...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...

jagalah IMAN kita...

...ada manusia yang tak takutkan balasan ALLAH... sekalipun tidak gentar dengan balasan di dunia... fikirkan lah tentang nasibmu di akhirat kelak kerana hidup ini hanyalah sementara... hiasi peribadi diri sebelum dijemput oleh ILAHI... dan sebagai seorang muslim, jagalah keIMANan kita sebaik2nya...

i would like to share the following info with all of you... dalam zaman sekarang, terlalu banyak manusia yang LUPA DIRI... suka berHASAD DENGKI... suka MENGEJI dan pelbagai sikap negative yang ternyata datangnya dari IMAN yang lemah... semoga kita mendapat sedikit tauladan dan dapat dimanfaatkan dalam hidup kita...
--------------------------------------------



Iman itu boleh bertambah dan berkurang. Iman juga boleh dihinggapi penyakit.

Firman Allah yang mafhumnya:

“Di dalam hati mereka ada penyakit”(Al-Baqarah:10)

Hakikat bertambahnya iman seseorang dinyatakan oleh Al-Quran sebagai berikut

“Sesungguhnya orang -orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka.”(Al-Anfal:2)

“Adapun orang-orang yang beriman maka surah ini menambah imannya.”(At-Taubah:124)

“Dan tatkala orang-orang mu’min melihat tentera-tentera Ahzab,mereka berkata’Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita’. Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. Dan demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan penyerahan”. (Al-Ahzab:22)

Oleh itu setiap mu’min hendaklah sentiasa berusaha agar imannya sentiasa bertambah dan berjaga-jaga daripada perkara-perkara yang boleh menjejaskan kesejahteraan imannya.

Beberapa langkah utama yang mesti dijaga oleh setiap mu’min untuk menjaga kesejahteraan imannya adalah seperti berikut:

MENUNTUT ILMU

Orang yang mencari ilmu untuk dijadikan bekalan dalam perjalanan hidup untuk hari kemudian dan berniat untuk mencari keredhaan Allah semata-mata, maka ia termasuk dalam golongan orang-orang yang bakal memperolehi keselamatan dan kejayaan.

Imam Al-Ghazali menyatakan:

“Yang paling utama sekali adalah waktu kamu digunakan untuk menambah ilmu yang berguna dan bermanfaat terhadap deen, iaitu ilmu yang dapat menghantar kamu menuju ketaqwaan kepada Allah, membuka kesedaran kamu untuk menyaksikan segala keburukan yang terdapat dalam dirimu. Memperdalamkan ma’rifat terhadap ibadah kepada Allah. Mengurangkan hasrat kamu yang berlebihan terhadap dunia dan menambah keterlibatan dirimu terhadap kehidupan di akhirat kelak. Ilmu ini dapat membuka lebar mata hatimu terhadap cacat cela segala macam perbuatanmu, sehingga kamu dapat menjaga jangan sampai berulang lagi perbuatan yang buruk, malah membuat kamu lebih berwaspada dan berhati-hati terhadap godaan-godaan syaitan dan tipu dayanya.”

MENTAATI PERINTAH ALLAH

Taat itu bermaksud menurut atau patuh kepada peraturan dan ketentuan yang ditetapkan oleh Allah.Perintah -perintah Allah terdiri daripada perkara yang wajib dan sunat.

Perkara yang wajib adalah merupakan perkara pokok yang paling penting bagi menggerakkan setiap urusan serta membawa manusia ke jalan yang selamat dan bahagia.

Perkara sunat pula merupakan keuntungan yang memberikan dan mengangkat darjat kepada kejayaan dan kemuliaan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:

“Allah berfirman : Siapa pun belum dapat disebut telah mendekatkan diri kepadaKu kerana telah menunaikan semua perintah yang fardhu sahaja, tetapi seorang hamba baru dapat disebut mendekatkan (taqarrub) diri kepadaKu dengan mengerjakan perintah-perintah yang sunat sehingga akhirnya Aku mencintainya. Apabila Aku telah mencintainya maka Akulah telinga yang dengannya ia mendengar, mata yang dengannya ia melihat, lidah yang dengannya dia berkata-kata, tangan yang dengannya ia lakukan setiap usahanya dan kaki yang dengannya bagi tiap langkahnya.”

Dalam mentaati perintah Allah seseorang mu’min mestilah menunaikan kewajipan yang telah difardhukan kepadanya seperti solat, puasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji dan mengeluarkan zakat.

Demi untuk memastikan keempat-empat fardhu ini hidup di dalam dirinya hendaklah ia menyeru manusia kepada pelaksanaannya serta melarang manusia dari mengabaikannya.Usaha ini dinamakan sebagai ‘amru bil ma’ruf wa nahu ‘anil mungkar’.Oleh itu sekiranya tugas ini tidak dilaksanakan dengan sempurna,maka menjadi kewajipan kepadanya untuk melaksanakan.

Di samping melakukan perkara-perkara fardhu,seorang mu’min itu hendaklah meningkatkan dirinya bagi melaksanakan amalan-amalan yang sunat.Amalan yang sunat ini begitu luas ruang lingkupnya.Oleh itu perkara yang paling penting dalam melaksanakan amalan-amalan sunat ini hendaklah ia berdasarkan petunjuk-petunjuk dari sunnah Rasulullah s.a.w.

MENJAUHI MAKSIAT

Seorang mu’min itu juga mestilah menjauhi dirinya dari maksiat. Memandang berat terhadap dosa-dosa besar , berwaspada terhadap dosa-dosa kecil dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhinya.

Imam Al-Ghazali memberi peringatan:
“Di dalam tuntutan deen terdapat dua perkara yang sangat penting untuk diperhatikan: Pertama ,meninggalkan dan menjauhi segala sesuatu yang dilarang dan diharamkan. Kedua, berbuat taat dan menunaikan segala perintah , beribadah dan berbakti kepada Allah.

Di antara keduanya itu, menjauhi segala yang dilarang dan diharamkan itu adalah suatu hal yang terlalu berat, kerana ketaatan melaksanakan perintah Allah memang mampu dilaksanakan, tetapi meninggalkan dan menjauhi apa yang dilarang dan diharamkan itu,tidak yang mampu kecuali yang benar-benar beriman”

Untuk menjadikan iman jauh dari pengaruh maksiat hendaklah seseorang muslim itu menjaga adab-adab yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.Ini adalah kerana kebiasaanya syaitan itu menyerang manusia dari pintu-pintu yang terlemah di dalam dirinya.Oleh itu hendaklah ia membentengi dirinya dari serangan-serangan syaitan
-------------------------------------

kawan2 semua... mari kita mengambil iktibar dan perbaiki diri kita...


kalau kurang ILMU, kita tambahkan dan gunakan ILMU itu di jalan kebaikan dan bukan atas dasar menunjuk2 bahawa kita berILMU sedangkan ILMU yang ada itu tidak disandarkan dengan keIMANan yang utuh...


sentiasa sematkan di dalam diri bahawasanya hanya ALLAH yang maha berkuasa dan PENENTU segala apa yang ada di dalam dunia ini.... kita perlu ada rasa takut dengan kekuasaan ALLAH dengan mentaatiNYA dan bertakwa kepadaNYA... wallahualam...

0 *amigos*:



Related Posts with Thumbnails