...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...

khas buatMU yang suka memFITNAH aku!

sape yang baca title aku tu janganlah korang tetiba tersedak, terbelahak, terkedu, terasa marah, benci, geram bla bla bla SEKIRANYA korang bukan tergolong di dalam kelompok manusia yang suka MENABUR FITNAH kepadaKU.... 

kalau ada di antara korang yang baca title pun dah rasa PEDAS, BERASAP OTAK ala2 macam tergigit cili padi seploh kilo.... korang paham2 jelah yea... itu tandanya korang tergolong dalam kelompok manusia itu.... tak kiralah korang PERNAH kenal aku secara langsung... kenal secara tidak langsung... ataupun tak kenal langsung.... yang tak pernah kenal aku langsung ni kekadang lagik over da vavazzzz tau! hiks!

owh yea... untuk orang2 yang TERMAKAN LADA tu... aku dedicatekan video ni KHAS untuk korang semua yea.... special ni tau! siap keluar dalam blog lagik! ewaah!! ikut korang la nak dengar sampai habis atau tidak... yang pentingnya aku dah lakukan KEWAJIPAN aku.... ;-)

so... dah dengar sampai habis? kalau TAK MAMPU nak dengar takpe... mungkin korang takde masa kot nak dengar benda2 camni.... tapi cuba baca apa yang aku kopipes kat bawah ni.... KHAS jugak aku tempekkan kat dlm entry ni untuk korang, korang dan korang.... (yang tergolong dalam kelompok itulah yea... ;-))


Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan, sesungguhnya orang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang diumpat.” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Firman Allah bermaksud: “Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah daripada kamu. Adakah seorang daripada kamu suka makan daging bangkai saudaranya, tentunya kamu semua membenci memakannya …” (Surah al-Hujurat, ayat 12).

Rasulullah Bersabda "Tidak akan masuk syurga Al-Nammam (kaki umpat)" (Riwayat Muslim)



pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan KHAS secara PERCUMA oleh diriku yang kerdil ini... wiehehehe.....

~ kalau kat dunia korang tak hingin nak tengok muka aku, jangan pulak nanti kat akhirat korang baru nak terhegeh2 mencari aku.... so, renti2kan lah yea kerja2 yang tak berfaedah itu.... ;-)


0 *amigos*:



Related Posts with Thumbnails