...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...

Aku terKESIMA...

Sesungguhnya aku memang terKESIMA bercampur SEDIH dan ada juga terbit rasa MARAH... Bukan sahaja aku rasa marah terhadap peragut tu tapi juga pada manusia yang sewenang2nya meletakkan kuasa menghukum di tangan mereka... Korang tengok video yang aku recordkan from FB ni and buat penilaian korang sendiri...

YouTube Video

Honestly to me... Sungguhpun peragut tu bersalah kerana meragut TAPI perlukah dia diperlakukan seperti binatang?

Kita sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran oleh Allah swt perlu sedar bahawa kuasa menghukum bukan terletak di tangan ataupun di kaki masing2...

Tidak dinafikan setiap orang ada perasaan marah apatah lagi jika yang menjadi mangsa adalah di kalangan keluarga ataupun yang tersayang... Dan memanglah normal sebagai manusia utk kita melampiaskan rasa marah yang terbuku di hati... Cumanya... Segala tindak tanduk perlu ada BATASANnya... Perlu bersandarkan KEWARASAN AKAL FIKIRAN dan IMAN... Itulah yang membezakan kita dengan HAIWAN!

Cuba kita renungkan sejenak... Pernahkah kita terpikir bahawa ramai manusia di luar sana yang kurang bernasib baik dari kita? Dan segelintir dari mereka terlalu terdesak melakukan pelbagai jenayah kerana tuntutan kehidupan...

Walaupun alasan sedemikian TIDAK boleh dijadikan sandaran atas perlakuan mereka kerana NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA... TAPI perlukah masyarakat mengHUKUM mereka seperti binatang? Seolah2 nyawa mereka seperti sampah sedangkan mereka juga makhluk ALLAH...

Apakah yang membezakan orang yang suka mengambil tindakan menghukum seperti ini dengan sesuka hati memukul dan menghina makhluk Allah sedemikian rupa dengan peragut itu sendiri?

Bottomline... SAMA SAHAJA... Keduanya bertindak di luar kewarasan akal dan iman... Tapi... Sekiranya peragut itu kehilangan nyawanya kerana dibelasah sedemikian rupa... MAKA, dosanya tidaklah sebesar orang yang telah membunuhnya... Jadi, dia lebih BAIK dari orang2 yang telah membunuhnya...

Harus diingatkan di sini... Dosa orang yang mencuri/merompak di dalam undang2 islam cuma dipotong tangannya.... Tapi, hukuman ke atas orang yang MEMBUNUH pula bagaimana?

Renung2kan dan berfikirlah sebelum bertindak... Manusia bukan TUHAN... Manusia cuma manusia...

- adie-apai's on mobile

0 *amigos*:



Related Posts with Thumbnails