...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...

usah lalai memelihara HATI...


Hati organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hambanya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat ikhlas itu akan diberi pahala.

Hati perlu dijaga dan di pelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati.

Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesanya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.

Hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagaimana daripada berbuat dosa dan maksiat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumbang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa?.. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? , 100 dosa?. 1000 dosa?. Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud “ sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.

Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud:

“ Sebenarnya ayat-ayat kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan “. ( Surah Al-Mutnaffifin, ayat 14 ).

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu.

Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan.

Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggung jawabkan Allah pada hari akhirat kelak.

Kenapa HATI mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:-

HATI mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud: “ Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata “. ( surah Al-Zumar Ayat. 22 ).

HATI juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah iaitu berzikir dan membaca Al- Quran.

Firman Allah bermaksud: “ Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.” ( Surah Al-Rad Ayat 28 ).


Firman-Nya lagi bermaksud: “ Hati yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali hartabenda dan anak-anak orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syiuk munafik.” ( surah Al- syura Ayat 88 – 89 )”.

Oleh: Hjh. Noorha Md Zain (12 April 2009)

0 *amigos*:



Related Posts with Thumbnails