...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...

Pesanan arwah abah...

Arwah abah aku pesan, biar kita belajar hidup susah sebab, hidup ini realitynya ada masa kita akan merasa susah dan ada masanya Allah bagi kita merasa hidup senang... sebab dari kecik aku dah memang terbiasa hidup susah, bila aku senang pun, aku masih lagi pikir kalau satu hari aku susah insyaAllah aku kena bersedia lalui semua itu... Pada aku, alah bisa tegal biasa!

Arwah abah aku pesan, hidup ni jangan suka menyusahkan orang... Selagi kita boleh berusaha dan mampu untuk buat benda tu dengan tulang 4 kerat yang Allah bagi ni buat apa nak susahkan orang kan!

Dan arwah abah selalu berpesan, biar buruk rupa paras tapi jangan buruk budi pekerti dan rendah budi bahasa... Sebab rupa paras adalah kurniaan Allah swt... Kita kena bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan pada kita... Tapi, sentiasalah pelihara budi pekerti dan budi bahasa, kerana itu akan mencerminkan hari nurani kita... Kalau buruk rupa dan buruk budi bahasa, apa lagi yang indah pada diri kita?

Dan arwah abah juga penah berpesan, sentiasalah berlapang dada ketika menghulurkan bantuan kepada org yang memerlukan... Jangan mengharapkan balasan mahupun pujian kerana hanya Allah yang punya kuasa membalas dan hanya DIA yang layak mendapat pujian....

Arwah abah juga sempat berpesan, jangan sesekali menganiayai atau memfitnah orang kerana sesungguhnya perbuatan itu amatlah KEJI di sisi agama...

Alhamdulillah, aku bersyukur kehadrat Allah... Walaupun arwah abah cuma seorang buruh kasar, tidak berpangkat besar, tidak berharta dan tidak punya wang melimpah ruah hinggalah ke akhir hayatnya, tapi setiap pesanan arwah abah itu merupakan HARTA yang tidak ternilai bagiku...

Dan alhamdulillah, walaupun ibuku hanya seorang surirumahtangga yang tidak bekerja dan bukannya seorang pendidik yang bertauliah, tapi dia mendidik aku dengan sempurna... Aku di ajar menghormati orang tua dan batas2 dalam perbuatan, percakapan dan semuanya... Kerana hidup di dunia ini ada BATASAN2nya tersendiri...

Jadi, aku akan berusaha agar anak2ku juga turut terdidik dengan sempurna dari kecil hingga dewasa... Kalau arwah abah mampu berusaha untuk anak2nya menimba ilmu duniawi dan ukhrawi, kenapa tidak aku kan... InsyaAllah!

Aku tak kesahlah kalau orang nak kata aku ni MAK SINGA ker, apa ker, biar dari kecik lagi anak2 aku tahu the do's and the don'ts... Kalau dah besar panjang nanti, dah tak guna nak menyesal kalau dapat anak KURANG AJAR... Sape suruh dari kecik tak nak ajar kan.... Jadi, jangan salahkan orang lain ataupun nak menyalahkan takdir pulak... Berdosa besar kalau tak menerima takdir Allah seadanya... Bukan ker salah satu daripada RUKUN IMAN tu, percaya pada Qada' dan Qadar! Jangan jadik orang islam la kalau tak nak percaya tu semua...

1 *amigos*:



aramis2177 said...

TQ adie sebab shared pesanan arwah abah ko...aku pun "MAK SINGA" gak!!!!

Related Posts with Thumbnails