...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...

Akibat JAHIL...

aku terbaca entry HADY kat blog dia.... terus aku terpikat dengan entry dia tu... aku kagum la dengan cara dia berdakwah walaupun melalui blog... walaupun kadang2 aku rasa sedikit keras ayat2 yang digunapakai tapi bagus jugak tuu... dah tu, bila cakap bebaik tak diendahkan orang kan... so sesekali tu perlu juga KERASkan sikit lenggok bahasa dalam blog ni kan... eceh! macam aku pernah buat jer ni... kekekeke...

anyway berbalik pada entry tu, aku pun teruslah tinggalkan komen mintak izin nak share dalam blog aku... tak sabo punya kes nak menunggu green light tuan punya blog, aku terus jer kopipes kat bawah ni... mintak2 tuan punya blog HALALkan yea... sharing is caring kan dek!

so, readersKU semua... mehla kita baca bersama2 entry kat bawah ni.... kalau boleh lepas baca tu sharelah dengan orang2 yang tersayang.... si suami share dengan isteri... si isteri share dengan suami dan anak2.... benda yang baik tu marilah sama2 kita ambil dan yang buruk2 tu kita cuba perbaiki.... manusia ni kan TIDAK SEMPURNA kejadiannya.... tapi kita perlu BERUSAHA untuk memperbaiki kekurangan diri kita... kerana itu adalah TUNTUTAN AGAMA... ;-)



Antara kelebihan bulan ramadhan adalah ditangguhkan dulu azab kubur sehingga berakhirnya bulan ramadhan...bg sape yg xmau percaya akan azab kubur, lantaklah...maybe dia igt yg mati jadi abu tu akan lepas dari azab kubur pasal xde kubur..yg mati dimakan harimau dan buaya dan jaws pun xkan kena azab jugak..pasal org yg jahil ni bawak marilah 10 kitab pun depa xkan terima...klu yg beriman, satu perkataan pun dah cukup...satu perkataan sahaja tau...berbanding org yg jahil yg mintak dikemukakan pelbagai dalil baru nak percaya...huhu...mintak2 kita ni dijauhkan dari golongan yg jahil...

Sebenarnya aku pun xde tajuk yg sesuai bagi entry kali ni...tapi aku nak ceritakan pasal ibubapa yg setelah mati pun masih diazab oleh ALLAH didalam kubur KERANA PERBUATAN ANAK DAN ISTERI mereka yg masih hidup....siapakah golongan malang ni..dahla atas dunia susah payah nak besarkan anak dan sara isteri...dah mati kena azab pulak atas perbuatan anak dan isteri...

Golongan yg dimaksudkan adalah ibubapa yg tidak menegur atau membimbing anak dan para suami yg tidak menegur dan membimbing anak2 dan isteri2nya kearah kebaikan semasa hidupnya...contohnya isteri atau anak dia yg dah baligh tidak menutup aurat di depan mahram, tapi si bapa atau suaminya diam saja...suruh pun x, larang pun x...contoh satu lagi adalah para ibubapa dan suami yg penah nak didik anak dan isteri agar mendekati ajaran Islam dan menunaikan perintah agama seperti solat lima waktu...anak dia solat ke x, isteri dia solat ke x, dia xpenah nak ambil tahu...yg dia ambil tahu jika anak atau isterinya cukup duit atau x...

Maka khabarkanlah berita malang bagi golongan yg xmenegur dan membimbing anak dan isteri mereka ini semasa mereka hidup...maka lepas ibubapa atau suami ni mati...dan pada ketika itu anak2nya tidak menunaikan tuntutan agama seperti xmenutup aurat, tidak solat dan sebagainya, hasil dari kurangnya didikan dan teguran dari ibubapa atau suaminya...maka menderitalah mereka didalam kubur..ditambahkan bagi mereka azab setiap kali anak dan isteri mereka berbuat kejahatan...bukan sahaja kena azab dikubur..malah diakhirat akan menerima azab yg lebih pedih dan dasyhat...

So..bg mereka yg terlibat...xkiralah siapa2 pun...tolonglah jgn ditambah lagi azab pada ibubapa atau suami yg telah meninggal dunia..dosa mereka pun dah xlarat nak tanggung..ditambah pulak dengan dosa kita yg masih hidup ni...setiap kali kita mendedahkan aurat, tidak solat, tidak puasa..maka bertambah2 la azab ibubapa atau suami kat dlm kubur tu...

Bagi bakal suami, bakal ibubapa...jgn ambil mudah amanah mendidik anak dan isteri...jika kita xreti nak ajar, kita buleh upah org ajar...yg penting kita dah melaksanakan tugas kita menegur dan membimbing mereka ke jalan yg benar..andai selepas kematian kita, mereka ni tidak menunaikan tuntutan agama...maka kita dah xperlu nak tanggung dosa mereka...

P/s: Fuhh..penatla nak sentuh pasal aurat dan solat ni...lain entri aku xde..aurat solat aurat solat...ape nak buat..tugas dakwah adalah fardhu kifayah...dan aku pun kasih pada saudara seagama...jadi aku xsampai hati nak simpan ilmu yg ada pada aku ni utk aku sorang tanpa berkongsi dengan org lain... 



teringat lagi masa aku belajar kelas agama, tak ingat pulak bila exactly tapi intipati dalam kelas tu adalah... sekiranya seorang isteri tidak dapat masuk ke SYURGA maka suaminya juga tidak dapat menjejakkan kakinya ke syurga kerana adalah menjadi TANGGUNGJAWAB suami untuk mendidik isterinya sebaik2nya... sebab itu sangat penting untuk kita memilih bakal suami/isteri yang "baik"... aku malas nak elaborate "baik" tu lelebih... tapi yang penting "baik" bukanlah setakat budi pekerti sahaja tapi IMANnya juga etc...


~ wahai para SUAMI sekalian... DIDIKlah isteri anda sebaik mungkin... jika dia tidak mendengar kata, hukumlah dia sewajarnya... sesungguhnya keperibadian isteri itu mencerminkan budi pekerti suaminya.... 


~ wahai para ISTERI sekalian.... KASIHANI lah suami kita dan janganlah dibebani mereka di dunia ataupun di akhirat.... janganlah kerana KEJAHILAN kita, suami yang kita kasihi di dunia ini bakal terhumban ke dalam NERAKA jahannam di akhirat kelak... nauzubillahiminzalik! 


~ wahai para IBUBAPA sekalian.... marilah sama2 kita berdoa ke hadrat ALLAH swt supaya dikuatkan mental dan fizikal, akal dan iman kita dalam mendidik anak2 menurut tuntutan islam di dalam zaman moden yang serba mencabar ni... semoga terpelihara keISLAMan dan keIMANan mereka kerana anak2 itu adalah CERMIN ibubapa mereka... 

wallahualam.... SHARING IS LOVING! ;-)

1 *amigos*:



Hady83 said...

I cuma petik dari ceramah yang i dengar..dari ustaz yg memang terkenal dengan kekerasannya...mula2 i dengar dia ceramah, sepatah pun i xleh terima, pasal xpernah lagi ada org terangkan hukum agama macam dia...biasanya orang dengan lemah lembut, tapi dia agak keras dan kurang formal, tapi lawak bila dengar ulang2 kali...mula2 kita rasa tersinggung pasal apa yg dia kata tu kena batang hidung sendiri, lama2 kita akan ubah bende yang tak kena tu...pastu barulah faham apa yang dia nak sampaikan...katanya besi kalau nak buang karat, kena bakar dan ketuk..kalau gosok je mana tanggal...so pasal tu dia keras sket, tapi lawak mendengarnya...dia perli2 tu mmg betul2 kejadian dalam masyarakat kita...

Ustaz yang terkenal kat utube dengan tajuk takbir ultraman...

Related Posts with Thumbnails