...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...

sesekali....



"bila KADUK dah NAIK JUNJUNG... terjadilah keadaan orang yang lupa daratan" <-- aku rephrase balik ayat yang telah di delete dari FB... mungkin structure ayat tak sama tapi MAKNA tetap sama...


"Alhamdulillah. Hari pertama duduk rumah baru.. Walaupun tak sempurna tapi hati tenang n gembira."




"Biar susah atau senang kita tetap ada family....
Jangan bila dah "KAYA" kita buang semua Keluarga...."



apa tanggapan korang selepas baca ayat2 kat atas ni? macam2 tanggapan yang keluar bukan.... satu ayat membawa banyak pengertian tapi sejauh mana kita akan tahu apa kebenaran di sebalik setiap perkataan?


bagi sesiapa yang tahu apa yang tersurat dan tersirat... mungkin tidak akan tersalah tanggapan.... tapi, bagi yang tidak mengetahui apa yang berlaku di sebalik sesuatu.... terserahlah pada setiap individu tersebut untuk menilai apa yang dibaca, apa yang dipandang dan apa juga yang difahami.... sesungguhnya setiap kebenaran itu pasti tidak akan dapat disangkal walaupun cuba untuk disembunyikan disebalik perkataan....


setiap manusia ada hak masing2.... KUASA terletak di hujung jari setiap orang... tak kiralah samada nak digunakan dengan berhemah, menulis dengan sejujur2nya atau sebaliknya... dan terpulang pada masing untuk bertanggungjawab dengan apa yang di tulis.... tepuk dada tanya selera.... jangan akhirnya "senjata memakan tuan" dan akhirnya menyesal tak sudah.... 


mungkin ada cara untuk berpatah balik kalau dah terlajak ke depan... bak kata pepatah melayu, "terlajak perahu boleh diundur..." tapi jangan sekali2 lupa sambungan pepatah melayu tu.... dalam zaman modern sekarang, apa pun yang ditulis boleh di delete semula... mungkin untuk menutup keAIBan diri sendiri selepas apa yang dihamburkan tu berpaling pada muka sendiri... ibarat menepuk air di dulang dan meludah ke langit.... semuanya balik semula pada diri sendiri kan....


sebab tu aku tidak akan sewenang2nya menggunakan kuasa yang ada di hujung jari dengan menulis mengikut tuntutan nafsu amarah ataupun kecewa mahupun sedih.... walaupun dengan adanya BLOG ni aku MAMPU untuk meluahkan perasaan untuk mengubat hati sendiri.... tapi, setiap apa yang aku tuliskan telah aku pertimbangkan buruk dan baiknya kerana pada aku, ini bukanlah medan untuk BERKATA2 tanpa BATASAN.... setiap perkataan mencerminkan keperibadian dan hati nurani.... juga mencerminkan ketinggian AKAL FIKIRAN dan keIMANan masing2....


dan aku sentiasa sematkan dalam hati, setiap yang aku tulis datangnya dari hati yang bersih tanpa ada rasa IRI HATI dan DENGKI.... dan aku perlu menggunakan AKAL, menimbangkan akibat buruk dan baiknya dan bukan hanya mengikut tuntunan EMOSI semata2.... kerana, aku tidak mahu perkataan yang aku keluarkan akan aku SESALI kemudian hari....


aku juga bukanlah seorang manusia yang HIPOKRIT.... HIPOKRIT atas dasar selepas menulis sesuatu, boleh jer DELETE bila2 suka after the DAMAGE HAS BEEN DONE? itu bukan AKU.... samada korang percaya ataupun tidak, hanya orang yang SUKA MENIPU orang lain dan tanpa dia sedari, dia juga MENIPU DIRInya SENDIRI sahaja yang akan SANGGUP berbuat begitu.... 


dah ada 2 CONTOH yang aku nampak depan mata.... dan kedua2 manusia ini adalah manusia yang boleh di'category'kan dalam kelompok UNGRATEFUL people.... ibarat melepas anjing tersepit dan manusia yang lidahnya umpama ULAR.... kedua2nya ada persamaan.... di depan baik, di belakang penuh dengan hasad dengki iri hati.... melihat diri sendiri sentiasa BETUL dan tidak pernah mengaku KESILAPAN yang dibuat lantas menuding jari pada orang lain..... kedua2nya mempunyai sifat dan sikap yang sentiasa ada rasa tidak puas hati dengan orang lain dan tidak pernah merasa bersyukur dengan apa yang pernah diberikan kepada mereka.... tak kiralah kecil atau besar... 


cuma bezanya, yang seorang tu ORANG LUAR dan seorang lagi ORANG DALAM.... apa2pun, yang paling ketara sekali, kedua2nya HIPOKRIT.... yang seorang, masa baik, semuanya diPUJI tinggi melangit tapi datang angin songsang yang tak tahu asal usul, habis semuanya dimaki hamun dalam blog.... memuntahkan segala tok nenek perkataan yang takde punca hujung pangkalnya... dan tetiba lepas tu, delete semuanya sekali.... yang sorang pulak kononnya cuba untuk melepaskan perasaan dalam FB agar semua manusia seALAM semesta kasihan padanya yang berpura2 menjadi mangsa, tapi, kemudiannya terpaksa delete semuanya sebab takut kalau lebih lama dibiarkan, segala pekung di dada akan terbuka dan orang akan terhidu bau bangkainya..... kalau korang berada di pihak yang BENAR, untuk apa buat semua itu? cuma orang yang buat SALAH aje yang tak berani berdepan dengan KEBENARAN.....


dan bagi orang2 sekeliling yang tak tau duduk betulnya scenario yang berlaku, akan membuat pelbagai tanggapan samada baik atau buruk mahupun betul atau salah.... whatever it is, terpulanglah kepada hati masing2.... tepuk dada tanyalah selera....


sebagai orang ISLAM, aku sentiasa percaya bahawa untuk setiap kebaikan yang kita berikan, ALLAH akan memberi GANJARAN kebaikan, cuma cepat atau lambat itu TERPULANG kepadaNYA.... dan setiap KEJAHATAN yang kita buat juga akan dibalas dengan keburukan... juga terpulang kepadaNYA samada cepat atau lambat, di dunia atau di akhirat.... kalau tidak dibalas pada kita, mungkin anak2 kita atau orang2 yang kita sayang akan terkena tempiasnya.... jadi, berfikir sebelum bertindak!


aku seorang yang BERANI kerana BENAR.... aku akan bertanggungjawab atas setiap apa yang aku tuliskan atau katakan.... tiada istilah "baling batu sembunyi tangan" dalam kamus hidup aku.... JADI, terpulanglah pada orang untuk menilai setiap patah kata yang korang baca dalam blog ini..... 


sejauh mana aku cuba untuk menulis tapi aku tetap tahu batasannya.... mungkin sedikit sebanyak korang dapat mengenal diriku dari blog ini dan blog aku sebelum ni..... TAPI tidak mungkin korang akan dapat menilai baik buruknya aku secara sepenuhnya hanya daripada apa yang di baca di sini.... setiap tanggapan orang adalah hak masing2.... dan aku juga tidak akan menilai seseorang hanya berdasarkan apa yang aku baca atau lihat sebelum aku betul2 mengenali orang tersebut.... aku bukan orang yang terbaik untuk menilai orang lain....


untuk semua yang memBENCI aku... ALLAH itu MAHA ADIL.... ingatlah bahawa "langit tidak mungkin selalu cerah dan tidak juga selalu mendung".... awan yang melindungi aku daripada panahan matahari yang terik itu MUNGKIN mampu mendatangkan HUJAN beserta KILAT PETIR untuk kau.... walaupun kau cuba untuk berteduh di bawah pokok yang merimbun, tapi jangan sesekali lupa, rimbunan pokok itu tetap tidak akan mampu menahan rintik2 hujan dari menitis.... apatah lagi sekiranya PETIR memanah pada setiap dahan dan ranting2nya.... akhirnya yang berteduh di bawah pokok itu yang akan menjadi MANGSA..... janganlah menolak KUASA TUHAN kalau itu yang kau terima satu hari nanti.... oleh itu, berpada2lah ketika berkata2 mahupun dalam perlakuanmu.... 


yang memandang itu ALLAH, yang menilai itu ALLAH dan yang membalas juga tetap ALLAH.... tidak ada gunanya menyorok di mana2 ceruk sekalipun kerana tiada tempat yang tidak dapat ditembusi oleh ALLAH swt.... wallahualam!








0 *amigos*:



Related Posts with Thumbnails