...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...

Lidah masih melayu...

This is Mem Beso's writing... Anyway, saje je aku nak enterprem skejap... Katanyaaa pemantau bertauliah! Harussss la skali skala menyelit jugak dalam ini wayang gambar! Hahahaa

 

video


Well, video kat atas tu saja2 suka2 je aku tempek kat sini... Tapi dalam saja2 tu haruslah ada juga sebab musababnya... Kannn kannn kannn...

Sebab utama aku letak video tu ialah ~ just to let all the readers tau yg anak2ku di rumah cakap melayu... Walaupun aiman tulis blog ni dalam english tapi bukan lah sebab dia tak pandai cakap melayu cuma dia tak reti lagi nak tulis in BM... Ada plak kang dia meroyan kalau aku paksa dia tulis in BM.. dah la nak encourage dia tulis blog ni pun kemain turun naik mood dia tu! kalah roller coaster!! lagik nak suruh tulis blog in BM! harussss bergegar rumah aku ni kang!!

Tapi, like i said, aiman cuma tak pandai tulis in BM je... kalau ko suruh dia cakap melayu memang mcm no hal lah... Lidah dia mmg lidah melayu... dah tu, dedua makpak dia memang kuat identiti melayu so anak2 pun kompemlah kena paksa cakap melayu kat rumah kannnn.... Cuma mek tot aku tu je yg lidah dia nak kena kikis sket... Dia punya slang tu memang over da vazzz sket... Aku tatau la kenapa.. Kompiusss makkk nakkk!! Nak kata sebab dia lahir kat oversi, takkan la kot! Apa kena mengena punnn? Apa relevannya punnn? Tapi takpe, ko tunggu jelah dek! Mak ko ni akan kikis lidah ko tu supaya jangan nak lupa diri sangat sampai tak reti cakap melayu! Muahahahhahahaa mak kejammm!!

Honestly in my own opinion, aku rasa macam rugi kalau anak2 aku tak pandai cakap melayu sedangkan diorang berbangsa melayu... Bahasa kan jiwa bangsa... Walau di mana kita berada, di manapun kaki ni melangkah, jangan lupa siapa kita... sape lagi yg akan memartabatkan bangsa dan bahasa kita kalau bukan kita sendiri... Kekalkan identiti kita... alangkan org luar berlumba2 belajar bahasa kebangsaan kita, tapi kita plak lupa utk memartabatkan bahasa kita sendiri... Tapi aku harap takde sesapa yang akan salah anggap pada aku yea... I am not saying those yang prefer anak dia cakap English and langsung tak tau berbahasa melayu tu tak bagus... not at all... Ingin aku tegaskan disini, I am not judging anyone but sekadar berkongsi apa yang aku tekankan to my own family... takde kena mengena dengan orang lain.... so, sebelum apa2 lebih baik aku bagitau awal2 yea.... kalau masih ada orang yang nak terasa, aku nak mintak maaf seikhlasnya... masing2 ada pandangan dan cara hidup masing2.... sesungguhnya aku takleh kawal perasaan korang... *peace no war*

As far as i'm concerned... aku kena make sure anak2 aku pandai cakap melayu and at the same time aku tayah nak risau sangat sebab dorang mmg boleh spekong matsaleh pun.... oklah tu kan bi-lingual... Aiman pun cakap most of kawan2 dia kat skolah boleh menguasai lebih dari satu bahasa... his bestfriend Gniewko tu lagilah, boleh cakap 3 bahasa Polish, English and French.... whoa!!Malula kalau anak aku tak boleh cakap bahasa melayu, bahasa asal usul dia... Mak Gniewko pun sama macam aku... dia kata very important for the kids to know their mother tongue because most of her family members back home bercakap menggunakan bahasa ibunda which is exactly the same reason why anak2 aku pun kena pandai cakap BM.... Family aku mana ada yang spekong london beria... not to say that all of them tatau nak cakap in english, some yes, but of course my mom and mil especially, and most of my uncles and aunties even our adikbadek sepupu sepapat memang tak boleh nak communicate in English langsung...

So, bayangkanla kalau anak2 aku tak boleh cakap melayu... gamaknya terpaksalah dorang bercakap bahasa ayam dan itik kalau balik kampung nanti! Huwaaa!! Kesiannnn!!! Lagik kesian kat mak aku sebab cucu dia ada berapa kerat je pun.. Dah la yg dua bradik ni dok jauh, setahun skali je pun baru nak jejak kaki kat kampung... Bila balik dah tak reti nak berborak pulakkk... Sebabnya, tak reti bercakap dlm bahasa melayu... tapi balik ke kampung melayu! cemano tuuuu? Fuhhh sadissss!!!

0 *amigos*:



Related Posts with Thumbnails