...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...

mimpi...

kalau title entry pun dah tulis MIMPI, makanya benda yang aku nak cerita ni berkaitan dengan mimpi la kan..


sebenarnya aku tak tau la nak cakap samada aku suka ke tak dengan mimpi aku semalam... sebabnya... yang aku mimpi tu adalah MANUSIA... yea... MANUSIA ataupun dalam bahasa inggerisnya... HUMAN... best ke mimpi pasal manusia?

hmmm.... nak kata best mimpi tu tak jugak... tapi nak kata tak best pun tak jugak.... senang citer aku pun konpius...

yang buatkan aku lagi konpius ialah... kenapa tetiba jek aku termimpi pasal manusia tu... ehh tak sedaplah guna manusia... kita guna ganti diri lain la yea... pakai ORANG lagik sedap bunyiknya... sempoi pun sempoi.. eceh!

memang la pelik kan bila tetiba jek orang yang dah lama terpadam dalam ingatan kau tu muncul dalam mimpi... yang lawaknya dia yang datang jumpa aku... siap bawak anak dia lagik... sedangkan in reality, anak dia tu pun aku tak penah jumpa sebelum ni... tapi dalam mimpi ala2 macam mesra alam gitu... siap feluk2 laga2 pipi lagik! owhhh khelasss!!

tapi tu dalam mimpi... hakikatnya... orang tu dah lama dah aku tak dengar kabar berita... penah satu masa tak berapa lama dulu, relationship kitorang boleh dikatakan baik walaupun tak berapa nak rapat... tapi boleh la tahan mesranya... tapi lama kelamaan ikatan persahabatan tu hilang lenyap macam tu jer... honestly aku pun ada sedikit musykil kenapa tetiba terus takde apa2 contact between us... nak kata ada communication error, hmmm rasanya takde pulak... nothing that i can recall... tapi kenapa yea...

aku sebenarnya takdelah dok terpikir sangat pasal orang tu... honestly not! lepas dia acuh tak acuh dan berubah personality dari 'warm' ke 'cold', aku pun beransur mendiamkan diri... dah lama dah sebenarnya aku "sedar diri" yang dia dah tak interested nak kawan dengan aku... altho dia tak penah sebut directly but indirectly memang nampak jelas, ketara dan nyata ok.... so, sendiri mau ingatla kan...

so, i just let it go and face the fact.... tapi bila dia datang dalam mimpi aku semalam tetiba aku teringat balik secebis kenangan manis semasa we all masih lagi 'teman tapi mesra' dulu... so, tetiba terasa rindu pulak kat orang tu... rindu kat gelak tawa dia... rindu kat senyuman manis dia dan rindu kat suara sopan dia tu...

alangkah bagusnya kalau aku tahu apa yang membuatkan perhubungan kami terputus... so takdelah aku curious sampai ke hari ni kan... tapi mungkin juga ada manusia lain yang menjadi dalang memutuskan persahabatan kami itu... hmmm entahlah... aku serahkan semua pada ALLAH swt... aku percaya pada ketentuan ALLAH... yang baik akan dibalas baik dan sebaliknya....

aku doakan orang tu sentiasa bahagia dengan kehidupannya walau di mana jua dia berada... walaupun hakikatnya kami tidak lagi berhubungan seperti dulu, jauh sekali nak bermesra like we used to... tapi aku tetap hepi sebab dia muncul dalam mimpi aku... walaupun sekejap dan walaupun hanya di alam mimpi... tu pun dah buat aku rasa gembira dan bersyukur sesangat sebab sekurang2nya dalam mimpi tu dia adalah orang yang aku penah kenal suatu masa dulu... very friendly, sweet, warm and truly a nice person.... sob sob sob...


3 *amigos*:



KIRIS.. said...

mm..mungkin dia pun teringat kat akak kot.. atau mungkin now ni dia ada problem ke.. kdg2 ada gak mimpi kwn2 yg dh lama benar tak dengar khabar.. pernah gak mimpi kwn yg pernah close but now dah hangat2 tahi ayam dtg tibe2 muncul depan pintu umah sambil menangis.. saya lak mmg jenis kalau sesape pun muncul dlm mimpi especially yg mmg out of no where tu..definitely sy akan call or msg tanya khabar dia.. ;)

*adie* said...

hmmm tatau nak kata la mas... kalau ada contact number nak jugak bertanya kabar tapi takde... and takut dia tak sudi jer nak dengar suara kak adie lagi... huhuhu

KIRIS.. said...

ic.. takpela kak if camtu.. tapi, kotla akak still terfikir2 hal mimpi ni, n kotla akak ada email add dia yg lama ke.. ok gak kot if dropkan email..just tanya khabar.. insyaAllah pastu akan rasa lega..

Related Posts with Thumbnails