...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...

Mangkatnya seorang SULTAN....

harini ini aku telah dikejutkan dengan berita yang membuatkan aku terKESIMA... antara percaya atau tidak dengan apa yang dikhabarkan.... HAKIKAT yang pada mulanya diragui tapi akhirnya telah diSAHkan secara rasmi...

"Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail
mangkat jam 7.08 malam Jumaat (22.01.10). Agenda Daily di maklum oleh Ketua
Penenerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan setelah beliau mendapat pengesahan
daripada kenyataan Setiausaha Sulit Pemangku Sultan Tuanku Ibrahim." 

-sumber dipetik dari Anak Johor link in FB




marilah sama2 kita sedekahkan AL-FATIHAH buat roh ALMARHUM BAGINDA SULTAN... semoga roh BAGINDA ditempatkan bersama2 orang2 yang dikasihi ALLAH swt... AMIN...

Laporan dari BERITA HARIAN online:


Sultan Johor mangkat

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Iskandar Al-Marhum Sultan Ismail mangkat di Hospital Pakar Puteri, jam 7.15 malam tadi. 

Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada sidang akhbar, sebentar tadi.

Jenazah Al-Marhum Sultan Iskandar akan disemayamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah jam 2 petang esok.
Sultan Iskandar raja yang tegas, adil

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat hari ini pada usia 77 tahun, adalah seorang raja yang tegas tetapi adil dan sentiasa mahukan yang terbaik bagi rakyat, menjadikan negeri Johor sebagai antara negeri termaju di negara ini.

Baginda yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981, mangkat pada 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.

Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor Tunku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah Ismailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri Tunku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.



click here for more...

2 *amigos*:



muna mahdzar-fadaaq said...

selalu dengan soalan yang kurang bijak....but, "terkesima" tu apa benda?

*adie* said...

terkesima tu TERKEDU.... agak2 tau tak terkedu tu apa? hehehehe....

Related Posts with Thumbnails