...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...

14 October 2010

Tarikh ni bukan tarikh keramat yea... Bukan jugak tarikh penting buat sesapa... No one that i know of was born on this date... Unless aku terlepas pandang tapi tak mungkin! Cannot be! Cannot be! Eceh!

So... Apa kes plak jadik title entry kali ni pulak yea?

Sah2laa ada kes tu... Kalau takde kes takkan buleh masuk dlm blog... Exclusive kes aje yang boleh ditempek dlm blog ni! Ewah! Cam bagus jer ayat tuh! Kekeke...

Yang sebeno2nyer pada tarikh 14 October 2010, to be exact hari khamis minggu lepas adalah hari yang boleh dikategorikan sebagai marking day utk anak bujang aku... Sebab dalam sejarah hidup dia, on that day tulah first time dia pegi kelas agama.... First time okie! :-P

Yeszaaa... Akhirnya pencarianKU telah berakhir... Sebelum ni memang otak aku ni punyalah berserabut dok pikir nak hantar aiman pi kelas agama kat mana... Puas tanya sana sini tapi tak berhasil.... Tau jelah kan dok kat bumi asing yang masyarakat islam hanyalah minority sahaja... Dengan masalah bahasanya lagi... Pelbagai dugaan yang perlu ditempuh! Eceh!

But now i feel so relieveeeeeed! Last 2 weeks i had coffee morning with a fren of mine yang ala2 barbie doll tu and she offered herself to teach aiman... Siyes terkejut kejap aku! Mana taknya.. Aku jumpa dia saja2 jer pi ajak minum2 kopi and nak pulangkan buku2 yang aku pinjam tapi rupanya Allah selitkan juga 'hadiah' lain utk aku... Syukur Alhamdulillah dipermudahkan segalanya buatku... Syukran ya Allah!






Btw, we all dah agreed aiman will start on friday the following week tu (last week)... Actually shureen suruh aku pilih samada nak hantar aiman on thursday or friday sebab dia free 2 hari ni... So aku pun pilihlah friday sebab on friday jer aiman balik awal and dia takde any activities kat skul... Tapi yang kelakarnya bila aku bgtau aiman pasal religious class ni, dia pulak yg beria nak pegi hari khamis... Tak sesabo la kononnya sampaikan sanggup tu skip basketball! Hahahaha... Kelako la anak bujang aku tu!






Aku tau apesal dia semangat waja bebeno nak start religious class ni... Sebabnya anak shureen yang first, Zaahid dah jadik geng sekepala dia... Tu yang berkobar sungguh tu! Kekeke... Takpelah anak oi, janji dia concerntrate time belajo tu pun dah cukup bagus... Pastu nak main ker... Nak berguling ker... Aku tak kesah! Budak2 kan... Apa lagi yang ada dalam kepala otak dorang tu selain... Main... Main... Main... ;-)






First class went so well! I was there dari awal sampai habis kelas... Kesimpulan yang aku boleh buat adalah... It was great! Aku bukan nak puji shureen ni but she has the charisma to be a teacher... A GOOD ONE indeed! She knows how to engage the kids' attention... The way she explained things were very simple and easy for the kids to understand... Very engaging and interesting and yet, it was really fun for them... Padanlah dia buleh handle 4 orang anak sesorang diri kalau husband dia away on bisnes trip etc... She is such a strong and brave lady! Cantik, bergaya dan bijak plak tu... Memang tabik spring ok!






Owh yea... Since I was there during the whole session... Secara tak langsung aku pun ikut sama belajar skali disamping menjadi babysitter to alyssa and aiden (shureen's youngest)... Aku ni pun ilmu yang ada dalam diri masih terbatas lagi... Yang ada ni pun banyak yang aku dah lupa so aku take advantage jugakla join sekaki and refresh my knowledge about certain things and at the same time dpt belajar benda2 baru... Bukankah kita disaran agar menuntut ilmu sampai ke liang lahad... Tiada batasan usia yang menghalang kita menuntut ilmu... Dan tiada sebab utk kita berkata 'aku tak tahu' semata2 kerana kita tak berpelajaran tinggi sebelumnya... Manusia harus terus belajar dan belajar... Tidak boleh menyalahkan orang lain kalau kita cetek ilmu... Tak boleh salahkan takdir kalau kita bodoh... Sebab Islam menuntut umatnya utk terus mencari ilmu... So, tiada sesiapa yang dilahirkan bodoh kecuali diri sendiri yang memilih utk menjadi bodoh dan terus bodoh... Dan insyaAllah aku akan terus berusaha untuk terus memantapkan lagi ilmu di dalam diri... Semoga Allah memberi ruang utk aku belajar dan terus belajar... Amin!

YouTube Video

Sempat jugak aku recordkan some parts from the whole class session semata2 nak tunjuk kat Tuan Beso... Hehehe... Dah sah2la kan aku akan pastikan Tuan Beso boleh catch-up dengan activity anak2 dia altho when he's not around... So, walau macamana dia sibuk sekalipun, dia tetap dapat pantau anak2 dia and prihatin dengan perkembangan aiman & alyssa...

And at the same time, family aku kat mesia pun dpt ikuti perkembangan we all kat sini... Esp tok mai yang selalu igtkan aku pasal tanggungjawab mak bapak mendidik anak tentang hal2 agama... Tok mai memang sayang kat cucu2 dia ni and dia tak nak dorang ketinggalan dlm bab akhirat walaupun membesar di rantau orang yang takde sekolah agama yang proper macam kat mesia.... Alhamdulillah aku akan ikut nasihat tok mai tu dan aku akan berusaha utk didik 'amanah' yang Allah kurniakan ini sebaik2nya... Aku percaya pada satu perkara... kalau kita nak berjaya di dunia, kita perlu menjaga rapi bab2 akhirat juga... Hidup ni kena balance... Sebab fasa kehidupan kita bukan setakat di dunia aja... Kita perlu percaya akan hari AKHIRAT... Itu yang membezakan kita sebagai orang ISLAM dengan orang lain...

So, tok mai pun dah boleh rasa legalah yea sebab aiman dah start kelas agama... InsyaAllah doakanlah yang terbaik utk dia... Dan jangan risau yea tok mai sebab cikgu aiman tu mengajar berpandukan 'Al-Quran & Sunnah' walaupun tak diketahui mazhabnya... Tapi yang pasti dia bukan dari golongan yang mengamalkan ajaran syiah... Korang Tau jelah kan org tua2 ni risau macam2 perkara... Kekadang nak tergelak pun ada... Hehehe...

~ more videos on the next entry... Panjang benolah pulak aku mengomel kat sini yea... ;-)

- adie-apai's on mobile

0 *amigos*:



Related Posts with Thumbnails