...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...

Dalam kesejukan...

Skarang ni aku tengah dok bertapa dalam keta menahan sejuk... Saje jer tanak on engine... Aiman cakap, mommy, please dont pollute the air... Car produces lots of smoke and its not good mommy! Adoi! Tak bley blah betul la tau..

So, selagi aku boleh bertahan, aku try la tahan gegel dok kat dalam keta ni haa... Kiranya berkesan jugak la tazkirah seorang anak kepada ibunya ek! Eceh!

TAPI, Agak2 kalau dah tinggal separuh nyawa jer disebabkan menahan kesejukan melampau, memang kompemla aku turn on the engine kan... Aku sayang nyawa woo! Tanak la tetiba kang org jumpa aku mati beku dlm keta ni pulak! Berdua dengan Mem Kecik aje plak tuh! Sian anak2 aku jadik yatim pulak kang! Uiks! Selisih! :-P

Owhh korang sebok ker nak tau kenapa aku dok dalam keta dalam cuaca sejuk2 bagai camni eh? Agak2 korang kenapa yeak?

Adakah kerana aku merajuk dengan Tuan Beso sampai tanak balik rumah?

Atau adakah kerana aku sudah kekurangan kewarasan akal?

Atau adakah kerana aku perasan yang aku ni hebat dan kuat? Kekekeke...

Takde maknanyer weh! Gila kau nak perasan hebat time2 camni! Aku sedar diri wooo... Kalau dah nama pun orang asia, dok la negara omputeh seumur hiduo pun, takde maknanyer kulit ni boleh kebal ok! Agaknya sebab makan nasi kot! Tu yang tak tahan sejuk tu! Hehehe...

Aku ni sebenonyer dok menunggu bujang aku habis ngaji... Selalunya aku naik skali ke rumah cikgu din tu tapi disebabkan arini Mem Kecik telah lena diulit mimpi, tu pasal laaa kena stay dlm keta jer... Tak koser la nak berdukung2 bawak dia naik... Lagipun aiman ngaji sejam jer kan... Takkan la sejam boleh mati beku kot dok dlm keta... Kekekee... ;-)


Uiks! Gulap gulita la pulaks gambo tu ek! Korang perati jelah gambo bebetul... Kompem korang boleh nampak betapa syiokkknya Alyssa tido walaupun temp mencecah 0'C! Mana tak syiok nyer... Dia pakai layers of clothes siap dengan snowhat and gloves lagik! Memang hangatttt daripada biasa! Eceh!

Aku pun pakai berdabel trabel jugak ni... tapi kalau dah species yang memang tak tahan sejuk, pakai doploh lapis pun tetappppp gegel! Hua hua hua.... Kalau la Tuan Beso ada kan bagus... Memang harus aku dera Tuan Beso jer suruh pi bawak aiman ngaji... Akan tetapi... Tuan Beso telah bepergian ke lautan... Meneruskan misi menangkap jerung yang tidak pernah selesai... Huhuhu...


~ Tuan beso, cepat pulang!!

- adie-apai's on mobile

0 *amigos*:



Related Posts with Thumbnails