...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...

apa kata dia?

aku nak bagi korang baca petikan dari sebuah cerpen yang tidak pernah dipublished sebelum ini... ;-) 


__________________________


...ada benarnya kata2 kau tapi cuba renungkan observations yang aku amati setelah 1/3 hidup aku dihabiskan kat luar Malaysia..dari sekafir2 negara hingga ke sangat Islamic country, semuanya aku dah tinggal..dari Arab hingga ke Yahudi..semua aku dah berkawan..

Bangsa Arab:

Kita semua tahu bangsa inilah bangsa yang paling kurang ajar, kasar, besar kepala, bonkak, biadap segala2nya...Terlalu banyak Rasul dan Nabi diutuskan kepada mereka untuk membimbing mereka, (syukur Alhamdulillah, Allah maha kaya).Tapi perangai dan sifat mereka masih mempunyai sifat2 diatas..sebabnya adakah mereka benar2 menghayati Islam dan mengamalkan..atau hanya warisan...mereka ni tasbih tak lepas dari tangan..Insyallah tak pernah putus diucapkan..hingga memalukan agama sebab kalau kita ke middle east..orang2 bukan Islam selalu berkata janji Insyallah...(janji tapi tak pernah tunai)..Hingga hari ini kita sering lihat dan dengar tentang betapa buruknya perangai sesetengah pak Arab...inilah yang mencalarkan maruah Islam.

Bangsa Eropah:

Kita semua akui mereka ini mengaku beragama kristian tapi jejak gereja mungkin 3 kali sahaja dalam hidup mereka..masa lahir (daftar nama), masa nak kahwin dan last sekali masa mati. Kesimpulannya mereka ini tak beragama dan gereja hanya warisan sejarah.

Setelah 3.5 tahun aku tinggal kat Europe ni, aku kagum dengan mereka, prinsip hidup mereka, kejujuran mereka dan sistem negara mereka. Kita kata negara mereka negara kafir laknat..tapi tahukah kita yang sistem pengurusan negara mereka banyak yang berpaksikan sistem Islam!!!

Kita mungkin mengeluh..terlalu banyak kita bayar tax di malaysia, kau tahu berapa in average mereka bayar tax di sini - income tax 50-55%, VAT (GST) 25%, social contribution 8%. Mungkin kat Malaysia kita sering mempertikaikan..mana duit2 tax..mana duit2 royalti duit2 zakat..pernah ke atau selalu ke kita lihat asnaf yang lapan yang layak mendapat zakat dibela? Tak perlu sampai kebulur dan tenat sebab tak makan baru nak beri zakat..mereka yang ditakrifkan fakir & Miskin sudah layak dapat zakat...kita kurang arif apa itu fakir apa itu miskin? mungkin aku tak perlu huraikan asnaf yang lapan tu secara detail kat sini.

Kat sini, tak perlu sampai kebulur tak makan baru dapat bantuan...apa yang aku amati mereka yang ditakrifkan fakir dan miskin dari definasi asnab yang lapan..nasib mereka terbela, mereka mendapat bantuan untuk rumah yang selesa supaya tak timbul masalah sosial..rumah terlalu kecil..lelaki perempuan satu bilik etc..macam kita tak pernah dengar abang rogol adik, bapak rogol anak...itu satu contoh disebabkan alasan hidup yang terhimpit.

Mungkin kita kata student org putih jadah apanya Fisabilillha..tapi katakan Ahmad org malaysia yang islam belajar kat europe untuk bangsa, agama memenuhi tuntutan fardu kifayah..maka Ahmad di jalan Fisabilillah, maka dia layak mendapat bantuan? Sebabnya bila seorang yang berjuang untuk jalan Fisabilillah dia patut mendapat bantuan, kat negara kita ada ke kerajaan pergi bagi atau simpan record pelajar mana yang berjuang utk Fisabilillah yang perlu dapat bantuan? Mungkin ada bantuan tapi bila ada pilihanraya kecil...
Tapi berbeza disini, pungutan tax2 diatas, social contribution di atas disalurkan untuk membantu merek a yang perlu!!! Di negara kita ada pungutan2 tax2 royalti2..tapi penuhkan kocek aku dulu baru kocek mereka yang layak...

Tak berapa ratus tahun dulu Islam pernah bertapak di Cordoba, Gibraltar dan beberapa tempat lagi di Europe...buku2 Islam, cara2 pemerintahan Islam banyak yang di guna pakai oleh negara2 europe sekarang. Dari sejarah, Europe menerima Islam lebih awal dari Malaysia dan Indonesia.

Kat negara kita pilihanraya dah lepas 4 tahun lalu..tapi hasad dengki segala benda masih membara, rambut sama hitam tapi hati hanya Allah yang tahu.

Adakah kuasa untuk kekayaan..kenapa tak boleh jadikan kerjaya menteri sebagai kerjaya yang lain..sama seperti kerja di pejabat..pengurus bank etc..

Di sini kau boleh jumpa perdana menteri naik basikal, menteri naik basikal.sebabnya ini adalah kerjaya..sama seperti pegawai2 pejabat yang lain..bukan bila jadi menteri aku orang kaya..jadi gaya kena tukar..

Indonesia:

Kita tahu inilah negara Islam terbesar dari segi population, tapi lihat di mana kedudukan Indonesia di ranking korupsi dunia. Malaysia pun bukanlah bagus sangat rankingnya.

Kenapa jadi begini..disebabkan mentaliti..politik untuk jadi kaya..aku ada kuasa jadi semua duit untuk aku?

Kesimpulannya:

Islam itu global, kalau dihayati diikuti dengan seluruhnya tak wujud org pungut duit syiling atas jalan dan segala macamnya yang terjadi di Indon, Arab, Malaysia etc.

Tuhan itu maha kaya, bayangkan bangsa2 yang sering bercakaran ini jika tidak diberi hidayah dan petunjuk melalui rasul2, nabi-nabi, apa yang jadi kepada mereka?

Din aku setuju, kekuatan Iman kita menentukan apa yang kita lakukan, tapi pengaruh budaya yang bersangkut kuat kepada bangsa juga menetukan cara hidup seseorang dan inilah yang melemahkan iman.

Aku bukan lupa daratan dan asal usul, tapi budaya asia dan eropah adalah dua benda yang kuat memainkan peranan dalam menetukan corak kehidupan seseorang.



________________________________



best tak baca cerpen tu? hhahaha.... actually bukan cerpen daaa... aku sebenonyer terrrrbaca komen dalam fesbuk sorang mamat yang hensem giler ni... tak sangka pulak aku pandai jugak mamat tu mengarang ayat2 camnih... memang tak sangka la dia buleh buat karangan ala2 cam SPM tu... dia yang aku kenal macam takde bakat jer menulis karangan2 camtu... dan kalau di lihat dari rupa parasnyer yang memang hensem tapi agak poyo tu, macam mustahil jer dengan apa yang aku baca... kahkahkah!!

tapi apa yang aku yang share ngan korang kat sini bukan pasal mamat tu tapi pasal apa yang ditulisnya in response to an article yang kawan dia share dlm fesbuk... i can imagine cemana terkesima kengkawan dia lepas bila baca mamat ni punya komen.... 

well... all i can say is... PENGALAMAN ITU MEMATANGKAN seseorang.... dan tak lupa jugak pada pepatah melayu.... JAUH BERJALAN LUAS PEMANDANGAN... kalau nak tau asam garam dunia yang sebenar bukan setakat tengok CNN and baca news dalam paper aje.... dan bukan jugak berdasarkan anggapanMU atau anggapanKU... tapi hakikatnya, pengalaman yang dikutip selama meniti kehidupan itulah yang paling berharga..... 



0 *amigos*:



Related Posts with Thumbnails