...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...

Berdua sahaja...

Sorang2 memang tak syiok... Berdua lebih baik tapi bertiga lagi seronok... Betul tak?

Upin dan Ipin kata... Betul... Betul... Betul... ;-)

Semalam sahur kitorang cuma berdua... Arini berbuka pun berdua jugak... Just Tuan Beso and me... Memang janggal jer rasa bila BERDUA SAHAJA sedangkan sebelum ni memang selalunya bertiga... :-(

Yeaa... Betul la kalau korang buat telahan Aiman tak puasa so that was why dia tak bersahur dan berbuka dengan we all...


setelah 8 hari ramadhan berjaya dilalui aiman dengan penuh ketabahan dan semangat... baru arini lah (9 Ramadhan) dia ponteng puasa... Itupun setelah berjaya dipujuk oleh mak dia ni haa...

Ikutkan dia memang beria nak puasa jugak arini sebab dia dah set dalam otak, kalau tak pose tak boleh raya... Sakan bebeno nak raya gamaknya anak aku tuh! Hehehehe...

Aku bukanlah tak bagi dia nak puasa tapi aku kesian kalau dia penat sangat puasa masa skolah... Dia tu dah la active budaknya... Skolah pulak start kol 8.30 am and habis kol 2.50pm... In between tu they have play time... So bayangkanlah cemana dia nak bertahan tanpa makan dan minum... Dah laa dia sorang aje muslim dlm kelas dia tu haa...

Kalau ikutkan memang aku suka if aiman boleh puasa penuh selama sebulan... Of cos i'll be proud kan! Dan aku tahu yang aiman is a very STRONG boy... Physically and spiritually... 18 jam berpuasa tu bukan mudah esp for kids like aiman but he managed to fast from beginning until the end... He did it!

So, aku memang tak boleh nafikan yang anak aku memang kuat dan hebat... Aku tau dia MAMPU untuk berpuasa penuh... But then, aku masih lagi rational... Walaupun dia tak dapat puasa sebulan still aku tetap bangga dengan dia... Untuk umur macam aiman ni takde apa yang perlu dibuktikan... He is still in the learning stage so aku tak nak dia push himself too much... Kalau agak2 dah sampai tahap memudaratkan, memang aku takkan benarkan lah...

Tadi sebelum tido aku tanya dia lagi betul ke esok dia nak puasa... Aiman jawab 'YES'... Walaupun aku dah cakap 'it's ok if u want to have a break' tapi, he insisted jugak nak pose esok... Nampaknya aku kenalah kejutkan dia bangun bersahur esok pagi...

Walau macamana pun esok aku tetap jugak akan pack kan lunch for aiman... If in case he gets too exhausted then he can eat his lunch... Hopefully dia boleh bertahan but if he doesnt... I hope he wont get too upset... Anak aku tu kan sentimental sket orangnya... Hehehe...

Mommy doakan aiman kuat and sihat! Aiman memang anak yang baik... Anak yang bijak dan anak yang mudah dibentuk serta mendengar kata ibu bapa... Alhamdulillah... Syukur pada Allah kerana diberikan kurniaan yang tidak ternilai ini...

- adie-apai's on mobile

0 *amigos*:



Related Posts with Thumbnails