...there's always something to share... i'm sharing the stories of my journey in life... for myself to remember, to appreciate and to miss in the future...
Showing posts with label sick. Show all posts
Showing posts with label sick. Show all posts

Ba ba cak!!

Fuhhhyoooo!! Lama betul tak membebel kat blog ni... Jangankan kata membebel, nak singgah tengok blog sendiri pun idok... Sadissss sungguh...

Apalah yang dah jadik dengan aku selama ni yeak... Tetiba jek senyap sunyi macam kena sorok ngan hantu tet*k... Mesti korang wonderPETs kan... Hehehe...



Well... If you must know what happened to me... Actually i was on hibernating mode... Tu yang senyap takde bernafsu nak memblog... Ngeh ngeh ngeh...

Sebenonyer tu semua rekaan semata2... Aku saje mencutikan diri dan merehatkan minda... Tu pun bukan sepenuhnya atas kerelaan hatiku... Doctor advised suruh aku makan ubat! Kena habiskan plak tu... Dan ubat tu pulak telah membuatkan aku weng! Huhuhu...

Kalau tak kerana dah seksa jiwa dan raga menahan kesakitan, memang kompem rasa nyesal pi serah diri kat clinic tu tau...



Hai korang ni laa... Tak yah le tanya naper aku kena makan ubat... Takkan laaa aku yang memang terkenal penakut nak telan ubat ni tetiba relahati suka suki nak seksa diri kan... Ni kes dah takleh nak elak la namanya ni... Suka tak suka... Nak tak nak... Aku kena paksa jugak diri telan ubat yg maha beso tu! Sekali makan 2 biji! Sehari 3 kali! Erkkk!!

Ehh oklah... Malas nak membebel panjang lebor... Entry ni just utk menghilangkan rasa rindu korang kat blog aku... Eceh! Konon perasan cam ada peminat gituh! Muahahaa... Sebenarnya bagus jugak ada rasa PERASAN camni skali skala... Ala2 terapi minda gitu! Soothing my soul, reducing my pain... :-P

- adie-apai's on mobile

Takde mood!

Camne aku nak ada mood kalau...



Tekak ni gatal merenyam2! Rasa cam nak rodok2 jer dengan berus botol! Dah gatal tu satu hal la kan... Tang perit tu yang aku tak menahan tuuu... Nak telan air liur pun rasa hazab.... macam kena paksa telan paku payung! Erkkk!



Camne aku nak ada mood kalau hidung ni madang aje sroottt sreettt srooot srettt! Jap2 kang aaacchooommm! Orang keliling plak tengok cam horror gile! Macamlaa aku keluar rumah pakai bra ngan spender jer! Huwaaa!!



Yang ni lagik horror! Batuk kung kang kung kang macam nak tercabut nyawa! Satu batu org boleh dengar aku batuk! Ngalahkan orang yg ada sakit TB pulak! Ubat batuk dah habis 3/4 botol aku bedal tapi tak gak reda! Makin menjadik lagi ada! Apa ker?!!!



Ni satu lagi azab... Kejap ok kejap tak ok! Agaknya kepala otak aku ni nak kena overhaul kow2 kot! Banyak karat ke apa sampai sini berdenyut... Sana berdenyut! Ishhh tak suka la!!

Sooooo... Cer citer... Camne aku nak ada mood kalau cenggini?!!

Bisa buat aku pusingggggg!

- adie-apai's on mobile

Kalut & Nyesal!

Susahnya nak jumpa doctor kat sini! Kekadang naik menyampah bila kol clinic manjang tak jawab... Pastu apa dia menceceh kat answering machine tu pulak ~ wapucetau!!

Yang tu sendiri punya silap la kan sebab sape suruh malas belajo ckp danish! Padahal free2 jer govt tanggung! Hua hua hua...

Anyway, memang sakit jiwa bila kita tengah nervous pasal anak sakit pastu tak dpt get in touch dgn doctor pulak... Automatic rasa hopeless ok! Terus rasa meroyan yea!!



Lepas kol doploh juta ribu kali tak dpt... Buat lenguh jari aku aje tau!! Last2 aku pikir apekata terjah jer terus ke clinic... Kalau dia nak marah sebab aku tak buat appt memang aku dah standby nak sembur balik! Dah la aku meredah jalan jem tak hengat pastu aku kol tak dapat2! Hangen tak makcik!!

Lagik hangen bila dah sampai sana tup tup tengok clinic tutup! Ya rabbii!!! Apakah? Padan la no one answered the phone!! But then, clinic tutup hari rabu?? Ape ker?!! Apalagik! teruslah hangen puting beliung rasa nak meresap2 masuk ke badan nih! Tapi.... Seb baik aku ni penyabar orgnya! Dpt ku tepis angin tu dengan jayanya! Eceh!


So... Pikir punya pikir... Aku Shoot terus ke rigshospital... Walaupun dlm ati berbelah bagi jugak... aku kompem sure punyalah takde hasil pi nganto nyawa kat sana... But then again... no harm to try kan.. Who knows if i'll be lucky... Tapi... Hampehs!


Tapi takla hampagas sgt... Ada hikmah gakla aku kuatkan ati pi sana... Makcik kat counter information tu baik ati nak tolong aku kolkan clinic and dptkan phone number doctor aku in case of emergency... Sah2 dia paham apa yang di congceng2kan dlm answering machine tu kan...

Finally aku dpt gak cakap dgn doctor tu and seek his advise on alyssa's condition... Katanya nothing serious.. Fuhh lega! Dan dan tu jugak dia prescribed eye drops utk alyssa.. Katanya aku cuma perlu pegi mana2 pharmacy, bagi CPR number mem kecik tu and they will give me the eye drops... Bio beno!

Macam tak caya pulak aku! Dah la stakat kol jer doc tu... Jumpa pun idok tetiba dia suruh pi collect ubat kat ANY pharmacy kat CPH ni... Wow! Impress akak!



Aku pun apalagas.. Terus pegi pharmacy yang paling dekat, amek no and waited for few mins... Bila tiba turn aku, all i need to do was to give Alyssa's CPR card to the pharmacist and then.... voilaaa!!


Aku tatau la kat tempat lain efficient cam DK ke tak... Memang system kat sini very the canggih! Tetiba aku rasa bangga plak dok kat DK ni walaupun satu masa dulu aku penah merungut pasal clinic kat sini ala2 hampagas!

Actually, we just have to know how they (the danes) and their system work... Life will be so much easier than we can expected it to be... No wonder DK is ranked top of the list when it comes to place where the happiest people live! Am one of the happiest people to get the chance to live here! Altho i dont speak their language but i never felt so hard to live here coz almost everybody speaks english in DK! Tu pasal aku malas nak belajo danish! Hahahaha...

Anyway, i have to be grateful to ALLAH swt... HE chose the best place for us to enjoy our life... Alhamdulillah! I must say am loving this place even more! Ehh ada plak yang kata aku lupa asal usul kang! Tapi...... Ada aku kesah?! Hahahaa...

~ tak kenal maka tak chenta... Nyesal tak dulu termengutuk? Hahahaha...


- adie-apai's on mobile

Tembel ker?




Alyssa tembel?? Owh tidakss!!

Tapi org tua cakap kalau kena tembel tu mesti sebab skodeng orang tengah *uk uk*... Sape yang adik skodeng ni dek? Daddy ker? Tak mungkin... Tak mungkin... Daddy kan kat Esberjg...

Abang ker? Pun tak mungkin lah...

Mommy ker? Erkkkk!! Tak relaaa!!



Tapi aku tak rasa dia tu kena tembel walaupun aku sendiri tak pasti what was wrong with her right eye... Nak kata kena gigit insects pun mustahil sebab kat sini mana ada nyamuk ker semut ker cam kat mesia tu... Tu yang aku pelik bin ajaib apesal tetiba jer boleh bengkak mata kanan dia tuu... Siyes terkezut unta aku!



Now ni dia dah ok dah... Alhamdulillah tak melarat pulak bengkaknya... Semalam kalut gak aku... Naluri ibu kuat mengatakan 'nothing serious'... Tapi skul nak make sure benda ni tak contagious... So, si ibu pun kenalah menurut titah perintah skul... Kang tak pepasal aku kena dengar khutbah percuma dr Ms Susan... Owh memang mak tak koser nak tadah telinga ok! ;-)

~ dari dengar Ms Susan khutbah baik aku dengar Tuan Beso khutbah! Hahahaha...

- adie-apai's on mobile

Nikmat Sakit...




Dua perkara yang mesti diingat dan direnungkan semasa kita ditimpa kesakitan...

1. Sesungguhnya sakit yang kita alami itu datangnya dari Allah swt...

"Tidak ada sesuatu bencana yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan yang telah tertulis dalam kitab (Loh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu bergembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi menyombongkan diri.” (Al-Hadid:22-23)

2. Sesungguhnya sakit itu adalah baik bagi kita.

Ada hikmahnya di sebalik kesakitan yang kita alami dan juga faedah yang amat besar dan bermanfaat untuk diri kita. Apatah lagi ketika kesakitan itu menyerang, kita hadapinya dengan penuh kesabaran.

Hikmah dari kesakitan

~ Diampuni dosa dan kesalahan

”Setiap musibah yang menimpa mukmin, baik berupa wabak, lelah, penyakit, kesedihan, kerisauan di hati, pasti Allah menjadikannya pengampun dosa-dosanya.” (HR. Bukhari-Muslim)

”Tidaklah seorang Muslim ditimpa gangguan berupa penyakit dan lain-lainnya, melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.” (Bukhari-Muslim)

~ Ditinggikan darjatnya

”Tidaklah seorang mukmin tertusuk duri atau yang lebih kecil dari duri, melainkan ditetapkan baginya satu darjat dan dihapuskan darinya satu kesalahan.” (Diriwayatkan Muslim)

Dari Aisyah, dia berkata: ”Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda (ertinya):
”Tidaklah seorang Mukmin itu ditimpa penyakit sedikit pun, melainkan Allah menghapuskan darinya satu kesalahan, ditetapkan baginya satu kebaikan dan ditinggalkan baginya satu darjat.” (Ath-Thabrani dan Al-Hakim. Isnadnya Jayyid)

Dari Abu Hurairah RA dia berkata Rasulullah SAW bersabda (ertinya):

”Sesungguhnya seseorang benar-benar memiliki tempat di sisi Allah, namun tidak ada satupun amalnya yang membolehkannya ke sana. Maka Allah sentiasa mengujinya dengan sesuatu yang tidak disukainya, sehingga dia sampai ke kedudukan itu.” (Abu Ya’la, Ibnu Hibban, dan Al-Hakim; Menurut Syaikh Al-Albany: hadis hasan)

~ Pembuka jalan ke Syurga

”Allah SWT berfirman: ‘Hai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahala bagimu selain syurga.”’ ( Ibnu Majah; Menurut Syaikh Al-Albany: hadis hasan)

Wahai Saudaraku, bukankah sakit merupakan sebahagian dari musibah?

~ Keselamatan dari api neraka

Dari Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW bahawa beliau menziarahi seseorang yang sedang sakit demam, yang disertai Abu Hurairah. lalu beliau bersabda (ertinya):

”Bergembiralah, kerana Allah Azza wa Jalla berfirman, ‘Inilah neraka-Ku. Aku menganjurkannya menimpa hamba-Ku yang mukmin di dunia, agar dia jauh dari neraka pada hari akhirat.” (Ahmad, Ibnu Majah, dan AL-Hakim. Menurut Syaikh Albani: isnadnya shahih)

~ Menjadikan kita ingat kepada Allah dan kembali kepada-Nya

Biasanya ketika seseorang dalam keadaan sihat walafiat, suka tenggelam dalam kenikmatan dan syahwat. Sentiasa sibuk dengan urusan dunia dan melalaikan kewajipan kepada Allah, mudah terjerumus dalam kemaksiatan dan derhaka kepada Allah SWT. Ketika Allah mengujinya dengan kesakitan atau musibah lain, dia akan ingat kepada Allah, bertaubat, dan kembali memenuhi hak-hak Allah yang telah dia tinggalkan.

penyakit itu merupakan penebus dosa bagi orang mukmin dan penyebab taubat dan kesedarannya dari kelalaian. Berbeza dengan orang-orang fajir, yang tetap durhaka, tidak terpengaruh oleh penyakitnya dan tidak mahu kembali kepada Rabb-nya. Dia tidak tahu bahawa penyakit itu menimpa dirinya, agar dia sedar dari kelalaian dan agar kembali kepada kebenaran. Ibaratnya seekor keldai yang dipegang dan diikat, kemudian dilepas kembali, namun ia tidak tahu mengapa ia diikat lalu dilepas lagi.

~ Mengingatkan kepada nikmat yang telah diberikan Allah

Sakit dapat mengingatkan kita terhadap nikmat yang telah Allah berikan ketika kita dalam keadaan sihat, dengan demikian kita semakin bersyukur kepada Allah.

”Seseorang tidak mengenal tanda-tanda sihat selagi dia belum tertimpa sakit.”

~ Mengingatkan keadaan orang-orang yang sakit

Allah menguji kita dengan kesakitan agar kita dapat mengingati saudara-saudara kita yang sedang sakit, yang selama ini mungkin kita lupakan, sehingga kita kembali sedar dan terlintas di hati untuk mengunjunginya, membantu keperluannya, meringankan musibahnya, menghiburnya, membantukan mencarikan ubat, mendoakannya, etc.

~ Mensucikan hati dari berbagai penyakit

Keadaan yang sihat akan mengundang seseorang untuk bersikap sombong, bangga dan taksub kepada diri sendiri, sebab dalam keadaan seperti itu dia bebas melakukan apa saja. Namun ketika sakit datang menjenguknya, penderitaan menimpa dirinya, sifat-sifat sombong, takbur, dengki, membangga diri; akan hilang sehingga akhirnya ia tunduk dan pasrah kepada Allah serta tekun beribadah kepada-Nya.

~ Menjadikan kita sabar

Abdul Malik bin Abjar berkata: ”Setiap orang pasti mendapat kesakitan untuk melihat apakah dia bersyukur, atau mendapat bencana untuk melihat apakah dia bersabar.”

- adie-apai's on mobile

Pain pain pain!!




Yupe!! That is how i feel right now!! Wanna whack my head so badly with hammers so the pain in my head will subside!!

Huhuhu... Am having a severe headache and i guess my brain is totally...


Ya Allah! Please have mercy on me! Please forgive my sins and relieve my pain... Amin ya rabbal alamin...

- adie-apai's on mobile

Related Posts with Thumbnails