...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...

PWC...

Korang tau PWC tu amende? Jangan silap teka... Bukan Price WaterHouse Coopers... Owhhhh!! Tidak sama sekali!

PWC tu adalah Perkumpulan Wanita Copenhagen... Kui kui kui...

Tarikh PWC ni ditubuhkan tu aku tak berapa nak pasti sangat... Sape pengasasnya pun aku kurang periksa... Bilangan keahlian pun sukar diagak sebab kekadang ramai... Kekadang tidak...



Yang pastinya PWC ni tidak terikat dengan mana2 kumpulan penjenayah amateur mahupun professional dan juga bukan termasuk di dalam kelompok yang suka dok selak2 kain cik minah, cik gayah, pak mat tempe, cik kiah ronggeng, pak abu tempang ataupun yang bersekutu dengannya....



Ahli2 PWC adalah merupakan dikalangan para isteri2 dan ibu2 yang tidak mahu terlibat dalam kancah politik dalam negeri mahupun di luar negara... Bahkan topic yang dibincangkan lebih terarah kepada makanan, alam sekitar, ramalan kaji cuaca, harga minyak terkini dan juga beberapa isu2 global yang tengah hangat dibincangkan seantero dunia...






Pejumpaan ahli2 PWC pada hari ini telah dihadiri oleh cik ida, cik rose, cik bedah, cik jah, cik aya, cik adik wawa dan cik adie... Ahli2 tidak bersekutu yang turut memeriahkan perjumpaan kami pada hari ini terdiri daripada Cik Aqila, En Ahmad, En Aiman, Cik Atika dan Cik Alyssa... Manakala En Eilman pula hadir sebagai pemerhati bebas...


Di saat2 akhir pula kami menerima kehadiran 2 orang juruAUDIT, Cik Manissha dan En Irfan yang turut sama memantau kegiatan bebas PWC... Perjumpaan kali ini juga turut diserikan dengan kehadiran ketua Perwakilan Pemuda Copenhagen, En Haizan yang tidak putus2 memberikan sokongan positif beliau kepada PWC...






Di harapkan perjumpaan kali ini akan memberi kepuasan impaks maxima kepada setiap ahli persatuan dan semoga kita akan berjumpa lagi di lain masa...



Pesanan khidmat masyarakat kepada semua anggota PWC agar mengamalkan gaya hidup sihat dan Selamat menjalani ibadah puasa di bulan yang mulia ini... ;-)

~ kena daftar kat SSM la nampaknya pasni! Hehheehe...

- adie-apai's on mobile

0 *amigos*:



Related Posts with Thumbnails