Tekak aku ni tak berapa nak berselera plak sehari dua ni... Teringin nak makan benda manis2 gitu! Haishh memacam! Agaknya ni salah satu kesan dari perubahan cuaca kot! Eceh!
Gigih tau aku singgah ke Netto lepas swimming class aiman semalam... Ikut ati memang malas tapi dek kerana tekak, kuturutkan juga! Sampai2 rumah apalagas... teruslah masak! Tak bley bertangguh dah ok sebab airliur aku meleleh2 non stop dah! *tipu!*
Lama giler aku tak buat/makan pengat pisang... Ada bertahun gak kot! Maklum jer... Makanan camni memang sedap tapi memudaratkan kalau dah terlebih dose! Hiks!
So, since dah lama tak pekena pengat pisang, semalam adalah hari aku membalas dendam! Siap jer masak terus kucedok and kungap ngap ngap dengan penuh 'rakus tapi sopan'... ;-)
Tuan Beso mengecek nak jamah sikit pun aku tak layan.... Mintak mahap yeak laling... Kalau nak makan pi la amek sendiri dlm periuk! Jangan berani2 kacau aku nak makan! Tak pepasal aku makan orang plak kang! Muahahahaa...
Fuhhhh sodapnya melantak pengat pisang! Yessszaaa melantak adalah word yang paling sesuai sebab aku makan ala2 lupa diri! Gila babas betullah melantak pengat pisang bermangkuk2! Betul2 lepas gian! Marvellous da vavazzzz you! ;-)
Ni pun aku baru lepas ngap semangkuk penuh pengat! Dlm keta perut dah berbunyi2... Slalunya perut aku ni tak boleh terima makan pepagi sgt... Tapi arini lain macam pulak nak mi tak diisi... Penangan pengat pisang la nii... Fuhhhh tersangatlah nikmatnya dpt melantak pengat pisang pepagi hari... adalah tidak terkata kesedapannya di mulut dan di tekak lalu dan terus berlalu ke usus! Memang mantops!
Korang tak yah la menjeles and nak remind aku baper banyak calories and cholesterol dalam pengat tu... Ada aku kesah?! Dah sah2 setahun tak sekali aku layan tekak camni... So.... Janji tekak aku HEPI! Hehehehe...
- adie-apai's on mobile
0 *amigos*:
Post a Comment