...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...

Mari merendek ke Ringsted...


Pepagi buta lepas drop off aiman @ CIS aku telah menerjah ke rumah puan sri aya.... JANJIku kepadanya harus dikotakan... Idok kalu, mau meroyan puan sri aya dengan aku... Seploh tahun kang dia tanak masak kari untuk aku! Aiyakkk! Sure seploh tahun meleleh air liur tuuu... Weeehehehehe....

Ekceli aku dah promised nak bawak dia ke FO Ringsted... Nak amik handle periuk belanga yang sepatutnya ADA tapi TAKDE di dalam kotaknya... Giler frust minah tu bila balik rumah tengok2 handle periuk belanga yang baru dibeli itu *Missing In Action*...

Since dato' haizan pun tidak bertugas harini, dia pun nak la ngekor we all skali... Amboi amboi amboi!! Takut bebeno bini dia habiskan duit beli periuk belanga... Sampai nak ikut sekali tuu... Apesal? Tak percayakah? Hahahaha...

Takdelah... Sebenonyer dato' haizan tu memang tak penah pergi FO Ringsted tu lagi... Last week aku cuma cilok aya dengan manissha jer... Dan Dato' haizan telahpun diarahkan menjaga harta benda di rumah sementara isterinya yang terchenta mencari harta2 baru... Tu yg pagi tadi dia amik kesempatan nak ngekor ke sana tuu... Kotla kan dia TERjumpa harta2 yang sesuai dibawa pulang ke rumah yea tak!

Owh yea... Gambo kat atas tu MEMANG ada kena mengena dengan entry nih... Tu lah dia antara harta2 yang telah berjaya aku kumpulkan hasil daripada 2 terjahan kami ke FO Ringsted, last week and the week before that... Tuan Beso sakan sungguh memborong periuk belanga TEFAL special edition Jamie Oliver dan beberapa periuk TEFAL yang lelain... Bersungguh2 dia ok!! Akhirnya hasrat Tuan Beso telah pun berjaya dicapai di awal tahun 2010!! Periuk berkilat2 memancar2 itu telah berjaya dirembat olehnya! Yeehaaa... Chaiyok chaiyok!!

Nasib baik jugak Tuan Beso tak ikut we all pagi tadi... Idok kaluuuu.... Memang harussss gatal jer tapak tangan dia tuuu... aku pulak memang dah takde nafsu nak meround lagi... Dok la dendiam dalam kereta menunggu sepasang suami isteri itu merendek dlm FO!

So, nampak sgt laaa aku bukan kaki sopang kan kan kannnn.... Tapi Tuan BesoKU itu yang selalu terOVER da vazzz... sebab dia la yang selalunya sakan memborong dari aku! Dah terbukti bila dia tak ikut, aku hanya duduk memanaskan diri di dlm kereta sahaja... Hahahaha....

0 *amigos*:



Related Posts with Thumbnails