btw, inilah koleksi Al-Quran yang berada dalam simpanan aku sekarang.... owh! korang tak tau ke yang aku pun collect Quran jugak tau disamping novel2 dan buku2 masakan... dalam hati kecik aku ni memang pasang NIAT nak khatamkan setiap satu Quran yang ada dalam colection aku ni.... walaupun belum tercapai sepenuhnya... sebenarnya ada banyak lagi Quran aku sebelum ni... tapi a few tu aku dah sedekah jariah kat kawan2.... so tinggal yang ini jer yang masih ada dalam simpanan aku...
setiap satu Al-Quran tu ada keistimewaan yang tersendiri.... yang belah kiri sekali tu, the latest in my collection.... hadiah dari Mak Mai yang disayangi.... Al-Quran tu keistimewaannya, setiap patah perkataan tu, satu per satu diterjemahkan di bawah perkataan tersebut.... bukan macam terjemahan biasa ayat demi ayat.... so, kalau agak2 nak improve bahasa arab sambil2 membaca Al-Quran, boleh la beli yang camni....
next to that one is the normal Al-Quran... takde translation... tapi aku suka sangat yang ni sebab TULISAN dia sangat JELAS dan mudah di baca.... i mean huruf2 dia tak berbelit2 dan tidak terlalu rapat antara satu sama lain... mudah untuk orang yang RABUN macam aku dan orang2 yang selalu kompius tengok huruf berbelit2 macam Tuan Beso....
next to that one tu (3rd from left) adalah merupakan Al-Quran keSAYANGan aku.... tanda HATI yang IKHLAS dari orang yang amat diKASIHI sepenuh jiwa ragaKU! itulah Al_Quran yang menjadi MAS KAHWIN yang aku terima dari Tuan Beso beserta dengan sebentuk cincin hampir 8 tahun yang lepas.... memang itulah HARTA yang sangat berharga buat aku... ke NEGARA mana sekalipun aku pergi memang aku PASTI bawak yang tu... so far sejak kawen sampai sekarang ni... dah 2 kali aku khatam dengan Al-Quran tu.... dan insyaAllah kali ke-3 akan menyusul tak lama lagi.... memang HAJAT aku utk khatam at least once sejak dapat Al-Quran ni telah termakbul... aku dah BUKTIkan pada Tuan Beso aku tak SIA2kan pemberian dia ni... dan aku akan sentiasa berusaha untuk memelihara Al-Quran ni sampai bebila pun.... insyaAllah....
yang disebelahnya tu pulak.... yang paling TEBAL amongst all tu merupakan HADIAH dari cikgu ngaji aku masa kat saudi dulu.... nama cikgu aku ni SURIYA HOSSEINI.... orang pakistan tapi dah jadik citizen US... dengan dialah aku belajar banyak hukum TAJWID dan dia jugaklah yang sudi menghuraikan terjemahan ayat2 suci Al-Quran dan bagi aku paham sefaham2nya..... banyak kenangan aku dengan Suriya ni tau.... dulu masa aku dok kat saudi, almost everyday aku akan menapak ke rumah dia semata2 nak belajar Quran.... memula tu seminggu sekali... pastu dia yang offer suruh datang setiap hari.... aku pulak yang jadi segan dengan KESUNGGUHAN dia nak ajar aku tak jemu2 langsung... walaupun kekadang tu BAHASA menjadi batasan... maklum jelah kan... yang cikgunya orang PAKISTAN... anak murid pulak MELAYU... medium perantaraannya pulak ENGLISH.... pastu bahan bacaan dalam bahasa ARAB.... so kekadang ada benda yang dia nak explain kat aku tu payah beno nak cari perkataan yang sesuai.... dan ada masa2nya dia refer pulak kat kawan2 dia semata2 nak make sure aku faham... ni semua kenangan hidup yang TAK MUNGKIN aku lupakan sampai bila2...
set Al-Quran kecik tu pulak aku beli masa we all menjadi tetamu ALLAH.... Tuan Beso yang beli tu sebab tertarik dengan saiz Quran tu sendiri... dan dibahagi2kan pulak pada beberapa naskhah yang setiap satunya ada beberapa juzuk... memang senang nak pegang dan baca sebab kecik dan ringan kan.... sama lah jugak dengan 3 mini Al-Quran bersebelahan dengan yang tu.... tu pun we all beli saing2 dengan yang tu.... walaupun kecik tapi tulisan dia jelas.... cuma untuk orang yang TERLALU rabun memang tak digalakkan baca yang tuh... makin tebal gamaknya spec korang... DULU aku selalu bawak Quran kecik tu dalam henbeg.... memang aku rajin gak baca pada masa2 terluang.... tapi sekarang ni, semua tu dah hilang dah... huhuhu....
hmmmm... tu lah cerita koleksi Al-Quran aku.... bila lah agaknya aku boleh khatamkan setiap satu Al-Quran yang ada dalam rumah ni yea.... nak habiskan satu naskhah pun dekat 3 TAHUN!! huhuhu..... kesian nasib Al-Quran ni sekadar menjadi pameran sahaja.... sedangkan Al-Quran bukanlah PERHIASAN dunia tapi *perhiasan* untuk kita di akhirat...
kalau ada orang hadiahkan kita Al-Quran dan kita membacanya dengan bersungguh2... insyaAllah bukan kita sahaja yang mendapat PAHALA tapi yang memberi juga mendapat kerahmatan dari Allah.... besarnya ganjaran yang kita dapat kan.... so, marilah kita sama2 baca Al-Quran yea kawan2..... chaiyok chaiyok!!








0 *amigos*:
Post a Comment