...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...

Gudbye & Gudluck

On monday aritu, seawal jam 5am aku dah bangun... Memang awal giler la tu! Dah la aku tido kol 12.30 am... Cuba ko kira baper jam je mata aku dpt berehat... Tu baru mata, belum termasuk badan dan sendi segala... Pastu sepanjang siangnya memang harus aku WENG! Terus aku declare coti masak smalam! Hahahaa...


Ekceli aku terpaksa bangun pagi sebab nak tolong hantar kawan aku, Misty ke epot... Flight dia to Newark kol 9am so before 7 dah kena ada kat epot... Tau jelah security check for passengers bound to US ni over da vavaz sket... Tu yang aku kena bangun pagi buta tu... Dah tu, anak2 aku punya lunch box nak gak di siapkan... Breakfast nak kena readykan jugak atas meja sblm aku kuar rumah...

Boleh jer kalau aku nak dera Tuan Beso... Tapi sian pulak kat pakcik tu... Dah la malam nya tu aku paksa dia ikut aku pi amek Misty kat rumah Sherry then kena tolong angkut beg yg berat giler dari tingkat 2 (apt Misty) ke keta... Balik rumah kena tolong aku repacked luggage si Misty tu pulak...

Dia jugaklah yg menjadi penyelamat keadaan, tolong cari kotak nak sumbat bebarang yang terlebih muatan dlm checked in beg Misty aritu... Pastu dia jugak yang terkial2 nak timbangkan beg and kotak just to make sure tak overweight... So, adalah tidak munasabah kalau aku nak dera dia lagi suruh bangun pepagi buta...


Aku memang sgt2 bersyukur dpt husband yang very supportive... bila aku ckp nak tolong Misty sebab kesian sesangat dengan masalah yang dia alami, Tuan Beso memang bagi 100% support kat aku... Kitorang dah penah susah dan dah biasa susah... so we know how hard it is...

Dalam dunia ni tak semua orang bernasib baik dan tak semua orang gembira dengan kehidupan masing2... Itulah lumrah alam... Walaupun kehidupan tu adalah pilihan diri sendiri tapi bergantung juga pada untung nasib memasing kan... Who knows what will happen in future... Only GOD knows! Bak kata pepatah melayu... Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan...

Aku memang simpati atas apa yang berlaku pada Misty... Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul... Bukan mudah utk melupakan perit jerih perjalanan hidup yang dilalui semata2 demi mengejar cinta... Pengorbanan yang dibuat bukan sedikit namun, atas nama CINTA, segalanya ditelan meskipun akhirnya kecundang jua...

Sesiapa pun yang berada di tempat Misty sudah tentu akan melalui fasa TRAUMA yang hebat... But i do hope that she will not loose her faith... Aku risau kalau2 dia hilang pedoman hidup setelah diduga sebegitu hebat sekali... I pray hard that she will be strong no matter what... Not only mentally and physically strong but also her IMAN... Amin ya Allah!

Aku memohon ke hadrat Ilahi semoga sahabatku ini mempunyai ketakwaan yang tidak berbelah bagi pada Allah swt, diberi keyakinan diri yang tinggi, ditunjukkan ke jalan yang benar, dikurniakan seorang suami yang bertanggungjawab dan diberikan kebahagiaan hakiki yang dicari2nya selama ini... Amin ya Rabbal Alamin...

Di samping itu, aku amat bersyukur kerana Allah mengurniakan kepadaku pasangan hidup yang terbaik... Menerimaku seadanya dan sanggup jatuh dan bangkit semula bersama2... Aku mengaku bahawa aku antara insan bertuah di bumi Allah ini... Alhamdulillah...

~ dont take people for granted... Especially those who we cared for and who we loved dearly...

- adie-apai's on mobile

0 *amigos*:



Related Posts with Thumbnails