...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...

bersyukurlah...

i read this article posted by one of my frens in FB... cam biasalah, aku kan suka berkongsi sesuatu yang menarik dengan semua readers aku.... hopefully ianya dapat memberi manfaat kepada semua... kalau tak banyak, sikit pun jadiklaa yeak... SHARING is LOVING! ;-) 
_____________________________________


Wahai sahabatku, seandainya dirimu mampu tingal di rumah yang baik dan selamat, memiliki makanan yang cukup dan dapat membaca dan menulis, anda termasuk kelompok insan terpilih.

Andainya sahabatku bangun pagi ini dan merasa sihat walafiat, itu petanda anda lebih beruntung dari jutaan orang yang mungkin ajalnya tiba pada setiap detik, jam, hari, minggu dan bulan.

Jika sahabatku tidak pernah merasai detik cemas bahaya perang, letupan bom, kesepian di penjara, kesakitan akibat diseksa atau kebuluran, ketahuilah anda berada beberapa langkah di hadapan lebih maju berbanding berjuta-juta orang di dunia yang hidup merana akibat jenayah perang dan persengketaan.

Seandainya sahabatku dapat menghadiri ceramah politik atau keagamaan tanpa merasa takut dicemuh, dihina, ditangkap, diseksa atau dibunuh, beruntunglah kerana berjuta-juta orang di dunia ini dinafikan hak asasi dan kebebasan hidupnya.

Seandainya sahabatku memiliki makanan dalam peti sejuk, baju-baju digantung dalam almari pakaian dan memiliki atap yang memayungi tempat berehat, anda dikira lebih kaya daripada berjuta-juta penduduk planet bumi ini yang tidak berumah, merempat, bergelandangan dan orang pelarian.

Sahabatku, jika anda memiliki wang simpanan di bank, dalam dompet dan mampu menikmati pelbagai hidangan menu kegemaran di restoran, anda termasuk kelompok manusia kaya di dunia. Sebab, ramai lagi manusia yang kelaparan, kebuluran dan meminta-minta makanan dari orang lain.

Sahabatku, jika orang tua anda masih hidup dan menikmati kebahagiaan kehidupan berkeluarga, maka anda termasuk insan luar biasa kerana ramai lagi keluarga yang bercerai-berai, pasngan ditinggalkan, isteri dan anak jadi mangsa penderaan dan anak-anak yatim piatu.

Sahabatku, jika anda mampu mengangkat kepala dan melemparkan senyuman di bibir ketahuilah bahawa anda manusia paling bertuah di planet bumi ini kerana merasai kegembiraan dan kebahagiaan hidup sejati. Sebahagian besar orang lain diluar sana ramai yang hidup menderita dan berduka nestapa.

Aduhai sahabatku, jika anda terbaca pesanan ini, ketahuilah bahawa anda insan paling beruntung jika dibandingkan jutaan manusia yang masih buta huruf yang tidak tahu membaca dan menulis.

Sahabatku, nikmati hari-hari yang indah ini di bawah sinaran matahari atau malam dilimpahi cahaya sang rembulan sambil menghitung dan bersyukur kepada Allah di atas segala kurniaan dan nikmatNya sejak kita dilahirkan ibu sehinga menginjak usia dewasa.

-sumber : Mastika Julai 2010/ms 96-97

maka sahabat, kalau boleh elakkanlah dari mengeluh ketika menghadapi sesuatu situasi sebaliknya gunakan akal kurniaan Allah untuk mencari jalan penyelesaian. sesungguhnya mengeluh dan merungut hanya akan menambah beban masalah 





credit goes to: 



Ila Aeiby






0 *amigos*:



Related Posts with Thumbnails