...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...
Showing posts with label Halal Haram. Show all posts
Showing posts with label Halal Haram. Show all posts

tepung pulak dah!

aritu aku meroyan pasal kes KOPI KLUANG kan... sape yang dah terlepas ketapi tu sila lah click kat sini... arini aku tergezut badak pulak bila tau pasal tepung.... ermmm.... 

sebelum aku komen lebih lanjut... korang dengar apa kata Dato' Nazim dalam youtube ni... btw, Dato' Nazim ni jiran seVPI we all.... orang rumah dia sangatlah ayu dan sweet orangnya... ehe! 


hah! amaciam... dah dengar dah.... terkezut tak korang? gila ke apa skarang ni macam2 consumer products kat mesia tu yang tercemar dengan B*BI!! aritu kopi campur gelatin... ni tepung yang dah di bleached pastu di campur dengan Vit-B source dari B*BI jugak.... memang haramJAD*H betul la sesape yang bangang bahlul taik unta tak sensitif dengan umat ISLAM kat mesia.... macamana benda ni boleh berlaku di MALAYSIA ku yang terchenta yang bertaraf negara ISLAM! nampaknya umat islam di mesia telah diperbodoh2kan dan ditipu secara halus....

masa baru2 pindah sini dulu memang aku pelik nape la tepung kat DK ni kuning pastu mahal lak tuu... tepung kat sini tak secantik, tak seputih dan tak secun tepung kat mesia tu..... rupanya tepung kat mesia tu CUN sebab dah di bleached! no wonder laaaa kannnn..... PUTIH YANG PALSU!! CANTIK TAPI  MURAH!!

yang paling tak bley blah tu siap ada added vitamin tuuu.... kalau HALAL takpe jugak!! tapi yang buat aku hangen sebadan sebab yang ditokok tambah tu HARAM! apa nak jadik jang oi!!


AKU MENYERU SEMUA UMAT ISLAM MARI KITA BANGKIT DAN SELAMATKAN AGAMA KITA, MARUAH KITA DAN JATIDIRI KITA.... JANGAN BIARKAN KITA DIPERBODOH2KAN OLEH ORANG BUKAN ISLAM & JUGA ORANG ISLAM YANG BERSEKONGKOL DENGAN AL-KAFIRUN TU..... 

lets free ourselves from this "conspiracy theory"!! sebarkan berita ini supaya semua umat islam di Malaysia dan mungkin juga di rantau asia yang lain i.e Indonesia, Singapore, Brunei terselamat dari terus di sogokkan dengan bahan2 yang HARAM... ini juga adalah JIHAD demi ISLAM yang kita cintai...

~ kalau aku dengar sesape sebut "sape kata orang melayu tak makan B*BI" memang rasa nak rodok2 aje mulut dia tu dengan berus JAMBAN!!


kesah kopi kluang yang femes tuuu...





last week dalam FB kecoh pasal kopi Kluang... aku yang tengah pening pale makin pening dibuatnya... ape taknya... aku ni kan penggemar kopi tegar... Dan kopi kluang tu pulak menjadi pilihan utamaku... dah sah2 lebih dari separuh hidup aku telah dihabiskan di Kluang tu kan... So.. LU PIKIRLAH SENDIRI!

Sesape yang dok kluang tapi tak tau kopi railway tu sila jangan ngaku orang kluang waima sezarah pun ok!! Dan tentu2 kopi railway ni femes sampai baginda Sultan Johor dan Menteri Besar pun penah jejakkan kaki kat situ... So tak mungkin rakyat kluang sendiri tatau... derhaka tahap angkasaraya tu namanya.... 


Bila aku baca desas desus pasal kopi tu tak HALAL memang terus rasa dunia ni berpusing salah arah! Boleh fitammmm doploh juta kali lepas baca dalam FB, baca dalam news and baca comments kengkawan pasal issue ni... dah kukatakan tadi... aku ni peminum kopi railway tegar! lagi mau tanya kenapa kah?? plak tu dengan tak sengajanyer aku menjadik pembekal kopi kluang kat area CPH ni.... sape tak kenal Mem Beso dan kopi kluangnya memang sah orang tu tak penah kenal aku yang GLEMER kat CPH ni... muahahahhaaa...

Itu pasal la jiwa aku SENTAPSSSS tahap megamind bila issue pasal kopi railway TAK HALAL tu keluar... agaknya sebab tulah pening aku ni tak baik2 kot!! haiyooooo!!!! haru mak! haruuuu!


bak kata laki aku.... agaknya dah dekat sama dengan sekor babi kot kalau ditimbang tara kitorang melantak kopi kluang tu.... huhuhuhuu.... NAUZUBILLAH!! rasa loya plak tekak aku!! Macam nak togok air tanah sebesen skarang jugakkkk! Huhuhu...

Perasaan geram + marah + sakit otak + sakit jiwa + sakit jantung + pundi kencing + usus + buah pinggang dan segala2nya toksah cakap laaa kan.... mana taknya... punyalah aku berhati2 dengan apa yang boleh dan tak boleh di makan kat sini (CPH) rupanya aku di tipu hidup2 oleh manusia2 DURJANA di negara aku sendiri yang berstatus NEGARA ISLAM... Bertahun2 plak tu di tipu... kalau ko jadik aku pun rasa tak leh terima kan!!!



ntah berapa banyak lagi la benda2 yang di anggap HALAL tapi hakikatnya HARAM kat mesia tu.... ko tak sakit ati ke camtu.... berpuluh kali lagik bagus penguatkuasaan barang2 makanan kat negara al-kafirun ni.... walaupun banyak benda yang HARAM kat sini tapi ko tak was2 dengan makanan yang HALAL...  sebab semua ingredients dia JELAS, KETARA dan CLEAR! walaupun takde CAP HALAL JAKIM!!

sekurang2nya kat sini aku ada panduan sebelum membeli apa2 makanan atau minuman.... kalau ada benda yang listed in the ingredients tu ada dalam list HARAM utk di consume.... SAH2 aku tak beli... 

so... having said that.... ko tak frust nonggeng ker bila terjebak dalam situasi yang mencengkam jiwa camni.... owhhh siyes aku frust nonggeng!!




anyway, am glad now that they have made it CLEAR yang kopi tu HARAM... dan semestinya dengan perasaan membara, aku telah mengaut semua stock2 kopi tu dan telahpun selamat ku TONG SAMPAHkan! Puas hati aku!! 

Sebagai orang ISLAM bab2 makan minum ni kita takleh kompromi sebab menjadi darah daging kita... Kalau kita consumed benda yang HARAM, lambat laun akan sebati dalam diri kita... Tu yang selalu terjebak dengan dosa tu... Susah nak dapat hidayah Allah... Sebab bukan takat badan jer tapi jiwa pun dah turut tercemar... 




So, dari sekarang ni marilah sama2 kita tingkatkan lagi kesedaran kita sebagai seorang MUSLIM utk lebih berhati2 dengan pemakanan kita dan keluarga terchenta... Orite you all! Jangan biarkan diri kita ditipu oleh manusia durjana yang cuba membodoh2kan orang islam! 



Related Posts with Thumbnails