...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...

My STRONG boy!

Lama aku tak citer pasal anak bujang aku yang bersemangat waja gagah perkasa ni kan! Tetiba pagi ni rasa macam nak citer pasal dia pulak... Nak cuter pasal perjuangan si bujang kecik ni menempuh ramadhan pada tahun ni...


Alhamdulillah arini dah masuk 21 hari semua umat islam berpuasa... Itu bermakna dah 20 hari aiman berpuasa penuh! Cuma sehari aje dia request utk 'break' katanya... On the second day of skul aritu... Hehehe...

So far aiman memang bersemangat nak puasa... Bangun sahur sambil pejam mata pun mulut dia tetap mengunyah makanan... Semangat tak semangat la kan anak aku ni... Mak dia pun kalah!

Seingat aku cuma first day pose jer yang dia merengek tak hengat sebab tak larat... 18 jam tu bukan sekejap2! Orang tua macam aku pun lemah longlai, lagikan budak sebesar dia yang baru berjinak2 utk berpuasa... Tapi, lepas pada hari tu takde pulak dia komplen lapar, dahaga, penat watsoeva... Makin bertenaga dan meloncat sana sini adalah!

Alhamdulillah... Tak sangka Allah makbulkan doa aku supaya memudahkan dia untuk berpuasa tahun ni... Tak sangka pulak aiman sekuat dan setabah ni... That is totally beyond my expectation! Syukran ya Allah!

Yang paling aku salute sekali dengan anak aku bila dia sendiri yakinkan cikgu dia yang dia boleh berpuasa penuh walaupun dia pegi skolah macam biasa... Even semua bestfrens dia pun dah well informed by him... Dorang tau aiman tengah puasa and they show their full respect towards him... Semalam Roi came to me and said that he would love to come for a playdate at our place after aiman is done with his fasting... Bagus betul besfren aiman tu semua... Walaupun dorang kecik lagi tapi dah tahu menghormati agama orang lain...

Anyway, aku sure ada antara korang yang tak heran sangat kan bila budak 7 tahun puasa kat skolah... And u might think that aku ni over giler macamlah anak aku sorang jer pose kan... No doubt bebudak skarang ni dah ramai yang start puasa since early age lagi... Tapi, yang korang mungkin tak paham ialah perasaan aku sebagai ibu bila tau aiman adalah satu2nya budak muslim dlm kelas dia tu... and obviously dia sorang jelah yang puasa kan... So, dugaan berpuasa utk aiman is totally different from budak2 kat mesia tu...

Bukan setakat long hours of fasting time aje but more than that... Time recess, semua orang makan dalam kelas tapi dia pandai bawak diri duduk kat corner of the class, baca buku at the reading section.... Bayangkan dia tengok semua kawan2 dia makan depan dia di dalam classroom... SEMUA ok... Tapi dia tetap cekal dan kuat! Langsung tak tergoda utk makan mahupun minum setitik air pun... Meskipun dipujuk beria2 oleh cikgu dia... Tu yang cikgu dia bagitau kat aku... Alhamdulillah aiman sangat tabah dan sudah mengerti apa itu PUASA yang sebenarnya...

So far dah 2 kali aku personally pi jumpa and tanya/diskas dengan cikgu aiman... Takutla kan cikgu dia igt kitorang paksa dia puasa penuh... Takut jugak kot2 dia lembik ke kat skul... Tapi ternyata sangkaan aku meleset! Do not underestimate him! Aiman is a STRONG boy! Indeed!

Semakin menghampiri syawal ni, aiman semakin bersemangat nak menghabiskan puasa dia... Setiap hari dia jadik makin energetic... Semoga Allah memakbulkan doa aiman untuk menghabiskan ramadhan dengan jayanya!

Go go go Aiman! 9 more days to go InsyaAllah!

- adie-apai's on mobile

1 *amigos*:



*syabil* said...

aiman mmg ank yg baik n soleh.... uda selalu doakan agar Allah kurniakan sgl2nya trbaik utk aiman.... terharu sgt baca cerita aiman ni.... semoga aiman menjadi anak yg akan sentiasa membanggakan mummy n daddy juga uda n family di m'sia ni... amin Ya Allah...

Related Posts with Thumbnails