...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...

Gaji saya tak mencukupi....


dah lama aku tak kopipes email yang aku received ke dalam blog ni kan..... bukan takde interesting email to share with all of u... ada tu memang ada tapi aku tak berkesempatan nak buat dan kekadang tu terlupa terus nak buat.... 


but today, aku curi2 gak masa tuk tercatuk depan lappie semata2 nak tempekkan email ni.... dengan iphone tak leh la nak kopipes pepanjang camni... 


maybe korang dah terbaca articles yang kuar dalam paper (online or real) tapi pada yang belum baca tu, amik masa untuk baca reality kehidupan zaman sekarang ni.... PELIK TAPI BENAR.... hakikat tetap hakikat... at the end of this article, aku akan memberi pandangan aku secara JUJUR... 





SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan seorang pensyarah universiti yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dan suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat. 

Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim, juga memerintahkan Raja Suzana Kassim, 39, dan suaminya, Zulazli Hashim, 43, memenuhi lima tuntutan lain yang difailkan Kassim Othman, 74, dan isterinya, Fatimah Salleh, 66, iaitu membenarkan mereka sepanjang hayat tinggal di sebuah rumah di Kampung Jiboi Baru, Ampangan. 
Mahkamah turut memerintahkan pasangan warga emas itu diberi kebebasan bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan persekitaran; diberi kebebasan dilawati anak lain pada bila-bila masa sepanjang hayat; menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta membiayai mereka mengerjakan haji. 

"Saya juga memerintahkan defendan pertama membayar nafkah RM500 sebulan, iaitu RM250 kepada plaintif pertama (Kassim) untuk membayar bil utiliti dan kos penyelenggaraan kawasan rumah serta RM250 kepada plaintif kedua (Fatimah) untuk kos perbelanjaan harian pada setiap akhir bulan sepanjang hayat mereka. 

"Saya fikir bayaran nafkah itu mencukupi untuk pasangan warga emas seperti mereka kerana anak lain juga perlu bertanggungjawab menanggung mereka. Perintah ini berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam penghakiman ringkas kes itu. 
Bagaimanapun, hanya Zulazli hadir ketika hakim membacakan keputusan itu. Raja Suzana, anak kelima daripada lapan beradik tidak hadir kerana mahkamah diberitahu peguamnya, Norzaini Nordin, bahawa anak guamnya terpaksa mengendalikan peperiksaan akhir semester penuntutnya. 

Pada April 2007, Kassim dan Fatimah yang diwakili Haniff Hassan, memfailkan enam tuntutan termasuk nafkah sepanjang hayat daripada anak perempuan dan men antu nya kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan men antu nya itu. 

Pada 1993, Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada 2002, Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu. 
 




'Gaji saya tidak cukup'  
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
 
asnawi@hmetro.com.my   
SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam diberitahu seorang pensyarah sebuah universiti dan suaminya yang sebelum ini bersetuju memenuhi beberapa tuntutan termasuk menyara nafkah sepanjang hayat ibu bapanya, pendapatannya tidak mampu menampung perbelanjaan bulanan mereka.

Raja Suzana Kassim, 39, berkata pendapatan bulanannya berjumlah RM4,400 tidak mencukupi untuk menampung semua perbelanjaan menyebabkan kekurangan itu terpaksa ditampung pendapatan suaminya, Zulazli Hashim, 43.

Selain itu, dia turut memaklumkan mahkamah mengenai beberapa pinjaman bank termasuk pinjaman peribadi dan peruntukan gaji yang dibelanjakan untuk makanan, pakaian dan keperluan lain serta membayar insurans pendidikan anak-anaknya.

Menurutnya, dia memiliki tiga kereta, namun hanya sebuah masih belum selesai bayaran ansuran dengan bank.  
 
Raja Suzana dan Zulazli sebagai defendan pertama dan kedua menghadapi tuntutan daripada pesara, Kassim Othman, 72, dan isteri, Fatimah Salleh, 64, di mahkamah berkenaan pada April 2007 kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan men antu nya itu. 
Dalam pernyataan tuntutan itu, Kassim yang juga plaintif pertama dianugerahkan sebidang tanah oleh kerajaan negeri di Kampung Jiboi Baru, Ampangan, di sini, sekitar Ogos 1971.

Plaintif pertama dan kedua (Fatimah) mendakwa mereka mendirikan sebuah rumah di atas tanah itu dan membesarkan lapan anak termasuk defendan pertama.

Mereka turut memaklumkan defendan pertama dan kedua mendirikan rumah tangga pada 1993.

Pada 2002, plaintif pertama bersetuju untuk memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.

Bagaimanapun, defendan memungkiri janji dan mengabaikan kebajikan plaintif. 

Pada mulanya, plaintif dibenarkan tinggal di rumah itu tetapi layanan defendan begitu mengecewakan sebelum mereka diusir keluar oleh defendan pada akhir Ramadan 1425 Hijrah.

Pernyataan tuntutan itu turut menyatakan berlaku kejadian defendan pertama melakukan kekasaran terhadap plaintif kedua menyebabkan dia cedera. Satu laporan polis dibuat berikutan kejadian itu.

Dalam pernyataan itu turut menyebut keadaan itu menunjukkan defendan gagal, abai atau cuai untuk memenuhi janji selepas tanah itu dipindah milik dan gagal, abai atau cuai untuk melaksanakan tanggungjawab member nafkah kepada plaintif iaitu nafkah furu'.

Plaintif menuntut defendan memberi nafkah sepanjang hayat dan dibenarkan tinggal di rumah di Kampung Jiboi Baru seumur hidup selain diberi kebebasan bergerak secara munasabah serta melakukan aktiviti masing-masing dalam rumah itu serta persekitaran.

Malah, plaintif turut menuntut diberi kebebasan untuk dilawati anak lain dan bersama dengan anak lain di rumah itu pada bila-bila masa yang munasabah selama hayat mereka, defendan menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta relif yang difikir sesuai oleh mahkamah.

Bagaimanapun, Raja Suzana dan suami bersetuju memenuhi tuntutan ibu bapanya pada tahun lalu terutama berkaitan nafkah sepanjang hayat dan membenarkan mereka mendiami rumah berkenaan yang sudah dijual kepada orang lain tetapi disewa semula Raja Suzana.

Hakim Syarie Mohd Nadzri Abg Rahman menetapkan 24 Februari ini untuk membuat taksiran sama terhadap suami defendan. 



... korang dah baca? apa pendapat korang... memang kita tak boleh menilai secara sepenuhnya tapi sekurang2nya kita kena ambil iktibar dan belajar dari kesilapan orang lain juga....




pada aku, citer ni ada 2 BIG LESSONs untuk kita semua...

sebagai anak... tanggungjawab tetap tanggungjawab... tak kira gaji kita 400 ker... 4000 ke... walaupun 5 hengget kita bagi kat mak pak, benda tu kalau ikhlas kompem BESAR GANJARANNYA.... kalau tak sekarang dapat ganjaran, mungkin kat akhirat... tapi honestly, kekadang orang yang gaji kecik hidup dia lagi sempurna sebab dia lebih tahu bersyukur.... esp bila kenangkan pengorbanan mak pak besarkan anak2....


sebagai mak pak.... kita kena sedar, tanggungjawab kita sebagai ibu bapa nak besarkan anak2 bukan mudah.... buat anak memang senang tapi nak didik tu yang payah.... mungkin kita kena muhasabah kenapa ada anak yang sanggup buat mak pak macam tuh... mungkin jugak anak terlalu ditatang bagai minyak yang penuh sampai lupa asal usul dan hilang pertimbangan akal.... aku personally think, walau macamana senang sekali kita pun, kita sebagai mak ayah kena ajar anak kita berdikari dan tahu susah senang pengorbanan membesarkan dorang... kita tak boleh terlalu spoon feed sampaikan dorang tak reti berusaha untuk kejayaan sendiri... dan yang PALING penting kena back to basic... ajaran agama amat penting! kekadang kita lupa benda tu tapi mungkin bukan sekarang kita akan nampak kesannya, tapi mungkin sepuluh atau dua puluh tahun lagi... wallahualam..


kadang2 kita kena pandang ke barat jugak... kenapa mat saleh tak berebut harta pusaka mak pak... sebab lepas high school dorang kena cari duit sendiri untuk diri sendiri... even nak masuk college pun kena cari duit dengan bekerja part time... mungkin kita tak sampai hati nak suruh anak kita macam tu.. tapi we have to inculcate in themselves yang TAKDE KEJAYAAN TANPA USAHA... jangan ingat nak cepat kaya, nak senang lenang boleh jual harta mak pak sesuka hati sendiri then halau orang tua camtu pulak...


ini hanyalah pandangan aku, seorang manusia yang masih lagi jahil dalam selok belok kehidupan... wallahualam...





1 *amigos*:



aramis2177 said...

laling,
tlg fwdkan emaIL ni tuh aku leh x? tq for sharing anyway....mmg anak dia tuh cam S**L jer!!!!!mengong!

Related Posts with Thumbnails