...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...

my NEW frens...

jom sambung balik cerita ceriti raya kita... ewah! seruan raya menjelma kembali... wiehehee....

sambutan Aidilfitri kami sekeluarga pada tahun ini memang amat bermakna dengan kehadiran sahabat handai dan rakan taulan... lebih bermakna dan berseri lagi bila dapat berkenalan dengan kawan2 baru yang terdiri dari berbilang bangsa dan agama.... pelbagai warna rambut, kulit dan juga warna anak mata (original color bukan contact lense yea)... inilah di antara kelebihan2 tersurat dan tersirat bagi insan2 yang terpaksa menyambut HARI RAYA di perantauan macam kami ni.... walaupun jauh dari keluarga dan sanak saudara terchenta, tapi raya tetap meriah dan MACAM2 ADA.... hehehe... but most importantly, walaupun guests yang hadir tu terdiri daripada different background tapi rasa muhibah dan rasa hormat masing2 tetap menebal terhadap satu sama lain.... 

ehh... halamakkkkk kompius aku!! apesal tetiba jek ayat aku kat atas ni dah macam ucapan GURU BESAR kat perhimpunan skolah plak yeak! adoi! parah parah parah.... dah tertelan gula batu agaknya! hahahaha.... 

anyway korang, entry ni sebenonyer termasuk dalam category entry MENUNJUK2 jugak... hahaha... tapi jangan salah sangka... bukan niatku nak menunjuk yang aku ni HEBAT dan KUAT... kekekeke.... aku cuma sekadar nak menunjuk2 kat korang yang aku dapat kawan2 baru jer.... fresh from the oven gitu! hehehhee.... wehh! ingat dorang tu roti yang baru kuar dari oven ker! sungguh tak sopan yea cik dila! MURKA nanti kengkawan tu! padankan muka... aiyooooo tak tauuuu!

AMPUN kan saya yea kengkawan.... *muka bersalah* hiks!

yaribaa... INILAH BARISAN KITA.... YANG IKHLAS BERJUANG.... hahaha.... siap nyanyi bagai! sungguh tak sesuai...

well you all! ni la dia barisan kengkawan baruku.... melati (far right) and her frens... Thora, Walid and Maybritt... Melati just came to CPH to pursue her Master Degree at Copenhagen U about a month ago, if am not mistaken laa... maklumlah, niat hati memang nak borak panjang dengan Mel ni... tapi tidak kesampaian... on that day tu kan tuan rumah tak cukup kaki tangan, mulut, telinga dan segala anggota badan... tu yang tak sempat nak soal siasat bebetul tu... hehehehe.... 

kalaulah cik melati ni baca blog aku kompem dia risau dah nak jumpa aku pasnih.... mana taknya... dia takut kena soal siasat ngan aku... hahahaha.... jangan risau Mel... walaupun cita2ku dolu kala nak jadik lawyer tapi cita2 tu telahpun terkubur menjadi peninggalan sejarah sahaja... skarang ni yang ada cuma saki baki loyar buruk jer sket kot... hehehe...
  
haa... jelitawan2 kat atas ni pun antara kenalan baru aku jugak ni... yang di belah kanan tu Alafiza namanya.... manis dan ayu kan orangnya.... tapi jangan dicuba2 plak nak tackle Ala ni... kena hempuk plak kang dengan bodyguard Ala yang baru jer sampai dari mesia... jangan memain... Ala import bodyguard baekkkk punya ok.... Mesia mari! hehehehe..... jangan marah Ala, kak adie gurau jer... kemsalam kat hubby Ala yang murah dengan senyuman tu yea... macam la Ala ni pun baca blog aku! hahahahaha....

yang disebelah Ala tu pulak, yang bertudung purple si cantik manis tersenyum simpul tu namanya Suriyati... aku penah jumpa adik ni before this kat rumah jah nizam... tapi masa tu memang memasing ala2 malu2 meow2 gitu... bila dah jumpa lagi dan lagi sah2la makin mesra dan ramah yea tak.... nak2 dengan tuan rumah yang memang mulut tak reti diam ni... aku ni kalau pasal borak memang serah jer topic apa pun kat aku sure boleh layan punyalah... pot pet pot pet... cuma jangan bagi equation merepek meraban sudah.... kepala akak dah karat yea dek... nak solvekan soalan maths form 5 skarang ni pun belum tentu akak pass! hahaha...

owhh sila jangan kompius kenapa tetiba aku TERmerepek sampai ke equation plak dah.... tetiba bila  terpandang muka adik2 berdua kat atas ni terasa macam kerdilnya diriku ini... in few years time, dedua tu bakal bergelar doctor falsafah yea... jangan memain.... bagus adik2ku.. syabas! teruskanlah berjuang mencari ilmu sehingga berjaya... jangan jadik cam akak ni haa... buat MBA pun sekerat jalan... sampai laa niii tak tau apa nak jadiklah dengan jalan yang separuh lagik tuu haaaa.... ni dah macam kes jambatan bengkok la plak ni... hahahaha....  *mode merapu ON!*

haaaaaa last but not least.... kawan baru yang tak berapa nak baru tapi dalam kategori baru jugaklah.... kekekeke.... ape ke lawak la ayat aku tu ek... tapi itulah kebenarannya.... meh aku nak kenalkan kat korang... kat atas ni la Jasmine dan husbandnya yang sempoi giler.... Adam tu siap boleh berborak dan melawak dengan aku dalam bahasa melayu okie! chaiyokkkk giler laaa!!!

Jasmine ni sebenarnya aku dah kenal setahun lebih dah... tapi yang kelakarnya, nilah pestime kitorang bertentang mata.... siyes tak tipuuuuuu! memasing nak jumpa pestime pun ala2 neves gitu macam blind date la pulak... hahahaha.... kelakar giler kalau diingat2kan balik!

agaknya takdir telah menentukan kami bertentang mata di bulan syawal yang mulia dan penuh keberkatan ni... sebelum2 ni asyik dok berborak dalam phone tapi tak pernah pun jumpa.... pernah gak la we all plan nak keluar tapi asyikla tertunda.... dengan KUASA ALLAH kami telah bersua muka buat pertama kalinya pada tanggal 11 SEPTEMBER 2010.... wahhhh!!! 9/11! tarikh keramat tuu! hehehehe...

So, now ni korang semua dah boleh agaklah kan kenapa aku cakap Aidilfitri 2010 ni amat mengGUMBIRAkan hatiku... GUMBIRA sebab tahun ni open house RAYA SAKAN telahpun berjaya dilaksanakan.... dengan CEMERLANG, GEMILANG & TERBILANG... ewah!

dan semestinya jugak hatiku GUMBIRA sebab dapat berkenalan dengan beberapa orang kawan baru... bak kata pepatah...

BERKAWAN BIAR BERIBU... double ewah!!

berkasih pada yang satu... TUAN BESO, I LAP U! triple ewah!

nak ketawa melekek2 pulak biar berjuta2 lemon! kekekeke....

ok! ok! serious pleaseeeee.....

hopefully persahabatan yang terjalin di antara kami ni berkekalan hendaknya dan berlandaskan keikhlasan tanpa sebarang keraguan munasabah.... muahahahhaa.... ayat aku ni dah macam ayat dalam court la pulak! memang boleh dimasukkan dalam kategori TAK BOLEH BELAHHHH laaaaa!!

tapi betul apa... kat DK ni ada kelakar  campur PELIK TAPI BENAR sket... kegembiraan aku seolah2 menjadi NANAH pada sesetengah manusia di sini.... sounds so PELIK kan... tapi itulah keBENARannya.... no matter what, biarlah yang PELIK tu bukan pada diriku tapi yang BENAR itu sentiasa bersamaku.... falsafah ni! jangan memain tau... kekeke...

~ SALAM PERSAHABATAN TULUS IKHLAS DARI SAYA BUAT SEMUA ~

0 *amigos*:



Related Posts with Thumbnails