...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...

Melayan anak tekak!

Sabtu lepas adalah hari melayan anak tekak... Bukan anak tekak ku tapi anak tekak Tuan Beso yang tercenta... Aku cuma menjalankan tanggungjawab sebagai isteri mithali jer! Tiga minggu dah tak berkhidmat utk Tuan Beso kann... Makanya berkhidmatlah dengan cemerlang dan gemilang! Hiks!





Untung badan dapat life partner yang tekak sempoi... Lauk fevret dia tak susah nak masak pun... Dapat pucuk ubi masak lemak dengan ikan goreng pun dah hepi... Seperiuk nasi letak depan mata dia pun boleh habis dikerjakan Tuan Beso... Hehehe...


3 minggu aku takde kat cph tu, nampak yang pakcik ni dah kurus... Rambut pun kusut masai macam orang mati bini aje rupanya! Kesian la hai... Agaknya kalau 3 bulan aku takde ntah ape jadikla dengan laki aku ni... Kahkahkah... Hah, sila lah sedar betapa pentingnya daku di dlm hidupmu wahai Tuan Beso... Huahuahua...


Lauk yang kat atas ni pulak Tuan Beso tak makan... Dia memang tak baper nak gemar dengan sambal... Lagi2 kalau ada alien dalam tu... Memang harammmm masuk ke pinggan dia tau... Huahuahua... Aku masak tu pun bukan utk Tuan Beso tapi khas utk adik aku uda...


Memang udang sambal tumis lada hidup dengan petai tu antara lauk yang diGILAi oleh uda... Nak2 kalau udang beso gabak, lagi dia suka... Masa pi pasar aritu terpandang muka udang, teringat muka uda! Almaklumlah... Dia kan partner in crime aku kat mesia ni... Hehehe...


Haa lauk apa plak nih? Nampak rupa cam poyo tapi rasanya adalah mantopp! Lauk ikan ni sebenarnya aku tak plan pun nak buat... Kebetulan masa beli ikan cermin terselit 5 ekor ikan kembung kat celah2 tu... Kalau simpan lagi lama alamatnya sampai ke sudah ler takde sape yang nak masak... Rumah aku kat jb ni memang ramai yang 'rajin' sgt masuk ke dapur... So atas nama kesian kat ikan tu, aku lebur la sekali arung buat lauk...

Kak gayah la pencetus idea lauk ni! Dia yang kasik bakar jiwa aku tempek gambo dlm FB ikan kembung air asam dengan bunga kantan ni haa... Aku memang suka lauk2 sempoi camni... Memang serasi kat anak tekak aku yang very the kampung ni... i kan orang kampung... Hehehehe... ;-)


Tengok dorang ni makan beria2 memang Syiok gila... Almaklumlah, jarang dapat makan ramai2 camni... Rasa puas hati dpt melayan anak2 tekak family sendiri... Ni kira tak cukup ahli jemaah ni.. 3 orang adik beradik aku MIA... Kalau cukup semua sure lagi happening! tataulah bila pulak dpt kumpulkan semua skali... Pasni pak mamat pun dah nak terbang meninggalkan tanahair terchenta... Sorang2 anak mak pergi merantau ke negara org mencari rezeki... Makan ati berulam airmata ajelah Mak Salmah kita... Huhuhuhu...

- adie-apai's on mobile

0 *amigos*:



Related Posts with Thumbnails