...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...

Kenangan manis buat seorang IBU...

Ramai gak kengkawan FB aku yang dah tgk gambo2 we all berholiday sakan di LPA last week cakap yang tok mon tu sgtlah BERTUAH dpt jenjalan kat negara omputeh ni...

memang aku tak boleh nafikan semua tu... Tok mon sangat bertuah dapat anak macam Tuan Beso tu kan... Sejuk perut Tok Mon mengandungkan Tuan Beso dulu... Walaupun dia ckp Tuan Beso tu sebenarnya 'tersilap bajet' boleh keluar... Hehehe....

Mesti dia sendiri tak sangka, seorang penjual kuih yang pernah bersengkang mata selama berpuluh tahun semata2 untuk besarkan 6 orang anak dengan tulang 4 kerat dia tu, dapat jugak jejakkan kaki kat europe ni kan... Bukan setakat jejak kaki aje, tapi siap boleh berholiday sakan lagik! Itulah kurniaan RAHMAT ALLAH kepadanya di atas segala kepayahan hidup yang pernah ditempuhi dengan penuh keikhlasan dan keluhuran hati dia selama ni...

Aku sendiri pun BANGGA dengan layanan Tuan Beso pada Tok Mon... So far dia tak penah nak abaikan kebajikan mak dia... Kekadang dia tuh nampak je POYO tapi alhamdulillah.... Plus, kebajikan mak aku pun tidak pernah dia abaikan... Syukur alhamdulillah.... Aku percaya ini juga RAHMAT ALLAH buatku...

Kan best kalau aku dapat bawak mak aku ke sini... Memang aku teringin nak merasa jaga mak dengan tangan aku sendiri... Tapi apalah daya aku... Mak aku bukan macam orang normal yang lain.... Mak aku tu WAJIB jumpa doctor pakar setiap bulan kat HSA... Bukan sorang 2 doctor, tapi 3 orang doctor pakar pulak tu SETIAP bulan without fail...

Semuanya sebab brain tumor dia tu la... Walaupun dah 2 kali dia kena operate tapi tumor tu still tak nak NYAH dari tempat dia menumpang sejak 22 tahun lepas... Bayangkan benda tu hidup dalam kepala mak aku.... Dah dibuang pun hidup lagik.... Hmmm... Kesian mak kan...

Dan atas sebab musabab kesihatan jugaklah, adalah TIDAK MUNGKIN mak boleh bertahan long journey flight... Kompem kaki dia akan bengkak sampai tak boleh nak jalan.... Huhuhu... Kesian kan kat mak aku... Tapi itulah reality hidup mak selama ni... Nasib baik mak aku tu seorang yang cekal dan kuat... She's really a FIGHTER!

So, aku memang tak nafikan tok mon memang sangat berUNTUNG... Kalau la mak aku sekuat dan sihat cam tok mon... Aku teringin nak bawak dia meround satu europe jugak! Tapi tu semua hanya angan2 semata.... Tak mungkin aku MAMPU buat begitu.... Dalam mimpi je kot! Huhuhu.... Sedih giler ok! Allah je yg tau apa impian aku untuk family tersayang.... Impian setinggi GUNUNG mencecah ke langit biru!!!

Yang penting aku takkan abaikan kebajikan mak selagi hayat dia ada... Apalah sangat bakti seorang anak kepada ibunya kalau nak dicomparekan dengan pengorbanan seorang ibu kepada anaknya kan...

Begitulah juga tak ternilai pengorbanan tok mon membesarkan Tuan Beso dan pengorbanan mak membesarkan aku dan anak2nya yang lain.... Bukan mak sorang jer yang sanggup berkorban untuk aku dan adik beradik lain... Tapi makcik aku juga sangat2 BERJASA dan tak penah berpaling tadah mahupun mengeluh atas segala yang telah dicurahkan selama ini dan sehingga kini... Allah saja yang tahu betapa besarnya jasa dia pada we all...

Anyway, am hoping that, bila tok mon dah balik ke mesia nanti dia akan sentiasa tersenyum bila teringat kenangan selama 3 bulan duduk di denmark dengan kami sekeluarga... Hopefully semuanya kenangan yang manis2 belaka dan yang pahit2 tu (selalu kena DERA masak!) dibuang jauh2 ke tengah laut! Biar JIN LAUT telan! Hehehheehe....

You will be missed tok mon! Definitely!!

0 *amigos*:



Related Posts with Thumbnails