...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...

thanks so much AYA & HAIZAN!!



semalam memang hari yang amat memBAHAGIAkan.... aku sangat terharu dengan flowers basket yang dihadiahkan oleh Haizan, Aya dan anak2nya khas untukku.... terima kasih yang tak terhingga atas ingatan tulus ikhlas kalian semalam.... sesungguhnya korang amat baik dan sentiasa mengambil berat pasal aku sekeluarga....

sesungguhnya terlalu sukar untuk mencari SAHABAT yang sentiasa bersama ketika susah & senang dan tatkala sedih & gembira.... tapi aku antara orang yang bertuah mempunyai sahabat sebaik mereka.... tidak pernah LARI ketika aku memerlukan sokongan mereka... tidak pernah BERPALING disaat2 aku betul2 mengharapkan pertolongan dari mereka....

thanks aya and haizan.... korang berdua terlalu baik padaku.... tak mungkin aku akan lupa setiap kebaikan dan jasa yang korang hulurkan padaku.... jangan sedih dan terkilan kerana aku tak dapat hadir pada majlis korang.... aku tahu korang pasti mengerti kenapa aku tidak muncul walaupun beria2 korang memujuk... bukan kerana aku tidak sayang korang berdua.... tapi kerana sesuatu yang tak dapat aku jelaskan....

tapi aku nak korang tahu, aku sentiasa menDOAkan yang TERBAIK untuk korang berdua.... walaupun aku takde bersama semalam meraikan "10th Anniversary" kalian, tapi ingatan dan kasih sayangku pada korang berdua tetap menebal sampai bila2... dan aku mendoakan JODOH kalian berpanjangan sehingga ke SYURGA yang kekal abadi... AMIN!

akhir kalam, buat 'AYA & HAIZAN' yang disayangi, semoga persahabatan kita kekal selamanya... aku sayang korang semua....


0 *amigos*:



Related Posts with Thumbnails