...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...

secebis peringatan...

secebis ayat yang aku baca dari blog hady ini telah mencuri perhatian aku untuk dikongsikan bersama di sini... pesanan ini khas untuk diri sendiri sebenarnya.... 
_______________________________________






" ...ada sebab mengapa islam tak benarkan perempuan jadi pemimpin, ada sebab mengapa kuasa talak tidak diberikan kepada perempuan, ada sebab mengapa perempuan tidak dibenarkan poligami, ada sebab mengapa perempuan hanya dapat satu bahagian dan lelaki dua bahagian harta pusaka, ada sebab mengapa perempuan tidak boleh solat dan puasa penuh, ada sebab mengapa perempuan islam perlu tutup semua badan kecuali muka dan tapak tangan, ada sebab mengapa perempuan tak boleh jadi imam kepada lelaki, ada sebab mengapa perempuan dikenakan iddah...ada sebab mengapa perempuan tidak ada suami yang ramai dalam syurga...ada sebab kenapa perempuan paling ramai masuk neraka...

Semua tu ada sebab, dan hanya perempuan yang beriman sahaja yang akan bersyukur kerana dilahirkan sebagai perempuan, hanya perempuan yang beriman sahaja yang akan bersyukur menjadi penganut agama islam, hanya perempuan yang beriman sahaja yang menganggap islam meletakkan perempuan pada satu tahap yang tinggi... namun sekarang ini dunia kecoh pasal isu tidak sama rata antara lelaki dan perempuan, isu konon islam melayan perempuan dengan teruk, maka tidak hairanlah kenapa masa israk mikraj, nabi melihat neraka itu dipenuhi oleh kaum perempuan...


___________________________
sesungguhnya perempuan tetap menjadi perempuan selamanya.... tidak mungkin akan sama antara perempuan dan lelaki... dan segalanya yang ditentukan oleh ALLAH itu ada sebab musababnya.... 


0 *amigos*:



Related Posts with Thumbnails