...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...

Roti jer?

Mak aiii!! Mentang2 la Tuan Beso takde kat rumah, angin MALAS serta merta bertiup kencang masuk dalam badan aku nampaknya nih!!

Ada ker patut di kasi cek mek ni makan roti ajer?! Roti kosong aje pulak tuh! Fuhhhh!!! Memang TAK patut!! Mommy... Mommy... Apa nak jadik dengan mommy nih! Sangat tidak menepati piawaian ibu mithali ok!







Ecececece... Korang nih! Pantang aku bukak peluang nak ngutuk aku, mulalah tu yea... Amboi amboi amboi! :-p

Korang ingat aku peMALAS sangat eh? *memang pun! Hiks!*

Tapi seMALAS2 aku nih tak la sanggup nak bagi anak makan roti kosong aje... Walaupun Tuan Beso takde tapi aku tetap jugak masak tau... Cuma masakan aku tak ler seGAH macam orang lain masak.... Aku masak memang sempoi habis!!

Setakat ayam goreng makan dengan nasi letak butter and kicap aje hidangan aku dan anak2 arini! Perghhh!! Gila memang masyukkkk!!! Serious terangkat tak turun2 beb!! Hahahhaaha...

Cek mek tonet tu masih takde selera nak makan nasi agaknya... Bila aku sebut nak suapkan nasi dia tanak... Tapi dia request nak makan buah dan yogurt... Later on aku bagi dia sekeping roti sebab dia mengangguk nak bila aku tanya... Walaupun dia tak makan banyak sangat tapi susu memang berbotol2 jugakla dia hentam.... So i guess that satisfies her tummy!

Mungkin jugak dia hilang selera sebab Tuan Beso takde kot! Hmmmm.... That's possible too! :-(

- adie-apai's on mobile

0 *amigos*:



Related Posts with Thumbnails