Assalamualaikum buat seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia...
Marilah sama2 kita berselawat ke atas Junjungan Rasulullah SAW sempena Maulidur Rasul 1432...
Cahaya Selawat
Ya nabi salam alaika
Ya rasul salam alaika
Ya habib salam alaika
Solawatullah alaika
Ya rasul kau bawa cahaya
Menyinari alam buana
Bumi tandus
Subur kembali
Rasa gembira di hati
Lahirmu membawa rahmat
Memimpin ke jalan selamat
Akhlakmu yang sungguh memikat
Contoh buat seluruh umat
Mulianya pengorbananmu
Kebaikan yang kau seru
Biarpun halangan menimpa
Namun dirimu tetap tabah
Ya Muhammad yang berjasa
Quran dan sunnahlah pusaka
Menjadi panduan manusia
Untuk hidup aman sentosa
Junjungan Mulia
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci kota Mekah
Hari yang mulia penuh saiadah
Bermulalah sebuah kisah
Malam Isnin subuh yang indah
12 Rabiul Awwal yang cerah
20 April tahun gajah
Lahirlah zuriat yang saiadah
Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambut tiba
Lahirnya putera yang berbakti
Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia
Ya Nabi Salamun Alaika
Ya Nabi salamun'alaik
Ya Rasul salammun'alik
Ya Habibi salammun'alik
Telah terbit bulan purnama
Cahaya menyinari kami
Kau contoh akhlak terpuji
Wajahmu penyejuk hati
Ya Nabi salamun'alaik
Ya Rasul salammun'alik
Ya Habibi salammun'alik
Kau bagaikan matahari
Cahaya menerangi bumi
Engkaulah permata hati
Bertahta di sanubari
Ya Habibi Ya Muhammad (sollu alaik)
Ya Habibi Ya Muhammad
Penyeri timur dan barat
Kau yang gagah yang mulia
Engkaulah iman kami
- adie-apai's on mobile
0 *amigos*:
Post a Comment