...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...

Sprog Skole...

Saya sudah menghampiri ke arah bergelar seorang pelajar semula... Diulang type... SEMULA... ;-) Setelah 4 tahun saya meninggalkan alam pembelajaran (baru 4 taun! Eceh!) akhirnya saya bertekad utk belajar semula... Bukankah kita digalakkan belajar sehingga ketitisan darah yang terakhir!

Ehhh lain macam plak ayat aku tuh! Dah la skema tak hengat pastu it sounds a bit off laa sikit ek! Hahahahaha... Nampak benolah yang aku ni memang dah kena menambahkan lagi ilmu pengetahuan yang sedia ada ni... Biar lagik bijakkkk dan bertambah2 geligaaaaaa kepala otak aku yg dah berkarats nih! Hiks!


Anyway, secara rasminya arini aku telah mendaftarkan diri di SPROGCENTER HELLERUP... Dah lepas dah 1st stage... ;-)



Alahai! Baru takat interview jek pung! Keh keh keh... Ehh of cos la kena Interview dulu kan, sebab dia nak tau jugak education background and knowledge aku nih... Adakah aku belajar takat darjah 3 je ker or sampai kolej ker... From there on barulah dorang can decide which language programme that suits well with me.. Tak susah mana pun interview dia... Tanya basic2 things, this and that... Dia tengok jugak english level kita cemana coz it depends on our speaking ability in english jugak utk menentukan group mana we belong to...


Tu dia nama org yg interview aku tadi... Very nice lady... Gambo yg kat bawah ni pulak aku cilok2 amek masa dia tengah interview orang lain.... Sempat gak aku jadik mamarazi kan! Well... Thats my hidden talent! Kekekkee...


Lepas interview session tu dia cakap aku masuk group DE3 and will have to start from the very basic level... MODULE 1... For sure lah aku kena start dari paling bawah sebab satu habuk danish pun aku tak tau... Stakat kira from 1-10 tu buleh laa... Sonang jo! Cheh! Berlagak! Tapi, Lepas pada tu memang wassalam-watammat! Hik hik hik... Nasib baik sedar diri! :-P


Kalau korang tanya kenapa tetiba jek aku nak belajar danish sedangkan before this aku TIADA nafsu langsung nak belajar danish, aku ada 2 jawapan utk korang... Yang pastinya ingin aku tegaskan di sini bahawasanya; aku bukan buang tebiat yeak! Hehehee... Akan tetapi jawapanku adalah... Satu jawapan yang sengal... Dan satu lagik jawapan yang pintar! Ewah! :-P

Jawapan sengal aku: am just doing this for FUN! Other than that, i just wanna kill some of my precious time... (tataulah sejak bila aku categorykan belajar language ni as FUN... Kui3)


Jawapan pintar aku pulak: we might be staying in DK for a longer period of time atas sebab2 yg tak perlu kuKEPOHkan di sini... So, am thinking of going back to work lepas kiddos dah 'secured' and most definitely the chances to get a job here is higher if i can converse well in danish... Other than that, aku boleh go further and apply for PR, not for the sake of aku nak dok sampai berjanggut kat sini but if i have my PR, i can pursue my dreams utk belajar setinggi yg boleh... So, with the PR status, i can enroll myself into any Universities in here and no need to pay for the tuition fees... Bolehlah aku sambung balik MBA aku yg tergendala separuh jalan tu kan... Bijak tak aku? Kekekekeke....



So, itulah motivation aku utk belajar danish ni... Hehehehe.... I hope Tuan Beso dapatlah berlapang dada lepas dia baca pengakuan JUJUR dan berani mati dari bini dia yang terchenta ni through this blog... Kakakaka... Blog ini telah diABUSEDkan utk menyampaikan message kepada si suami secara tidak langsung! Muahahhahaa... Gila sengal kan!


Apa tak sengalnya, laki den tu dok manjanglaaaa psycho2 bini dia ni haaa or senang cakap, dia discouraged aku from learning danish language... Dia kata, i could do something better than that, like, learn how to play piano... So dia boleh BELI piano and aku boleh MAINkan lagu untuk dia.... Muahahahhahaa.... Gila kelako la laki den tu!! Semata2 sebab nak beli piano disuruhnya aku belajar main piano! Tak ke lawak tuu?! Aduhai... Boleh sakit usus tau ketawa!


Anyway, korang doa2kan lah semoga aku MAJU JAYA dan masih dapat mengekalkan keWARASan otakku sebelum, semasa dan selepas belajar danish ni yea.... Pasnih bolehlah aku bagi lesson free belajo danish plak kat blog aku ni! Or maybe lagik better kalau aku tukar tulis blog ni in danish... amacam?! Ada BRANI? Muahahhahaa.... :-P

- adie-apai's on mobile

0 *amigos*:



Related Posts with Thumbnails