...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...

20-10-2010

Debaran menunggu detik 20-10-2010 telahpun berakhir... Hoyeh! Hoyeh! Kini, genaplah usia Tuan Beso yang ke 16 tahun! Kui kui kui... Muda lagi rupanya chenta hatiku itu! Muka jer yang nampak macam matured habis kan... Tapi jiwa dan raganya totappp
mentennnn... MUDA BELIA you.. ;-)

Dalam pada nak menunggu detik 12 tengah malam tu boleh pulak aku TERbantai membuta... Memula tu kononnya nak tahan biji mata... Kononnyerrr... :-P siap layan CSI lagik tau... tapi akhirnyaaaaa... Ke laut jugak! Kakakaa... Budak dua beradik tu pun sekapal ngan mak dia ni belayar di lautan mimpi... Sedar tak sedar tetiba jek dah few mins past midnite... Tapi nasib baik tak terlajak sampai esok pagi... Tu pun 'birthday boy' yang kejutkan aku suruh masuk tido... Phew! Kekeke...

Akan tetapi... Aku tidak terus menuju ke bilik sebaliknya ke dapur.... And.... SURPRISE!!!



Terkejut unta dia bila aku bawak naik besday cupcakes siap berlilin bagai... Kononnya sebelum tu bajet turun ke dapur nak minum air jelah, tapi tetiba jek... Jeng jeng jeng... Owh terharunya... Eceh! Aku plak over da vavazz! Kakakaa...

YouTube Video
Tengah malam2 buta aku paksa jugak Tuan Beso tiup lilin... Hahahaha... Kesian chenta hatikU itu! Tapi aku tau, nun jauh di sudut hati lelakinya yang ada taman bunga tu, dia pun sakan jugak nak tiup lilin tu sebenonyer... Kan kan kan... Maklum ajelah... Usianya kan Baru jek menginjak ke-16 tahun... Keh keh keh...



Nampak dlm gambo and video tu macam kitorang sambut besday Tuan Beso tahun ni berdua2an jek kan... Ala2 macam zaman bercintab cintun time skolah2 pulak dah! Kakakaka... Tak sedor ke diri namanya ni padahal anak dah dua! Muahahahhaa... Dah tu Nak buat camno, back-UP singers aku dedua dah tido... So, aku kenalah buat persembahan secara SOLO yea tak.... Bukan selalu pun dapat can cenggini... Lagi dramatic dan romantic tuuu... Keh keh keh...



Anyway, sempena ulangtahun kelahiran Tuan Beso yang sangat kusayangi sepenuh jiwaku ini... aku menadah tangan mengucapkan rasa syukur yang terhingga kepada Allah swt... Tuhan yang MAHA pemurah dan MAHA pengasih kerana telah memanjangkan usia Tuan BesoKU yang tersayang...

Terima kasih ya Allah kerana memeliharakan kesihatannya, melimpahkan rahmat dan rezeki yang tidak terhingga buatnya... Mengurniakan ketinggian budi pekertinya... Memelihara rasa cinta yang sentiasa mekar dalam dirinya...

Dan untuk kesekian kalinya...

Kupanjatkan rasa syukurku yang tidak terbatas kepadaMU kerana qada' dan qadarmu telah menentukan dialah jodoh yang terbaik untukku di dunia ini... semoga jodoh ini sentiasa diberkati dan berkekalan sehingga ke SYURGAMU yang kekal abadi...

Happy birthday to you SAYANG!

- adie apai's on mobile -

0 *amigos*:



Related Posts with Thumbnails