...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...

Makan...

Jom tengok gambo makanan... Bukan la selalu aku tempek gambo food dlm blog aku kan...


Kalau dah title pun makan... Sah2 ada gambo makanan dan cerita pun pasal makanan la yea tak... gambo tu yelah for our dinner 2 nights ago... Simple and easy... French toast with baked beans... Tuan Beso nak makan simple2 aje and maybe dia try nak kurangkan makan nasi dan lauk pauk kot...

Perut cik abang ku sayang tu memang dah sedia boroi... Tapi skarang tahap keboroian tu dah macam lagi terserlah... Last nite pun we all menyantap pizza aje... Dia yang pilih nak makan simple2 aje... Aku layankan...

Masa makan semalam aku teringat2 kat anak bujang aku... Kenyang ke tidak ke anak aku tu makan kat rumah kawan dia... Huhuhu... Aku tau sgt perangai si aiman, kalau pegi rumah org memang payah nak makan sgt... Memang pelik2 sket perangai dia tu... Tapi we all tak penah ajar tau dia jadik camtu...


Sentuh bab2 makan ni memang buat aku risau giler... Aku memang menjaga apa yang dimakan oleh anak2 aku... I mean bab2 HALAL dan HARAM laa kan... Dari aiman umur 3 tahun since we all pindah ke saudi dulu aku dah start ajar aiman apa yang orang islam boleh makan dan tidak... Tak semestinya BA ALIF BA YA aje yang tak boleh dimakan... Tapi sebarang makanan yang berunsurkan bendalah tu pun HARAM dimakan...

I must admit bukan mudah nak ajar budak yang sgt mentah camtu kan... Tapi pada aku kena ada consistency and courage... From time to time kena sentiasa ingatkan anak tu... Dan tunjuk contoh apa yg boleh makan dan tak... i.e. Tak semua candies, chocolates and snacks boleh di makan... Everytime aku nak beli memang aku akan baca ingredients dulu... Aiman pun dah terbiasa dengan cara ni... If let say dia dpt candies dr skolah, dia tak makan terus tapi aiman akan bwk balik and suruh aku baca samada boleh makan ke tidak...

Well maybe some of you might think that aku ni overly cerewet kan... Memang aku ngaku pun... Dan pada aku bila masuk bab2 yang akan menjadi darah daging kita ni, aku PATUT cerewet... Walaupun Tak nampak kesan secara langsung tapi kesan daripada makan benda2 yang syubhah ni boleh merosakkan jiwa sebenarnya...

Aku bukan bermaksud lain watsoeva... and i dont expect people to be cerewet dlm bab2 makan like me... Setakat nak bagitau dan kongsi ilmu pasal ni boleh la... Sebab tanggungjawab muslim sesama muslim tu sebenarnya... Lebih pada tu, i leave it to them... Life masing2 kan...

Masing2 punya akal fikiran kan... kalau baik dan HALAL pada mereka nak makan benda2 syubhah tu terpulanglah... Siapa aku utk menghalang kan... Aku patut concern pasal anak2 aku dan family aku the most... Tak mahu darah daging anak2 aku terbentuk dari benda HARAM dan merosakkan jiwa mereka... Nauzubillah...

Semalam aku berdepan dengan situasi yang menuntut aku utk berfikir dengan bijak... Padahal cuma nak explain kat simon's mom jer of what aiman can and can't eat... Yelah, nampak mudah je kan... Tapi, Aku kena susun ayat bebetul supaya tidak disalah anggap akhirnya... Bukan mudah nak explain bebetul kat orang bukan islam pasal benda camni... Sedangkan di kalangan orang islam sendiri pun ramai yang suka salah anggap bila kita cuba nak bagi INPUT pasal benda ni... Last2 kita pulak kena perli being too ALIM laa, too BAIK laa and memacam lg... Tu yang aku risau tu...

Tapi Alhamdulillah... I managed to deliver the message quite well i guess... And no doubt Johanne tu memang baik and very understanding... She said she understands and have so much respect in that issue... Am so glad! And i should be proud of myself too... I've made myself very clear to her... The most important thing is, i dont want her to misinterpret things and has less respect to our belief as a muslim kan...

Kekadang aku terpikir jugak... Kalau non-muslim boleh terima benda ni secara terbuka dan berlapang dada, kenapa tidak orang islam sendiri kan... Tapi, kebanyakan orang islam sendiri yang terlalu amik mudah dan kekadang tu ada pulak yang extreme tak bertempat... Hmmm... *Payah payah payah*

Btw, lepas dah explained kat johanne tu at least legalah rasa hati ibu melepaskan anak bujangku tido dirumah kawan non-muslim dia... On top of that memang aku dah pesan aiman again and again about food he can and cannot eat... InsyaAllah dia ingat akan kata2 mak dia ni... Aiman anak yang bijak... AMIN...

- adie-apai's on mobile

2 *amigos*:



Zunaidi Dali Great Eastern said...

yumyum!!!!

*adie* said...

yummehh!!! nak ker? buat sendiri! hhahhaha

Related Posts with Thumbnails