbar, sebentar tadi.

Jenazah Al-Marhum Sultan Iskandar akan disemayamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah jam 2 petang esok.
Sultan Iskandar raja yang tegas, adil

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat hari ini pada usia 77 tahun, adalah seorang raja yang tegas tetapi adil dan sentiasa mahukan yang terbaik bagi rakyat, menjadikan negeri Johor sebagai antara negeri termaju di negara ini.

Baginda yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981, mangkat pada 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.

Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor Tunku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah Ismailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri Tunku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.



click here for more...

Related Posts with Thumbnails