...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...

Salam Aidil ADHA...



rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA... walaupun bagi kebanyakan orang hari raya haji ni sama seperti hari raya puasa... tapi tidak bagiku.... setiap kali munculnya EIL-UL-ADHA, setiap kali itulah aku terkenangkan memori2 indah ketika dapat menyambutnya di TANAH SUCI MEKAH 3 tahun dulu....

Alhamdulillah, setiap detik dan setiap masa aku sentiasa terkenang betapa beruntungnya diriku kerana telah menjadi sebahagian manusia2 BERTUAH yang dapat menjejaki RUMAH ALLAH dan menjadi tetamu istimewaNYA..... dan ALLAH itu MAHA PEMURAH kerana rezeki kami berpeluang menunaikan RUKUN ISLAM ke 5 itu pada usia yang masih muda dan kesihatan yang cukup baik....

mana mungkin aku dapat lupakan detik2 menadah tangan memohon AMPUN atas segala kesilapan dan kealpaan diri, memohon petunjuk dariNYA untuk menjalani kehidupan di dunia ini, memohon kerahmatan dan kenikmatan hidup bersama2 orang yang disayangi, memohon kebaikan dan kemuliaan hati nurani dan segala macam permohonan yang diluahkan dari seorang HAMBA yang KERDIL kepada PENCIPTA yang MAHA AGUNG, MAHA PENGAMPUN, MAHA PENGASIH.....

tidak mungkin aku akan lupa setiap linangan airmata yang tumpah di sana.... deraian air mata itu bukan sesuatu yang dapat dibuat2 dan ditahan2 setiap insan.... ketika menginsafi diri berada di padang arafah seumpana berada di padang mahsyar kelak.... ketika melewati setiap pusingan kaabah  memuji2 DIRINYA dan berselawat ke atas RasulNYA dan juga berdoa untuk diri dan keluarga.... ketika bertarung nyawa dihimpit dan diasak untuk memenuhi kewajipan dari Safa ke Marwah dan juga ketika menapak dari khemah menuju ke arah Jumrah bagi melaksanakan tanggungjawab yang WAJIB dipenuhi.... setiap detik itu menjadi kenangan yang TIDAK MUNGKIN luput dalam ingatan....

bagi yang tidak pernah melalui DETIK2 begini, mungkin tidak dapat digambarkan bagaimanakah perasaannya.... dulu aku juga begitu.... hanya dapat menunjukkan rasa gembira dan teruja bila mendengar si polan dan si polan bercerita... tapi, setelah melaluinya sendiri, KEGEMBIRAAN dan KETERUJAAN itu jelas tidak sama..... terlalu sukar untuk diungkapkan.... terlalu sukar untuk diluahkan betapa GEMBIRA DAN TERUJAnya diri ini....

aku sentiasa bersyukur di atas RAHMAT ALLAH.... bertuahnya kami kerana dapat menjejakkan kaki ke sana sekeluarga pada usia yang sangat muda... walaupun ramai yang tidak PERCAYA dengan kemampuan kami tapi itulah HAKIKATnya... kalau ALLAH sudah tentukan itu qada' dan qadarnya... maka jadilah ia... janganlah ada IRI di hati kalian dengan rezeki kami ini kerana aku PASTI semua orang akan mendapat bahagian masing2.... aku doakan kalian juga akan merasa NIKMAT itu....tak kira lambat atau cepat.... itu terletak ditanganNYA dan itu JANJI ALLAH pada semua umatNYA..... cuma sebagai manusia yang tidak sempurna, kita perlu berusaha, berdoa dan bertawakkal untuk ke arah itu....

dan insyaAllah sekiranya ada rezeki kami lagi ke SANA, sudah pasti kaki ini akan menjejaki RUMAH ALLAH itu semula.... itu yang sentiasa aku doakan dan sematkan di dalam hati.... kemana pun sahaja tempat yang kami pernah jejaki di muka bumi ini, dari timur ke barat dan selatan ke utara paksi BUMI ini, takkan sama perasaannya ketika menjejaki TANAH SUCI MEKAH...


SALAM AIDIL ADHA dari kami sekeluarga....


- nazri - adila - aiman - alyssa -


1 *amigos*:



aramis2177 said...

yer adie.....sesungguhnya mmg xterucap ngan kata2 mcmmana perasaan di RUMAH ALLAH tuh....tho belum rezeki aku buat haji....selama duk buat umrah tuh...mmg tiap kali tuh laaa rasa sgt syahdu...terasa kerdil yg amat....mmg aku bersyukur sgt2 dpt duk sini!Alhamdulillah.....InsyaAllah kalau ada rezeki ko dtg sini....singgah umah aku yer!*sob...sob...sob*

Related Posts with Thumbnails