...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...

Hari mengamuk sedunia!

Aku declare arini adalah hari mengamuk sedunia! Aduhai! Ni semua kes yang membabitkan kanak2 di bawah umur! Kalau korang nak tau apa yang dah jadik baca jelah entry ni sampai habis.... :-P

Dari bilik berita:

Dua orang kanak2 di bawah umur di sebuah rumah yang terletak di tengah2 bandar Copenhagen telah diberikan hukuman dunia tahap minimal oleh kedua ibu bapa mereka yang telah hilang kesabaran dek kerenah mereka yang luarbiasa...



Petang tadi, kedua2 kanak2 terbabit dilaporkan telah digantung hak keistimewaan mereka dari menonton tv seperti biasa... Mereka berdua telah dipaksa untuk membuat kerja2 atau activity yang bersangkut paut dengan buku tak kiralah membaca, mengira, mengaler ataupun sekadar tengok buku dan buat derk aje... Asalkan remote tv tidak termasuk di dalam Kawasan yang sewaktu dengannya...

Menjelang malam hari, kedua2 kanak2 tersebut telah diberikan tazkirah percuma oleh seorang Ustazah yang tidak bertauliah tentang adab sopan orang muda kepada orang yang lebih tua... Topic syarahan telah menyentuh aspek2 kerohanian dan tatasusila yang sepatutnya dipraktikkan oleh kanak2 di bawah umur itu...

Sejurus selepas itu, seorang daripada kanak2 itu telahpun mendapat sedikit 'habuan' natijah daripada perbuatannya yang telah membangkitkan kemarahan tidak terbendung bapanya.... Kemudian, berlakulah drama tangisan secara tiba2 dan anak itu telahpun mengaku kesalahannya dan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan itu agar dia tidak dihukum lagi...

Seorang lagi kanak2 turut mendapat habuan kecil namun kesan hukuman spiritual ke atas kanak2 itu tidaklah sebegitu ketara berbanding kesan terhadap abang kanak2 tersebut... Walaubagaimanapun, diharapkan kedua kanak2 tersebut telah menginsafi dan akan memperbaiki kesilapan mereka pada masa yang akan datang...

Setelah kedua2nya berjanji untuk berkelakuan baik supaya 'sejarah' dihukum tidak berulang lagi, kedua2 kanak2 itu beredar dengan tiada bantahan dan rungutan, menuju ke bilik masing2 setelah menerima arahan secara langsung supaya mereka tidur awal pada malam kejadian... Dan kedua2 ibu bapa mereka pun dapatlah bermesra alam secara aman dan berdua2an tanpa gangguan...

Sekian sahaja laporan dari bilik berita... :-)

- adie-apai's on mobile

1 *amigos*:



astik/hajar uitm said...

sengal punya laporan..penat aku baca sampai abis.. conclusion kes apa... punyala tertunggu2 kesalahan jenayah yg dilakukan...huhuhuhu

Related Posts with Thumbnails