...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...

memories in NYC

malam ni aku nak tempek lagi gambo2 masa holiday suka suki kat NYC bulan lepas... kali ni semuanya gambo exclusive sebab belum terpapar lagi di FB aku atau di mana2 akhbar utama pun... hehehhee.... kelass you!!







korang tengok gambo2 kat atas ni pun dah boleh agak sebenonyer apa yang aku nak tulis kan... so mudahlah nampaknya kerja aku malam ni... dah tak yah sesudah lagi aku tulis pepanjang dan perah idea sebab korang dah tau dah cerita di sebalik gambo tu kan... tak la penat aku nak menaip pepanjang yea dak! hahahhaa... bagi sesape yang sedikit kabur dengan jalan cerita berpandukan gambar kat atas ni aku berbesar hati nak bagi korang sedikit clue... ishhh baik betul hati aku kan... wieee....

cuba perhatikan gelagat budak kecik yang memakai baju belang2 di setiap gambo tersebut... berjalan sekitar NYC dengan eksyen berlagak tanak berpimpin tangan pastu sebok bebeno nak jadik mamarazi! hehehe.... setakat tu jelah aku mampu bagi clue yea... selebihnya korang digest la sendiri daripada gambo2 tersebut... ;-)

gambo2 kat bawah ni pulak kalau aku tak cerita kat korang ada pulak kang terjun ke sungai... kalau sungai yang jernih airnya takpe gak... buatnya sungai air longkang cam sungai kat belakang "istana kayangan" aku kat KL tu tak ke naya... terus tenggelam tak timbul2 plak korang nanti... hehehehe....
banyak2 tempat yang aku terjah kat NYC tu, cuma tempat kat sini je yang buatkan aku kompius seketika... bukan setakat kompius... aku terkesima gitu! eceh! tapi betulll... aku tak tipu... padahal tempat yang sama pernah aku jejaki 12 tahun dulu... kot yea pun aku ni telah melewati usia2 remaja tapi takkan la hilang luput segala memori manis kat kepala otak aku kot... ishhh tak mungkin la kot...

tapi serious aku memang tak boleh nak cam langsung tempat tu... kawasan sekitar2 tu pun aku langsung tak boleh nak recognise langsung... sikit pun aku tak boleh nak recall dari otak aku ni... hmmm terlalu berbeza tempat yang pernah aku jejakkan  kaki 12 tahun dulu dengan sekarang... terlalu banyak perbezaannya... tersentuh jugak hati aku melihat perubahan yang berlaku kat tempat tu...



dulu tempat tu GAH dan menjadi tumpuan manusia dari segenap pelusuk dunia... tempat tu glemer dan menjadi salah satu mercu tanda terhebat yang pernah wujud... tempat tu jugak pernah menjadi tempat yang paling exclusive dan digeruni... dan sekarang....

tempat tu masih lagi menjadi tumpuan jutaan manusia yang tak pernah putus2 mengunjungi saban masa... tempat tu masih lagi wujud walaupun mercu tanda kebanggaannya suatu masa dulu telah lenyap dan yang tinggal hanyalah kren yang bising berbunyi... dan tiada lagi nilai2 exclusive yang pernah digeruni suatu masa dulu....

tempat itu masih lagi menjadi sebutan hingga ke hari ini tapi tidak lagi disebut sebagai World Trade Centre yang terlalu GAH pada ketika itu...  kini namanya telahpun berubah dari WTC kepada Ground Zero... perubahan yang telah disaksikan oleh puluhan juta manusia seantero dunia... tiada sedikitpun cebisan WTC yang dapat diimbas lagi sekarang ni.... yang tinggal hanyalah memori ribuan manusia yang terkorban pada tanggal September 11, 2001...

dua kali aku telah menjejakkan kaki ke tempat itu... dan untuk dua jangkamasa yang berbeza telah meninggalkan dua memori yang begitu ketara buat aku....

satu memori yang penuh dengan hilai TAWA dan yang satu pula memori yang mengundang seribu DUKA....

memori di New York City....

0 *amigos*:



Related Posts with Thumbnails