...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...

Menghafal...

Ini perihal aiman yang tengah struggle nak menghafal bacaan dalam solat... Dia ni ada malas sket orangnya... Nak kena pujuk, kena ampu, kena marah, kena push, kena psycho dan kena buat macam2 lagilah untuk bagi dia terus bersemangat nak berusaha belajar dan belajar lagi utk bersolat dengan betul...



So far praktikal dia dah ok... Berapa kali sehari kena solat dan berapa rakaat utk setiap waktu pun Alhamdulillah dah masuk dlm otak dia tu... Tertib solat pun dia dah paham... Legalah jugak hati aku ni... Cuma dari segi bacaan aje dia kena usaha lebih sikit... Malas bebeno kalau aku suruh baca buku solat tu... Liat bukan main... Setakat fatihah tu aku dah tak risau sangat sebab dia memang dah hafal... setiap hari sebelum tido dia kena baca Fatihah tu yang dah lekat dalam otak dia... tapi bacaan2 lain dalam solat tu yang kitorang masih nak kena betulkan dia lagi...



Both Tuan Beso and me memang terpaksalah bersabar dan bersabar dan bersabar dan terus bersabar nak mengajar aiman satu persatu and of cos benda ni perlu ada kerjasama... Hmmm... Bukan mudah sebenarnya tau... Tapi Kalau bukan kitorang yang ajar aiman, nak harapkan sape lagi untuk ajar dia?



Kekadang aku kesian dengan anak aku tu sebab ada satu masa tu aku rasa dia kompius sesangat dengan cara kitorang ajar... Aduhai anak! Nak buat cemana... daddy and mommy are not qualified teachers... So kekadang approach yang kitorang apply tu sedikit sebanyak memeningkan kepala aiman... But believe me... we are trying our very best to make you understand better and will try not to let u get too confused... I know its not easy but trust me... Together we can!

Aku sentiasa berdoa supaya Allah memberi kesabaran yang tinggi dan akal fikiran yang cerdas, bukan saja utk aiman tapi yang paling penting sekali untuk mak dengan bapak aiman ni haa... Rasanya, mendidik anak sendiri adalah tugas yang paling berat bagi setiap mak bapak... Kalau tersalah didikan memang pincanglah anak tu... Aku tak nak anak aku pincang dalam hidup dia... No parents would ever want that to happen to their kids kan... Huhuhu...



Dulu kitorang beruntung sesangatlah sebab mak abah hantar pegi sekolah agama... Yang mengajar kat sekolah tu pulak semuanya cikgu2 yang berkelayakan dan tahu selok belok nak ajar... Tapi anak2 aku pulak tak dapat keistimewaan tu semua.. Suka tak suka dia terpaksa merelakan diri belajar dari cikgu2 yang tak pro ni haa... Tetiba kang sekelip mata cikgunya boleh bertukar pulak jadik mak singa... Tu yang berdrama air mata bagai tu... Huhuhu...

Walau apapun, mak dengan bapak singa tetap sayang kat anak dia... Sebab tulah mak bapak singa ni sanggup tengok anak dia menangis sekarang dari meraung kemudian hari... Kecik2 kalau menangis takpe sebab masih nampak comel kan... Kalau dah beso panjang baru nak meratap hiba tu bukan setakat tak sedo diri namanya tapi hodoh bebeno rupanya... Hehehe...

~ Semoga anak aku sentiasa nampak comel lote masa kecik dan hensem tampan bergaya bila beso nanti... ;-)

- adie-apai's on mobile

0 *amigos*:



Related Posts with Thumbnails