...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...

Al-Humazah...





First of all korang jangan la cakap aku 'buang tebiat' pulak yea tetiba jer lately nih asyik keluar entry pasal terjemahan ayat Quran kat dlm blog... Tak baek ckp aku camtu...

Selain dok cerita ceriti benda2 yang berkaitan hidup aku anak beranak, aku rasa adalah lebih baik aku sulamkan sedikit dengan entry yang memberi tauladan dan kebaikan pd semua orang... Bukankah ini pun ibadat namanya... Berkongsi ilmu dengan orang di luar sana... ;-)

Benda yang baik tak salah kalau dikongsi bersama kan... Kalau disalah ertikan niat yang ikhlas ni, apa nak buat... Pasrah jelah kan... Janji nawaitu tu di lorong yang benar...

Anyway, I came across on this surah masa ajar aiman mengaji tadi... Dia pegang muqaddam, aku pegang quran... Kebetulan pulak Sekarang ni aku dlm proses membaca Quran guna tafsiran yang mak mai hadiahkan kat aku dengan niat supaya pahala tu dptlah dihadiahkan kepada si pemberi... Budi yang baik pasti dibalas baik kan... InsyaAllah...

Terlalu banyak manfaat yg kita dpt bila menghayati maksud setiap baris dalam surah yang dibaca tu... Baru kita tau sebenarnya bahawa indahnya Al-Quran itu dan hikmah yang tersirat disebaliknya...

Particularly in this surah terang2an menyatakan 'neraka jahanamlah balasan bagi pengumpat dan pencela!' nauzubillah...

Sebagai manusia kita ni dilahirkan tidak sempurna... Kerana kesempurnaan itu milik Allah sahaja... Tapi, kita perlu sentiasa bermuhasabah diri untuk menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari... Hindarkan diri dari mengata dan mengeji... Walaupun realitinya amat sukar tapi kalau kita sentiasa ingatkan diri tentang dosa dan pahala, balasan neraka dan syurga... Pasti terdetik GERUN di hati kita bila nak buat dosa tu kan...

Aku pun tak pernah terlepas dari membuat dosa... Aku manusia biasa kan... Secara umumnya sama sahaja dengan korang semua... Kadang2 mainan emosi menjadi penyebab aku terjerumus menambah berat dosa yg sedia ada... Kalaulah sepasang mata kasar ni boleh melihat berapa banyaknya dosa yang dah dibuat dek mengata dan mengumpat... dalam keadaan sedar atau tidak mahupun secara terpaksa atau rela... Dah pasti tak siapa pun akan melakukan dosa tu kan...

Kadang2 kita TERumpat, TERmengata etc kerana sesuatu sebab musabab yg tertentu... TAPI, walau apapun niat atau matlamatnya... Itu TIDAK menghalalkan cara... Dosa tetap dosa... Dan balasan dosa tetap NERAKA sekiranya perhitungan 'terakhir' nanti bakal menyaksikan beratnya dosa berbanding pahala...

Jadi, suka aku mengingatkan diri sendiri agar tidak bergelumang dengan dosa... Hindarkan diri dari berbuat dosa... Selagi kita bernyawa ni lebih baik kita berwaspada... Kita tak tau bila kita akan pergi dari bumi Allah ini dan semestinya pemergian itu akan kekal selama2nya... sehinggalah kita akan dihidupkan semula utk perhitungan terakhir...

Mungkin esok atau lusa kita akan menjadi penghuni di alam barzakh... Itu ketentuan Allah yg tiada siapa pun boleh melawan... Oleh itu sama2lah kita berusaha menjauhkan diri dari melakukan perbuatan KEJI ini...

Antara tips yang aku praktikkan sekarang dengan jauhi diri dari kelompok yang suka mengumpat, mengeji dan mencela... Kena pandai SELAMATkan diri dan memilih sahabat Supaya persahabatan itu beroleh kebaikan dunia dan akhirat... Masuk ke kandang kambing sedikit sebanyak terikut2 juga mengembek kan... Dan suka atau tidak, akan terpalit juga bau busuknya kan... Kambing kan takut air, kompem la busuk tak mandi! ;-)

Adalah lebih baik dari kita masuk ke kandang kambing yang busuk tu kita gantikan dengan membuat kerja2 yang lebih berfaedah... Isi masa yang terluang dengan benda2 yang bermanfaat dan dekatkan diri dengan orang yang boleh berkongsi ilmu dengan kita...

Selagi kita bernafas, kita WAJIB menuntut ilmu kerana dengan ILMU (dunia & akhirat) itulah kita berupaya menjadi insan yang terbaik... Dan balasan SYURGA pastinya akan menanti kelak!
Itu janji Allah!

Wallahualam...

- adie-apai's on mobile

0 *amigos*:



Related Posts with Thumbnails