...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...

Mengidam!

Owhh kengkawan semua! Jangan mare yea kalau aku buat korang ternanti2 nak baca pasal holiday suka suki aku tu... aku belum dapat serulah nak mengapdet cerita ceritu holiday ke US tu... Tunggu la sejam dua lagi kotla angin rajin meresap dalam badan aku ni yeak! Jangan angin kus kus yang masuk sudaaa... Dah le baru melantak deroyan tak hengat nih! Kompemlah angin kus kus tu harum semerbak baunya nanti! Wieee...

Citer pasal deroyan ni kan sebenonyer dari kat Denver aritu aku dah ngidam nak makan deroyan tapi hajatku tak kesampaian sebab tak cukup masa nak terjah ke asian market.... Kat sana tu memang senang sesangat nak cari dan murah la kalau nak dibandingkan dengan kat DK ni... Hmmm... Korang pun dah sedia maklum dah kan... Nothing is cheap in DK ni haa... Tapi, dari takde langsung tu, lagilah merana badan yea tak... Sooooo... Pejam mata jelah tengok harga deroyan kat sini... Harga deroyan 2 containers tu kalau tukar ke RM adalah lebih kurang 64 hengget! Adalah kot dalam sebijik setengah aku rasa... Kalau kat mesia rm64 tu boleh tahan sengkak perut jugak kot melahap deroyan... Huhuhu...



Kalau la aku menurut kata nafsu memang kompem tak cukup 2 container yang Tuan Beso belikan tu... Aku ni memang hantu deroyan! Sama naik dengan laki aku tu haa.... Tengokla tu gaya dia makan deroyan! Ganas seh! Tak agak2 okeh muka dia tu! Ish ish ish! Nikmat no la tu dpt makan deroyan yeak! Hehehe...



Kalau la aku kat mesia skarang ni... Memanggggglaaaaaa tatau nak cakap apa... Tapi, aku BUKAN kat mesia! Sila sedar diri yea Cik Puan Adie oi! Agak2 kalau aku buat perangai Nak tibai deroyan sebakul macam kat mesia tu Mau botak laki aku yang hensem tu kang! Hehehe... Jadikla yeak 2 bekas tu... dapatlah jugak anak tekak aku ni nak merasa makan deroyan... asalkan tak kempunan dah... Ehh dah macam org pregnant plak ngidam2 ni yeak! Hehehe...

Owhh tolong lah! Saya tidak pregnant! Hanya tahap mengidam jek yang mengalahkan orang pregnant! Maklum jer, nafsu makan aku kan melampaui batas! Hehehehe.. Tapi takleh lawan nafsu makan Tuan Beso lagik... Pakcik tu lagik haru! Sanggup tu dia pi pasar sorang diri tengahari tadi masa aku tengah syiok bantai membuta tak hengat... Aku igtkan dia hilang ke mana... Rupanyaaaa dia ke central semata2 nak beli bahan2 nak masak mee kari!


Kwang3... Laki ku mengidam nak makan mee kari you! Kesian dia! Sebulan bercuti gamaknya rindu kot nak makan masakan bini dia ni haa... So, layankan aje... Aku pun memang dah rindu dendam nak bersilat kat dapur... Rasa macam syiokkk gitu dapat memasak utk keluarga terchenta dan makan bersama2 di rumah sendiri... Hehehe...



Tadi aku dah dapat arahan secara lisan dari Tuan Kecik suruh masak Nasi Lemak utk esok... Lusa plak kena goreng Kuey Teow yang diidam2kan oleh Tuan Beso... Wallaaaa... Baru sebulan aku tak masak dah Macam2 dorang ni mengidam! Kronik sungguhlaaa anak beranak aku ni yeak!

~ sungguhla tak senonoh dengan periuk belanga naik atas meja! Sila abaikan yeak! Kekekekeke...

- adie-apai's on mobile

0 *amigos*:



Related Posts with Thumbnails